25 July 2014

Gembira Aidilfitri di rumah baru bantuan asnaf

MATA hati Abdul Halim Abdullah senantiasa bersyukur dengan anugerah Rumah Bantu Asnaf ZPP, selepas menempuhi hidup selama hampir 20 tahun di rumah pondok berhampiran pinggir Sungai Pinang di sini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

MATA Abdul Halim Abdullah, 59, yang tidak nampak walaupun terlindung dek kaca mata gelap masih tidak mampu menyembunyikan rasa sebak bercampur gembira kerana beliau sekeluarga bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini di rumah baru, hasil bantuan asnaf Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Rumah pondok seringkali ditenggelami air Sungai Pinang, paling teruk empat kali banjir dalam bulan Ramadan tahun 2008, termasuk pada malam raya Aidilfitri.

Malah, katanya, mereka sekeluarga pernah terkejut menyaksikan ular sawa besar sedang gelojoh menelan seekor kucing di dalam rumah pondok tersebut, dalam satu musim bencana pada tahun sama.

Semua itu tidak pernah mematahkan semangat Abdul Halim.

Dengan bantuan isteri, Siti Khatijah Sulaiman, 45, Abdul Halim berniaga kecil-kecilan di Tapak Jaja Ropewalk Lorong Kulit, tidak jauh dari Stadium Bandaraya, dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Datuk Keramat.

Abdul Halim memberitahu, pendapatan bulanan keluarga tak menentu dan tak pernah melebihi RM400.

Mujur ZPP saban bulan menyumbang bantuan berupa beras, gula dan barang-barang keperluan asasi lain.

Abdul Halim berkata, duit poket dan sumbangan ZPP cukup untuk mereka bersama-sama anak, Siti Nur Fatiah, 17, yang merupakan orang kurang upaya (OKU), serta pasangan kembar, Nur Ain Ariani, 3, dan Nur Ain Izati, 3 hidup secara sederhana.  

Ibu, Rahimah Bee Ahmad, 80, yang mengidapi beberapa sakit kronik yang tinggal di sebelah rumah turut memberi sokongan kepada Abdul Halim.

"Alhamdullah, sumbangan banyak pihak dan sumbangan bulanan zakat cukuplah untuk persiapan raya, tentulah seronok raya kali ini," jelas Abdul Halim selepas Majlis Penyerahan Rumah Bantuan Asnaf di sini, semalam.

Majlis rasmi itu dilangsungkan serentak dengan program penerimaan zakat perniagaan daripada Celcom Axiata bagi haul 2013 berjumlah RM360,000, diserahkan oleh Pengurus Pemasaran Wilayah Utara Farid Khan Mohd. Ali. 

ABDUL Halim Abdullah sekeluarga dengan replika sumbangan Rumah Bantuan Asnaf ZPP di depan kediaman baru mereka.

Rumah pondok Abdul Halim yang seringkali ditimpa bencana mendapat perhatian banyak pihak, termasuk Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo dan Datuk Mohd. Salleh Man (Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP).

"Setiap kali saya datang, Abang Hali kata 'tak apa' dan boleh bersih selepas bencana banjir ini surut. Saya sangat kagum dengan keluarganya.

"Apabila mereka diminta pindah dari tanah rizab sungai JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) ini, kita berusaha menempatkan mereka di tanah milik Kerajaan Negeri di sini juga, dengan bantuan pemimpin setempat & Datuk Mohd. Salleh sendiri," jelas Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat.

(Dari kiri) AHMAD Zakiyuddin Abdul Rahman, Jagdeep Singh Deo, Mohd. Salleh Man dan Dr. Azman Abdul Somat (Pengurus Besar ZPP) di pentas utama Majlis Penyerahan Rumah Bantuan Asnaf & Majlis Penerimaaan Zakat Perniagaan Celcom Axiata di sini, semalam.

Mohd. Salleh pula dalam ucapannya memberitahu, rumah bantuan asnaf itu dibina dengan harga RM42,220, dengan anugerah tanah oleh Kerajaan Negeri.

"Sepanjang tahun 2014, ZPP telah membina 11 rumah bantuan asnaf dengan nilai agihan sebanyak RM400,622. 

"Itu, tidak termasuk kos membaiki 50 buah rumah asnaf terpilih dengan nilai agihan sebanyak RM557,282," ujar Mohd. Salleh lagi.

Manakala, Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Rumah Bantuan Fakir & Miskin ZPP, Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman memberitahu bahawa pihaknya berjaya membina 206 rumah bantuan asnaf di seluruh negeri ini, sejak tahun 2008.

NASER Ismail.
Pemimpin komuniti setempat, Naser Ismail, 53, yang dari mula menguruskan permohonan Abdul Halim semasa ditemui kemudian berkata, beberapa bulan sahaja proses permohonan rumah bantuan asnaf tersebut dibuat untuk diluluskan ZPP.

"Sebenarnya tak susah untuk memohon dan mencepatkan proses dapat rumah bantuan asnaf ini, dengan syarat mendapat kebenaran tuan tanah atau calon penerima itu sendiri.

"Permohonan Abdul Halim ini lebih cepat kerana tanah ini Kerajaan Negeri, Tuan Jagdeep dan Datuk Salleh sendiri mahu projek ini cepat siap," ujar Naser.

Berita Putera Sultan Selangor tukar agama 'gugur'?



World News Daily Report kira-kira jam 10.30 pagi waktu tempatan tadi dikesan menggugurkan laporan kontroversi berjudul Malaysia: Crown Prince Converts To Catholicism, Show Muslim World dari portal antarabangsa berkenaan, sekaligus menggamit pelbagai tanda tanya.

Terdahulu, berita dipetik mendedahkan anak Sultan Sharafuddin Idris Shah bernama Tunku Amir Shah dikatakan meninggalkan Islam selepas mengahwini seorang model jelita peranakan Sepanyol, Cristina Gomez. 

Sehingga 10.45 pagi ini, masih tiada reaksi rasmi dari Istana Selangor dan pihak eksekutifnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung status agama Amir.

Kedah dah tumbang, standby Selangor pula...

Bila krisis kepemimpinan no.1 di Kedah gagal ditangani, akibatnya Kerajaan PAS Negeri tumbang pada PRU13 lepas.

Pemuda Pusat tentu boleh baca hal ini, kenapa aneh kenyataan pemimpin sayap muda Selangor?

Letak jawatan seperti PM Ukraine, syor Presiden PMUM


Tekapan skrin dari facebook Fahmi Zainol.

DATUK Seri Najib Tun Razak disyor melepaskan jawatan sebagaimana Arseniy Yatsenyuk meletak jawatan Perdana Menteri Ukraine semalam, gara-gara tragedi MH17.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia (PMUM) Fahmi Zainol menconteng syor itu di dinding laman sosial Facebook peribadinya.

Semalam, Najib membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung tragedi serangan di udara Ukraine oleh puak pemisah, dan disokong oleh pembangkang.

Bagaimanapun, percubaan Putrajaya berunding dengan puak pemisah demi mendapatkan kotak hitam serta mayat mangsa MH17 dipersoal.

Pesawat MH17 yang membawa 295 penumpang termasuk 15 anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 18 Julai lepas, selepas ditembak di ruang udara Ukraine.

Putera Sultan Selangor tukar agama?


Gambar mirip Tunku Amir Shah dalam satu parti. | Foto: World News Daily Report

SATU-SATUNYA anak Sultan Sharapuddin Idris Shah bernama Tunku Amir Shah dikatakan meninggalkan Islam selepas mengahwini seorang model jelita peranakan Sepanyol, Cristina Gomez.

Media antarabangsa World News Daily Report melaporkan Malaysia: Crown Prince Converts To Catholicism, Show Muslim World, dikesan tersebar melalui media baru 2.0 seperti Facebook dan WhatsApp sejak sebelum Subuh waktu tempatan lagi.

Pernikahan pasangan bak Romeo dan Juliet itu dikatakan menggamit reaksi mengejutkan dunia, kerana didedah Amir turut dibabtiskan di Santa Maria Cathedral dekat Braga,Portugal baru-baru ini.

Sehingga 7.30 pagi tadi, tiada info rasmi dari Istana Selangor atau institusi eksekutifnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), sekaligus menimbulkan cakap-cakap khalayak di media baru bahawa info mengejutkan dunia Islam itu adalah palsu.


Posted via Blogaway

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus