Skip to main content

Posts

Showing posts from July 31, 2014

Dedah rekod ketuanpuanyaan tanah Kg. Pmtg Tok Subuh, rayu RAGAS

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
KEPALA BATAS - Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa (RAGAS) merayu Kerajaan Negeri mempertahan kepentingan baki 26 keluarga asal Kampung Permatang Tok Subuh, dengan mendedahkan keseluruhan rekod ketuanpunyaan sebidang tanah yang kononnya dipunyai syarikat Distinct Class Sdn. Bhd..
Pengerusinya Zolkifly Md. Lazim  menjelaskan, rekod ketuanpuanyaan dari Pejabat Tanah Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang diperolehi menunjukkan syarikat misteri itu pernah menerima saman pemula (No. 24-1828-2005) bertarikh 17 Mei 2006 di Mahkamah atas sebab cubaan kebenaran pindah milik tanah secara tidak sah.
“Ketetapan mahkamah semasa itu jelas menunjukkan bahawa ketuanpunyaan syarikat RM2 ini (Distinct Class) ini adalah tak sah.
“Tak mungkin pihak berkenaan boleh melakukan pindah milik pada tahun 2006 itu, melainkan wujud pelanggaran undang-undang dalam Kerajaan Negeri era Umno dulu melalui Pejabat Tanah Daerah SPT sendiri,” ujar Zolkifly pada Majlis Rumah Terbuka Ambang 1 Sy…