Skip to main content

Posts

Showing posts from June 30, 2014

Puasa umat terdahulu dan Islam....

Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." [Surah al-Baqarah: 183] Sebelum kita lihat apakah tafsiran ulamak mengenai maksud "na min qablikum", kita tinjau dulu amalan puasa dalam semua agama samawi (agama langit) dan ardhi (agama bumi/budaya).

India
Penganut Hindu berpuasa setengah bulan dan berbuka pada bulan mengambang, dan berhenti amalan ritual ini apabila ternampak anak bulan.

Berpuasa selama 14 hari tanpa makan dan minum, melainkan diselang-seli dengan minuman sahaja.

Tujuannya, untuk membebaskan diri dari kesiksaan penguasaan roh jahat (tanasukh), untuk mencapai nirvana.

China & Jepun
Amalan berpuasa turut diamalkan apabila Buddha menjadi agamawa rasmi China pada era Maharaja Fu Ti (58-71M), manakala di Jelun pada kurun ke-6M.

Parsi
Parsi sejak abad ke-14S.M. dikatakan menerima pengaruh kebudayaan agama Hindu Lama, kemud…

Daya saing koperasi ala "The Apprentice" - Zolkifly Md. Lazim

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBGEORGE TOWN - Kerajaan Negeri disyor mengadakan program ala rancangan realiti "The Apprentice", jika mahu gerakan koperasi di Pulau Pinang lebih berdaya saing sebagai enjin ekonomi rakyat.Penasihat Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB) atau Ropewalk Bagan, Zolkifly Md Lazim memberi syor itu dalam pertemuan meja bulat dengan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon, petang tadi."Koperasi ada banyak dan berjenis-jenis di negeri ini, sebab itu perlu saring mungkin lima hingga 10 koperasi yang dilihat ada potensi walaupun kecil operasinya."Kerajaan Negeri perlu ada benchmark (aras tanda) supaya semua koperasi yang disaring tersebut boleh dilatih melepasi garis kejayaan ini."KPATSBB umpamanya boleh dijadikan benchmark untuk koperasi-koperasi yang berorientasikan pinjam-meminjam mikro kredit tanpa riba, kerana koperasi di bawah Nasorudin Shah Mat (Pengerusi KPATSBB) berjaya capai sifar NPL (hutang tak berbaya…

Cabaran masakini tuntut ijtihad di lapangan, kata Mufti P.Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd. Noor

ISU pesakit cerebral palsy Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai terabai sendirian di rumahnya dekat Seremban baru-baru ini telah menerima reaksi cukup sentimental daripada banyak pihak.
Institusi Islam turut dipersalahkan kerana bantuan zakat dikatakan tidak sampai kepada orang kurang upaya (OKU) seumpama beliau, implisitnya, Islam sebagai “rahmat seluruh alam” dipersoal oleh segelintir pihak hingga kini.
Di sebalik semua ini, adakah institusi agama sudah hilang deria kemanusiaan, ataupun, ada sebab lain yang masih belum diperjelaskan?
Meluaskan (tawasu') maksud asnaf zakat kepada OKU seumpama Muhammad Firdaus merupakan antara syor yang disebut-sebut di laman sosial facebook serta blog.
Apa agaknya isyhad hukm atau pendapat Mufti baru bagi Kerajaan Negeri, Sohibus Samahah Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor, 70, semasa ditemubual oleh fotojurnalis ZAINULFAQAR YAACOB nanti?
“Fatwa adalah pendirian yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa serta diwartakan, yang saya nak sebut ini adalah is…

Pahala mengumpat dalam bulan Ramadan

SEGELiNTiR pro Umno menasihat rakyat supaya berhenti menconteng kezaliman parti asabiah berkenaan di facebook demi menghormati bulan Ramadan.
Apa reaksi kita dengan dakyah ini?
Sangat indah penjelasan Rasulullah SAW mengenai perihal mengumpat, yang juga disebut sebagai ghibah.
“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.Si penanya kembali bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu apabila apa yang diceritakan itu benar ada padanya? Rasulullah SAW menjawab: kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” [HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad]
Pada zaman Rasulullah SAW, Perang Badar umpamanya berlaku pada bulan Ramadan.
Maqasid asy-Syariah atau tujuan syariat berperang ini di antaranya demi menghentikan kezaliman, atau lebih tepat untuk menghilangkan fitnah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah..." [Surah Al-Ba…