08 July 2014

Pengecualian Pusat bina 61 rumah Kg. Manggis bersyarat – Guan Eng

(Dari Kiri) Shafie Mohd. Jusoh, Datuk Ahmad Zubir Abdul Ghani, Ketua Menteri, Jagdeep Singh Deo, Kamarul Rashdan Salleh, Wong Hon Wai dan Wan Mastura Azlina Mohammad pada sidang media di sini, tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pengecualian Kerajaan Pusat untuk mengemukakan permohonan kebenaran merancang berwajib dipersetujui Kerajaan Negeri dengan syarat Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng turut dijemput bersama-sama pada majlis perasmian projek tersebut, seperti majlis pecah tanah dan majlis penyerahan kunci kepada semua 61 penerima terpilih Rumah Mesra Rakyat (RMR) Kampung Manggis dekat Permatang Tinggi, dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Machang Bubok kelak.

Bagaimanapun, Guan Eng menjelaskan bahawa projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan berwajib daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), demi keperluan penduduk miskin mangsa banjir terpilih berkenaan.

"Kita tidak sewenang-wenangnya memberikan pengecualian (permohonan kebenaran merancang) sesuka hati dan sewanang-wenangnya...ini projek Kerajaan (Pusat), yang akan diluluskan oleh JKR.

“Ini, hadiah bersama (Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri) sempena bulan Ramadan," katanya Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Penerangan, Warisan, Kesenian dan Hal Ehwal Bukan Islam di sini baru-baru ini.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo dan Wong Hon Wai (Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri) turut menyertai sidang media tersebut.

Manakala, Kerajaan Pusat diwakili oleh Pengurus Besar Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Dr. Sr. Kamarul Rashdan Salleh, Wan Mastura Azlina Mohammad (Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Mesra Sdn. Bhd.), Datuk Ahmad Zubir Abdul Ghani (Timbalan Ketua Setiausaha KKLW), Shafie Mohd. Jusoh (Setiausaha Bahagian Tanah & Wilayah KKLW) dan Hirman Miraj Mohd. Noor (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Tanah & Wilayah KKLW).

Atas maksud mahu menjayakan projek tersebut bersama-sama Kerajaan Pusat, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut mengalu-alukan kunjungan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ke negeri ini supaya lebih banyak permohonan projek pemajuan desa daripada Kerajaan Pusat dapat diluluskan kelak.

“Saya berharap kerjasama seperti ini boleh diteruskan, walaupun Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mempunyai pendapat yang berbeza.kerana kerjasama ini cukup menguntungkan rakyat Pulau Pinang,” jelas Guan Eng lagi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Difahamkan, rancangan pemajuan Pusat berkenaan diluluskan, ekoran walkabout Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kawasan tumpuan banjir terbabit, pada 17 September 2011.

Dalam mesyuarat penyelarasan Projek Penyusunan Semula Kampung Manggis pada 31 Disember tahun lepas, terdapat beberapa keperluan tidak dapat dipatuhi oleh SPNB, jika permohonan kebenaran merancang dikemukakan.

9 Januari lepas, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menerima surat rayuan daripada SPNB supaya projek pemajuan 61 unit rumah satu tingkat kepada mangsa banjir berwajib di atas sebidang berkeluasan 6.002 ekar berwajib diberi pengecualian permohonan kebenaran merancang.

Kawasan pemajuan berwajib terbabit dikenal pasti adalah tanah milik persendirian, di atas lot-lot 17,265 hingga 17,325 Mukim 14, Daerah Seberang Tengah.

Difahamkan, permohonan SPNB itu berdasarkan Syeksyen 19(1) Akta 172 yang menyebut, "tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan, boleh memula, mengusaha atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah Seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3)".

Pun begitu, Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya pada 26 Mei lepas bersetuju memberi beberapa pengecualian berwajib sebagaimana dimohon oleh Pusat, dengan syarat Ketua Menteri dijemput hadir bersama-sama pada majlis perasmian, seperti majlis pecah tanah serta majlis penyerahan kunci kepada pemilik lot-lot kediaman tersebut.


Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan lagi komitmen Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam menambahkan bilangan rumah mampu milik serta memajukan kawasan desa, demi keselesaan hidup rakyat di negeri ini.

Kalau KJ kata PR Selangor bergolak, ertinya yang akan tumbang dulu Kelantan

Saya pun ada terbaca entri Pegolakan di Selangor bukti PR tak mampu mentadbir kata KJ di blog Anak Sungai Derhaka pagi ini.

"Ini memberi gambaran jelas bahawa Pakatan masih belum mampu mentadbir kerana krisis jawatan Menteri Besar Selangor pun masih berlarutan sehingga terpaksa mengambil masa sampai setahun,"  kata Ketua Pemuda Umno Malaysia tersebut dalam laporan asal Bernama.
KJ mungkin lupa Tun Abdullah Ahmad Badawi pun perintah Malaysia tidak lama, sekitar enam tahun sahaja.

KJ mungkin juga lupa, dalam tempoh tak sampai setahun, Pak Mertuanya itu direntam turut oleh cybertroopers pro Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dulu KJ sinonim dengan tim tingkat 4 yang kononnya hebat merancang serta mentadbir negara, last-last bungkuih sampai terpaksa minta sedekah jawatan daripada Bik Mama, yang kebetulan sedang menerima asakan serupa daripasa cybertroopers Tun belakangan ini.

Tak perlulah meludah ke langit, kerana akhirnya akan terpalit di muka sendiri.

Konflik pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah di bawah Datuk Seri Ustaz Azizan Razak (semoga dirahmati Allah) sebelum ini sepatutnya mengajar PAS, PKR dan DAP mengenai pripenting kestabilan politik.

Kedah berjaya dirampas oleh BN, diantara puncanya disebabkan kegagalan ahli politik Pakatan Rakyat menangani krisis kepemimpinan yang membabitkan orang no.1 di negeri berkenaan.

Bibit sama nampaknya sedang meledak di Selangor.

Saya kata, tak mustahil Selangor akan tumbang pada PRU14 nanti.

Ada seorang cybertrooper Umno di Pulau Pinang berkata, "kalau KJ cakap sebegitu, ertinya Kelantan akan tumbang dulu sebab pandangan rakyat di sana lebih kronik..."

KJ macam Dr. Mahathir. Pemikirannya Long Range Planning, satu perancang untuk melengkapkan satu perancangan yang lain.

Saya tak terkata apa-apa.

Sasar 1,500 Larian Menara MPSP 24 Ogos, termasuk pelari a’bangsa

(Dari kiri) Ketua Jabatan Lanskap MPSP, Shaqhrony Md. Yusoff @ Jamaluddin, Rezal Huzairi Md. Zaki, Rozali Mohamud, Maimunah Mohd. Sharif, Tan Cheong Eng dan wakil penganjur La Vintage Event pada sidang media mempromosi acara Larian Menara MPSP 2014 di sini baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Larian Menara MPSP 2014 sejauh 7 kilometer serta memanjat 412 anak tangga di sini yang dilangsungkan pada 24 Ogos depan seawal 5.30 pagi mensasarkan 1,500 penyertaan, termasuk pelari antarabangsa.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Maimunah Mohd. Sharif memberitahu, RM5,400 wang tunai ditawarkan untuk kesemua enam kategori yang dipertandingkan, iaitu kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan, terbuka lelaki, terbuka wanita, veteran lelaki dan veteran perempuan.

“Kita berjaya (menerima penyertaan) 738 pelari pada tahun lepas. Kejohanan pada tahun ini akan dibuka kepada pelari antarabangsa juga supaya penganjuran acara tahunan kita (MPSP) ini pada suatu hari nanti akan menjadi program peringkat antarabangsa," ujar Maimunah kepada wartawan di Ibupejabat MPSP Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud serta tiga Ahli Majlis bagi MPSP, Tan Cheong Eng, Rezal Huzairi Md. Zaki dan Ahmad Kaswan Kassim turut menyertai sidang media itu.

Yuran penyertaan untuk semua kategori adalah antara RM15 hingga RM25, dengan kadar percuma khusus untuk wartawan.

Menurut Maimunah, La Vintage Event Sdn. Bhd. sekalu wakil penganjur akan membuat jelajah pendaftaran khas dekat sebelah pulau, iaitu di Lebuh Arminean dan Lebuh Pantai, sebagaimana jadual yang dipaparkan dalam laman facebook Penang MPSP Tower Run.

Tarikh tutup pendaftaran pada 3 Ogos, sebelum jam 12.00 tengah hari.

Semua peserta boleh mengambil baju larian pada 16 dan 17 Ogos di lobi Kompleks Ibupejabat MPSP di sini mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Info lanjut, hubungi penganjur di talian 01110708938 atau 0124401398.

Setiakawan Uptown Perda...

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Hampir RM1,000 berjaya dikutip malam tadi di sini untuk sumbangan kepada salah seorang peniaga Uptown Perda yang baru diserang sakit kronik, kata Ketuanya Nasoruddin Shah Mat.

Mereka sasar kutipan lebih RM1,500 sebelum majlis sumbangan pada Rabu ini jam 9.00 malam, yang turut akan disertai oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan Dr. Afif Bahardin (ADUN Seberang Jaya merangkap Exco Kerajaan Negeri).

"Setiakawan sesama orang berniaga hebat sebab khazanah dunia terpikul atas pundak mereka, tak kira waktu susah atau senang, mereka setia dengan berniaga mereka dan kawan-kawan mereka," kata Ketua Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang Tn. Hj. Zolkifly Md. Lazim.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus