29 June 2014

30 Keistimewaan Ramadan...

SELAMAT berbuka puasa dengan orang tersayang.
MASUK bulan Ramadan, mood beragama kita rata-ratanya berubah.

Kalau sembahyang, nak berjamaah di masjid. Kalau baca al-Quran, nak bertasmi' suami-isteri.

Kalau berbuka puasa, dicepat-cepatkan. Kalau soq (baca: sahur) nak dilewat-lewatkan.

Inilah, madrasah Ramadan, yang di dalamnya mempunyai khazanah yang cukup istimewa khusus kepada golongan yang bertaqwa.

Sebelum kita pergi lebih jauh, puasa di bulan Ramadan ditakrifkan sebagai, "Menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan ibadah puasa dari terbit fajar hingga terbenar matahari, dimulai dengan niat.

Puasa dalam bulan Ramadan adalah rukun Islam yang ketiga.

Hukumnya, wajib pada sekalian mukallaf. Mereka yang dalam musyaqqah seperti sakit, atau musafir, dibenarkan berbuka.

Manakala, mereka yang dalam uzur syar'i yang lain Allah Bagi Cuti - ABC, seperti haid dll dilarang berpuasa serta solat sebab Allah sayang kepada mereka yang berkenaan.

Mudah-mudahan mendapat Piala Ketaqwaan yang dijanjikan dalam World Cup Ramadan ini.

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu..." (Surah Al-Hujuraat: 13).

"Takut (waspada) yang diiringi rasa cinta kepada Allah, bukan takut azab neraka. Beramal dengan apa yang diturunkan al-Quran, redho walaupun dengan rezeki yang sedikit dan membuat persiapan diri untuk 'perjalanan yang panjang' (hidup sesudah mati).' - Khalifah Ali KarramaLlahuwajhah

Ok. Puasa ada banyak keistimewaan. Antaranya:

1. Ramadhan jalan menuju ketaqwaan
Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. (Surah Al Baqarah: 183).

Ayat di atas menerangkan bahawa puasa adalah sebab yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketaqwaan.

Ini kerana, puasa mampu meredam syahwat.

Ini, sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan Imam Al Qurthubi, yang berpadukan kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.

2. Ramadhan bulan mujahadah
Para ulama’ salaf adalah suri tauladan bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan Ramadhan amat perlu dicontoh.

Seperti Imam Asy-Syafi’i menghatamkan Al-Quran dua kali dalam semalam dalam bulan Ramadan, dan itu dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan.

Imam Abu Hanifah juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan.

3. Puasa Ramadhan menumbuhkan sifat amanah
Wahbah Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al Islami berpendapat bahawa puasa mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di hadapan Allah Ta’ala, baik dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi.

Maka tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal yang dilarang dalam berpuasa kecuali Allah Ta’ala

4. Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin
Puasa juga melatih diri berdisiplin , Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan minum dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka puasa pun harus disegerakan.

5. Puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidaritas sesama muslim
Wahbah Zuhali juga menjelaskan bahawa puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidariti di antara sesama muslim.

Pada bulan ini semua umat Islam, dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan puasa. Mereka berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, kerana mereka memiliki tuhan yang satu.

Seorang yang merasa lapar dan dahaga akhirnya juga boleh turut merasakan kesengsaraan saudara-saudaranya yang kekurangan atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh perasaan kasih sayang terhadap umat Islam yang lain.

6. Puasa Ramadhan melatih kesabaran
Bulan Ramadhan adalah bulan puasa di mana pada siang hari kita diperintahkan meninggalkan makanan yang asalnya halal, terlebih lagi yang haram.

Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu kita. Rasulullah Saw. bersabda: “Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata: Sesungguhnya aku sedang puasa." (HR. Bukhari)

7. Puasa Ramadhan menyihatkan
Rasulullah bersabda: ”Berpuasalah, maka kamu akan sihat” (HR. Ibnu Sunni), ada yang menyatakan bahawa hadits ini dhoif, akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai dengan tingkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).

Tapi, makna hadith masih boleh diterima, kerana puasa memang menyihatkan.

Al Harits bin Kaldah, tabib Arab yang pernah mengabdi kepada Rasulullah Saw. juga pernah menyatakan: "Perut adalah tempat tinggal penyakit dan sedikit makanan adalah ubatnya”.

8. Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat ini
Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah mengatakan:

“Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada Rasulullah Saw, atau apa yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.” (HR. Malik).

9. Ramadhan bulan ampunan
Bulan Ramadhan adalah bulan ampunan, Rasulullah Saw. bersabda: “Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan dasar keimanan dan pengharapan redha Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.” (HR. Bukhari)

10. Siapa yang dilihat Allah, maka ia terbebas dari azab-Nya
Dari Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah Saw. bersabda: "Pada bulan Ramadhan umatku dianugerahi lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika Allah melihat mereka di awal malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah dilihat Allah maka Ia tidak akan mengazabnya selamanya…” (HR. Baihaqi).

Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.

11. Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari kasturi di hadapan Allah
Rasulullah Saw. bersabda: "…Yang kedua, sesungguhnya bau mulut mereka ketika siang hari lebih harum di hadapan Allah daripada bau kasturi…” (HR. Baihaqi).

12. Di Bulan Ramadhan para malaikat meminta ampunan untuk umat ini
Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta ampunan untuk mereka siang dan malam…” (HR. Baihaqi).

13. Di bulan Ramadhan syurga berbenah diri
Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” (HR. Baihaqi).

14. Di malam akhir Ramadhan Allah mengampuni umat ini
Rasulullah Saw. bersabda: ”…Adapun yang kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir Ramadhan Allah memberi ampun kepada mereka semua.

Lalu bertanyalah seorang lelaki dari sebuah kaum: ”Apakah itu lailatul qadar? Ia bersabda:” Bukan, apakah kau tidak mengetahui perihal orang-orang yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka ganjarannya akan dipenuhi. (HR. Baihaqi)

15. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu
Rasulullah Saw. Bersabda: “Jika Ramadhan tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR. Bukhari).

Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh bermakna haqiqi, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu secara haqiqi, sebagai tanda datangnya Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya.

Tapi boleh juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.

16. Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajiban dan menghidupkan Ramadhan
Datanglah seorang lelaki kepada Nabi Saw. Dan mengatakan: ”Wahai Rasulullah, tahukah anda jika saya telah bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan sesungguhnya anda adalah utusan Allah, aku juga telah melakukan solat lima waktu, juga telah menunaikan zakat, serta aku telah berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya, maka termasuk golongan siapakah saya? Rasulullah Saw. Bersabda: “Termasuk dari orang-orang yang sidiq dan syuhada’”. (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

17. Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda
Dari Salman ra., bahawasannya Rasulullah Saw. berkhutbah di hari terakhir bulan Sya’ban: ”Wahai manusia, telah datang kepada kamu bulan agung yang penuh berkat. Bulan yang terdapat di dalamnya sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah jadikan puasa di dalamnya sebagai kewajiban, dan qiamul lail sebagai perkara yang disunnahkan, barang siapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat kebajikan, maka ia seperti mengerjakan kewajiban selainnya, dan barang siapa mengerjakan kewajiban di dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh puluh kewajiban selainnya…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

18. Setiap hari dalam Ramadhan memiliki keutamaan
Rasulullah Saw. bersabda: “…Dia adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, serta paripurnanya adalah pembebasan dari neraka…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

19. Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa
Allah akan memberi minum kelak di akhirat Rasulullah Saw. bersabda: “Dan barang siapa memberi minuman orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke dalam syurga”. (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya).

20. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan
Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik sedekah aitu sedekah di bulan Ramadhan.” (HR.Tirmidzi)

Sedekah, menurut istilah fiqh, zakat Fitrah, yang diwajibkan kepada sekalian mukallaf.

21. Doa mustajab di bulan Ramadhan
Diriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa Rasulullah Saw. bersabda:”...Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).

Rasulullah juga bersabda:”Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa orang yang dizalimi”. (HR. Tirmidzi)

22. Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji
Rasulullah Saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar: "Jika datang Ramadhan maka lakukanlah umrah, kerana susungguhnya umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji.” (HR. An Nasa’i).

23. Pahala i’tikaf di bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji dan umrah
Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Husain Ra. menyatakan, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:

”Barang siapa menjalankan i’tikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadhan maka amalan itu seperti dua haji dan umrah (HR. Baihaqi)

24. Dalam Ramadhan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar)
Allah berfirman:”Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”. (Al Qadr: 3).

Tentang ayat ini, Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa menghidupkan Ramadhan dan melakukan amalan di dalamnya lebih baik daripada menjalankan amalan dalam seribu bulan tanpa Ramadhan.

25. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan
Allah Ta’ala berfirman: “Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (Al Baqarah: 185)

Ibnu Katsir mengatakan bahawa Allah Ta’ala menyanjung bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilihnya sebagai bulan dimana Al-Quran diturunkan di dalamnya.

26. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan
Rasulullah Saw. bersabda: "Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari ke enam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadhan…” (HR. Ahmad).

27. Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan
Ketika Rasululah Saw. mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah, yang berjarak dua mil dari kota Mekah.

Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al Alaq yang merupakan surat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah Saw.

28. Perang Badar terjadi pada bulan Ramadhan
Perang Badar adalah pemisah antara yang haq dan yang batil, dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan, meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekifiran dan kebodohan.

Peperangan terjadi pada hari Jum’at, 27 Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan benar-benar Allah telah menolong kamu di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur”. (Ali Imran: 123).

Ibnu Abbas mengatakan:”Saat itu hari Jum’at, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Fir’aun umat, Abu Jahal, musuh terbesar umat Islam.

29. Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan
Fathu Mekah adalah peristiwa besar, Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (Al Fath:1).

Sebagian mufasirin berpendapat bahawa yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathu Mekah, walau ada sebagian ulama’ yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiya dan penaklukan negeri Rum.

Peristiwa itu terjadi pada hari, tanggal 20 atau 21 Ramadhan, tahun ke lapan hijrah. Saat itulah semua berhala yang berada di sekitar Ka’bah dihancurkan.

30. Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan
Tahun ke sepuluh hijriyah pada bulan Ramadhan Rasulullah Saw. menunjuk Ali bin Abi Thalib guna menjadi pemimpin sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi ajakan untuk memeluk Islam.

TKM II syor Pasar Perai jadi bangunan warisan

P. Ramasamy bersama pasukannya di pintu gerbang masuk Pasar Perai, yang terukir pembinaannya pada tahun 1938. | Foto: arkib Buletin Mutiara
(Dari kiri) P. Ramasamy, P. David Marshel, P. Kasthuriraani dan Pamela Vijayrani sedang meneliti keunikan jalaran pokok di bahagian pintu utama gerbang masuk ke Pasar Perai.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERAI - Pasar Perai yang dibina pada awal kurun ke-19 akan dipertahankan sebagai bangunan warisan, sungguhpun saman pemula daripada tuan tanah Wellwish Concept Sdn. Bhd. mula didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 4 Julai depan.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy dalam kenyataannya pagi tadi berkata, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan berusaha mengambil langkah secara pentadbiran demi mempertahankan bangunan yang berusia lebih 80 tahun tersebut.

Langkah itu, katanya, adalah mendekati tuntutan Akta Warisan Kebangsaan, 2005, yang melarang bangunan berusia melebihi 100 tahun dari dirobohkan, untuk dipulihara sebagai warisan negara.

“Depo KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) yang ada nilai warisan sejarah dari India tidak dapat diselamatkan sebelum ini kerana projek itu diluluskan sebelum kita (Pakatan Rakyat) mengambil alih Kerajaan Negeri (8 Mac 2008).

“Saya tidak akan membenarkan mana-mana pemaju datang untuk roboh bangunan ini (Pasar Perai), mana ada lagi warisan di Perai kalau semua mahu dirobohkan,” tegas Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai di sini.

Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani, serta dua Ahli Majlis bagi MPSP, P. David Marshel dan M. Satees turut menyertai sidang media itu.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Taman Inderawasih, Ng Hooi Lai.

P. Ramasamy (berbaju putih) yang diiringi oleh wakil pembelaan Pamela Vijayrani (berbaju kotak-kotak) sedang meneliti domumen saman pemula daripada tuan tanah, Wellwish Concept Sdn. Bhd. di pintu masuk utama Pasar Perai.

Ramasamy memberitahu, Pamela Vijayrani dari firma guaman Noraishah Ismail, Pamela Vijayrani & Co. dilantik mewakili pihak pembelaan bagi menghadapi Wellwish Concept.

“Ia (Pasar Perai) boleh diselamatkan secara pentadbiran (oleh) Kerajaan Negeri, tetapi, kes ini bergantung pada budi bicara Hakim di Mahkamah,” respons Pamela pada sidang media yang sama.

Nada sama turut ditegaskan oleh Kasthuriraani.

“Walaupun pasar ini nampak seperti kurang diselenggarakan, tetapi, Kerajaan Negeri sejak 2008 banyak mempertahankan kawasan warisan seperti ini.

“Khazanah seperti ini tidak wajar dirobohkan kerana mempunyai nilai sejarah seperti George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO,” ujar Kasthuriraani.

Tinjauan setempat mendapati, MPSP atau pihak berwajib lain sejak tahun 2008 didakwa langsung tidak melakukan kerja-kerja pembersihan di Pasar Perai di sini.

Pun begitu, David Marshel memberitahu bahawa Pasar Perai telahpun disenaraikan kepada Bahagian Bangunan MPSP untuk dipertimbangkan sebagai bangunan warisan, yang wajar dipulihara dan dipelihara kelak.

“Bangunan papan di dalam ini boleh dianggap antara pasar moden pertama di Malaysia kerana dibina pada awal kurun ke-19, manakala, binaan (tembok) baru di luar ini (dibina) pada 1938.

“Bangunan ini memang sudah dalam direktori MPSP...selagi kita (MPSP) tidak mendapat pandangan daripada (Jabatan) Warisan (Negara), pasar ini tidak akan dirobohkan,” tegas David Marshel.  

Difahamkan, Pasar Perai ini dibina atas tanah milik dua penama, iaitu KTMB dan Wellwish Concept. 

Sebelum tanah tersebut berpindah tangan kepada Wellwish Concept, tanah tersebut asalnya dipunyai Khoo Keat Eanh, iaitu seorang hartawan British yang bermastautin di Great Britain (kini dikenali sebagai United Kingdom)

“Semasa pasar awam ini dibina dulu (awal kurun ke-19), mungkin ini tanah kerajaan juga, sebelum bertukar tangan beberapa kali, kita tidak tahu hal ini kerana kita (Pakatan Rakyat) baru menjadi Kerajaan Negeri pada (tahun) 2008.

“Dimaklumkan, tanah ini telah dibeli dengan harga (lebih kurang) RM800,000, kita (Kerajaan Negeri) pun tidak tahu apakah cadangan pemajuan oleh tuan tanah yang baru, walaupun ada disebut mereka mahu membina gudang besar di sini," jelas Ramasamy.

Justeri, jelas Ramasamy lagi, kesemua tujuh pemilik rumah setinggan dan sembilan pemilik gerai niaga di sini tidak perlu gusar dengan komitmen Kerajaan Negeri dalam mempertahan bangunan yang mempunyai warisan tersebut, walaupun mereka terbabit telahpun menerima notis pengosongan premis masing-masing daripada tuan tanah yang baru. 

Sementara itu, wanita yang mahu dikenali sebagai “Chan” (gambar kiri), iaitu generasi ketiga membuka warung minum di sini memberitahu bahawa pihaknya lebih berminat dengan syor untuk membaik pulih Pasar Perai.

“Kalau bagi pampasan duit, duit boleh habis, kalau boleh buat duit (berniaga di sini) lagi elok, boleh dapat duit juga.

Kalau mahu saya pindah dari sini, mesti bagi tempat (niaga) yang lebih baik kerana sudah tiga generasi kami cari makan di sini,” ujar wanita berusia sekitar 50-an tersebut kepada wartawan.

(Dari kiri) R. Penusatharmen dan P. Loganathan.

Nada yang sama turut diluahkan oleh P. Loganathan, 31, pemilik kedai runcit.

“Saya adalah generasi ketiga di sini, waris daripada datuk. Saya tak mahu pampasan kerana saya pun percaya tempat ini boleh niaga jika dibaik pulih serta kekal (digezetkan sebagai) bangunan warisan nanti,” ujar Loganathan kepada watawan. 

R. Penusatharmen, 39, juga pemilik kedai runcit generasi ketiga keluarganya di sini.

“Kunjungan orang tempatan memang bagus sebab mereka tahu sentimental yang ada di Pasar Perai ini. 

"Orang luar tidak datang, mungkin kerana tidak tahu (nilai sentimental sejarah) atau lihat (Pasar Perai) langsung tiada diselenggara di sini,” respons Penusatharmen.

T. Ramesh (gambar kanan), 30-an, pemilik kedai gunting rambut serta penjual akhbar turut memberi reaksi pada cadangan pampasan daripada tuan tanah.

“Orang yang tak kenal, memang takut (berkunjung ke sini). Mereka lihat bangunan ini cukup usang, takut suatu hari nanti akan runtuh. 

"Tapi, kalau dibaiki, semua tanggapan negatif ini boleh (dipadamkan),” ujar Ramesh sambil memberitahu bahawa beliau adalah generasi ketiga berniaga di sini. 

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan kepimpinan Kerajaan Negeri cakna dengan pendapat penduduk di Pasar Perai tersebut.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus