Skip to main content

Posts

Showing posts from August 4, 2014

PAS jangan untung secepat, rugi segantang...

BAYANGKAN idea mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor berjaya dengan sokongan PAS dan Umno, mandat ini kekal sehingga PRU14 sahaja.Khalid yang ditolak PKR dan DAP tentu bukan lagi calon Menteri Besar Selangor semasa itu.Dan, tokoh itu tentu akan mengundur diri atau kekal bertanding atas atas tiket BEBAS.Takkan PAS semasa PRU14 masih nak bergantung pada peribadi Khalid, atau mahu kembali bekerjasama dengan PKR dan DAP atas nama Pakatan Rakyat?Di sinilah, salah satu timbang tara yang perlu dibawa oleh PAS dalam mesyuarat 8 Ogos ini.Takkan PAS pilih keuntungan politik sementara hingga PRU14, dan rugi berpanjangan dari segi imej parti yang jelas dilihat tidak hargai konsensus PR?Jangan untung secupak, tapi rugi segantang.Setuju?

Bawa bukti jika 'ciplak proposal' ada di P.Pinang, Guan Eng respons Musa

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBGEORGE TOWN -Dakwaan Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir kononnya perbuatan 'ciplak proposal' miliknya di beberapa kementerian turut berlaku dalam Kerajaan Negeri dipertikai oleh Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng sendiri.Guan Eng menegaskan, tidak mungkin berlaku perbuatan itu berlaku dalam pentadbirannya,  memandangkan Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 lagi mengamalkan tender terbuka.Justeru, Guan Eng menggesa Musa menggemukkan bukti untuk membantu siasatan berwajib, demi menyokong dakwaannya itu."Macam mana boleh curi idea orang lain dan menipu?"Ini tak mungkin berlaku (di Pulau Pinang) kerana kami Kerajaan Negeri ada sistem terbuka. Itulah perbezaannya...," respons Guan Eng hari ini, sambil minta Kerajaan Umno BN Pusat mengamalkan tender terbuka seperti di Pulau Pinang.Terdahulu, Musa mendakwa perbuatan 'menciplak proposal' miliknya berleluasa di beberapa kementerian, serta dalam Kerajaan Pulau Pinang.Menurut…

Flotila P.Pinang juara, pamer hingga 16 Sept.

Oleh: ZAINULFAQRA YAACOB SUNGAI PINANG - Flotila Negeri Pulau Pinang yang baru menjuarai pertandingan Magic  of The Night 2014 di Putrajaya pada Jun lepas akan dipamerkan di perairan berdepan Persiaran Karpal Singh di sini sehingga Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September depan.
Menurut Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, flotila bertemakan Simply the Best itu telah berjaya menewaskan 13 flotila lain, dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Johor, Kedah Kelantab, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Perbadanan Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
“Kejayaan ini tentulah menyuntik semangat Kerajaan Negeri untuk untuk membawa balik flotila yang cantik dan menarik ini ke Pulau Pinang dan dipamerkan dari 15 Julai hingga 16 September di Persiaran Karpal Singh,”  ujar Guan Eng pada majlis keraian tersebut, anjuran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng, Lim Siew Khim (Ahl…