Skip to main content

Posts

Showing posts from August 18, 2014

Takkan Faekah pertahan Khalid sebab...

ANWAR Ibrahim.Perebutan jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga kini berpunca oleh perebutan RM3 bilion dalam Kerajaan Negeri itu, dalih Faekah Hussin.Sepatutnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRU13 lepas tidak mengubah Khalid dari Ijok ke kerusi DUN yang lebih selamat, iaitu Pelabuhan Klang.Sepatutnya Anwar tidak membawa nama Khalid sahaja sebagai Menteri Besar pasca PRU13 ke Istana, kerana RM3 bilion itu telah wujud dalam akaun negeri sejak sebelum pilihan raya umum lepas lagi.Di sinilah tidak logiknya fitnah Faekah ke atas keluarga Anwar, yang kononnya giat ingin membolot RM3 bilion dana Kerajaan Selangor, dengan merebut jawatan MB Selangor daripada Khalid.Apa pula logik Faekah pertahan Khalid secara pentadbiran dan peribadi belakangan ini, jika bukan sebab RM3 bilion?

Larang upah buruh asing jadi tukang masak utama – Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri mempertimbang larangan penjaja tempatan berlesen menggunakan buruh asing sebagai tukang masak utama antara lain demi memelihara serta memulihara keaslian makanan warisan di negeri ini.
Justeru, Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melaksanakan kaji selidik khidmat pelanggan berhubung syor ini.
"Kami sedang menimbangkan untuk membatalkan lesen penjaja jika didapati mengupah pekerja asing untuk menjadi tukang masak utama mereka tetapi kami perlu dapatkan maklum balas orang ramai sebelum melaksanakannya," jelasnya kepada pemberita di sini baru-baru ini.
Guan Eng menjelaskan, kaji selidik yang dijalankan oleh MPPP baru-baru ini mendapati lebih 119 buruh asing diambil bekerja sebagai tukang masak utama di 68 pusat penjaja makanan di negeri ini.
Menurut beliau, kebanyakan dari 68 gerai makan yang dikenalikan oleh tukang m…

"Setiakawan PAS tawar calon DAP tanding guna logo parti Islam itu tak pernah dilupakan"

SUNGGUHPUN PAS akhirnya bersetuju dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru semalam, tindak-tanduk beberapa pemimpin parti masa depan itu menolak keputusan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini masih tidak memadamkan amarah banyak pihak hingga kini.
Jeffrrey Chew, aktivis muda DAP Pulau Pinang antara yang berkongsi pendapat peribadi mengenai kesetiaan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Jeffrrey berkata, beliau sekeluarga tak pernah lupa setiakawan PAS menawarkan logo parti Islam tersebut untuk digunakan oleh calon DAP pada PRU13 lepas, semasa Pendaftar Pertubuhan (ROS) cuba mengharamkan DAP.

"Mak saya kata: mana ada parti yang begitu setiakawan sampai sanggup beri logo pastinya untuk calon DAP guna (tanding) masa pilihan raya lepas?

"Gerakan tak akan bantu DAP kerana Gerakan memang mahu ROS haramkan DAP, tetapi, mak saya kata: dia tak pernah lupa setiakawan PAS dengan DAP masa PRU13 dulu," respons Jeffrrey Chew.


FRANCIS…

Tiada fatwa haram 'Merdeka Zumba' 31 Ogos, respons Mohd. Rashid Hasnon

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Senamrobik 'Merdeka Zumba' sempena Hari Kemerdekaan Kali Ke-57 pada 31 Ogos ini mulai jam 7.00 malam di Persiaran Mahsuri 1, Sunway Tunas dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pantai Jerejak mensasarkan penyertaan 1,000 orang.
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata, senamrobik itu jelas bertujuan untuk melahirkan gaya hidup yang sihat, serta mengeratkan lagi jaringan sosial masyarakat.
"Senamrobik ini untuk menyihatkan badan, Mufti Pulau Pinang (Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor) sendiri memaklumkan bahawa tiada fatwa melarang Zumba di Pulau Pinang," jelas Mohd. Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak kepada wartawan di sini, pagi tadi.
Penjelasan itu sebagai respons kepada Persatuan Muka Buku Pulau Pinang yang mendesak 'Merdeka Zumba' dibatalkan,  memandangkan ada Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah pada 15-17 April lepas telahpun mengharamkan orang Islam membabitkan diri d…