Skip to main content

Posts

Showing posts from August 10, 2014

6 Adun PAS Selangor tunggu masa umum bangkang Pro Khalid?

GAMBAR mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.KESEMUA 15 Adun DAP Selangor hari ini sebulat suara menyokong cadangan PKR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.Ada kawan bertanya, apa langkahan seterusnya Adun PAS Selangor kini? Masih Pro Khalid atau Pro Pakatan Rakyat?Cakap-cakap politik di Selangor petang tadi memberitahu ada enam Adun PAS Selangor menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan sokongan padu pada muafakat bersama PR menamakan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor."Enam Adun atau mungkin lebih akan umum tak sokong pro Khalid (demi) jaga imej Islam serta PAS tak khianat tahalluf siyasi (bersama) PR," whatsapp seorang pimpinan muda PAS Selangor, tadi.Satu lagi sumber memberitahu,Datuk Noh Omar memanggil jentera Umno dalam mesyuarat penting di kediamannya, dipercayai persiapan PRN Selangor.Adakah nekad Khalid untuk mendapat nasihat Sultan Selangor membawa isyarat langkahan pada PRN?Kalau tanya saya,…

'Alligator Eyes' Anwar Ibrahim kakukan keputusan MSU?

"Khalid dah kena pecat, macam mana?"KENYATAAN rasmi MSU 6 Ogos lepas menyebut:"Selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor."Lembaga Disiplin PKR  pada 9 Ogos lepas mengumumkan ada tiga sebab Khalid dipecat dari parti masa depan berkenaan.Pertama, Khalid ingkar keputusan parti dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (MPPR) supaya menangguhkan projek Langat 2 serta kenaikan gaji Exco Kerajaan Selangor.Kedua, Khalid ingkar keputusan parti dan MPPR dalam isu penstrukturan air Selangor.Ketiga, Khalid ingkar keputusan parti dan MPPR dengan pertahan projek  KIDEX.Keempat, Khalid gagal memberi penjelasan kepada parti dan MPPR dalam isu mengenai isu pelupusan hutang peribadi hampir RM70 juta dengan Bank Islam."Oleh yang demikian, adalah diumumkan bangsa Tan Sri Khalid Ibrahim dengan ini dipecat dari Parti K…

Kenduri Kg. Pmtg. Tok Subuh dalam banjir, penduduk cekal terima notis arah kosong rumah dalam tempoh 30 hari

TENGAH sedap-sedap menikmati nasi jagung berlauk ayam masak merah dan ketupan rendang, tiba-tiba bumbung anjung salah satu rumah terpelanting ke khemah kenduri Kampung Permatang Tok Subuh.
Semua ketawa melihat latahan salah seorang wanita yang terkejut. Pukulan ribu yang bersulam dengan hujan kencang bagaikan tiada apa-apa.
Seorang kanak-kanak, mungkin dalam usia 9 atau 10 tahun menarik lengan baju Melayu saya. Kanak-kanak perempuan itu meminta saya mengalih kereta, kerana takut ditimpa renting besar.
Kak Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Che Embi, tersenyum. Dia memayung isteri saya Siti Hajjar Hassan dan anak, Insyirah Solahah sampai ke kereta.
"Seronok kenduri. Kalau banjir malam ini pun, kami dah biasa," seoroh Kak Hamidah, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Kampung Permatang Tok Subuh.
Saya tak terkata apa. Isteri pun diam. Insyirah bersembunyi di tempat duduk belakang kereta.
Dalam perjalanan balik, Hajjar melahirkan rasa sebak.
"Pakaq, tak tahulah…