Skip to main content

Posts

Showing posts from August 12, 2014

Siapa kata ADUN PAS tidak mahu Azizah, soal Dr Rani

AHLi Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Abdul Rani Osman menafikan wakil rakyat PAS menolak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor baharu."Siapa kata PAS tidak mahu wanita jadi pemimpin?"Kalau kita tidak mahu, kenapa kita letak (exco) Dr Halimah dan (Ahli Parlimen Kota Raja) Dr Mariah? Itu bukan masalah," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan SUK di Shah Alam, hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menolak Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu dan mahu PKR menamakan calon lain.Pertemuan Hadi dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Terengganu semalam juga dikatakan menemui jalan buntu apabila enggan berganjak dengan pendiriannya sebelum ini yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar.Sementara itu, Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor mengingatkan kejayaan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Selangor bukan hasil usaha PAS saja, tetapi bers…

Yuran Sisa Industri demi kelestarian P.Pinang - Kon Yeow

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, dasar Yuran Sisa Perindustrian akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun depan di negeri ini, demi kelestarian bumi dan generasi akan datang.
Bagaimanapun, katanya, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandraan Seberang Perai (MPSP) akan mengadakan majlis interasi dengan pengusaha kilang-kilang mulai bulan Ogos ini untuk mendapatkan maklum balas mengenai insiatif terbaru Kerajaan Negeri.
"Saya ingin meyakinkan pengusaha industri bahawa bukan tujuan kita (Kerajaan Negeri) untuk hukum (mengenakan yuran) atas sisa yang dijanakan, tetapi, kita akan buat 'cari padan' supaya sisa industri ini boleh (dikitar semula) menjadi sumber (pendapatan).
"Sebagai contoh, jika sisa industri dari kilang A boleh diproses menjadi sumber (pendapatan) di kilang B, cukuplah dibuat 'cari padan', serta tak perlu membayar (Yuran Sisa Industri) untu…