19 August 2014

Menteri, Guan Eng komited kembang potensi pelancongan P.Pinang

SEKUMPULAN pelancong asing merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Ketua Menteri dan Mohamed Nazri Abdul Aziz di bangku unik di sini, dengan gaya ‘sawadikap’ yang menjadi identiti komuniti Thailand.
BANGKU unik yang berpintal-pintal di Lebuh Armenian ternyata turut menggamit perhatian tiga pelancong asing merakamkan gambar bersama di sini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri menyambut baik insiatif Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mengembangkan industri pelancongan Pulau Pinang, khususnya di George Town Tapak Warian Dunia UNESCO.

Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng berkata demikian kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa menteri berkenaan mengadakan lawatan kerja di sini baru-baru ini.

Guan Eng turut menyambut baik pemberian dua kerusi unik yang disumbang Balai Seni Lukis Negara untuk menghiasi ruang lapang sekitar Secret Gardens of Earthly Delights, sempena menyambut Festival George Town (GTF) Ke-5 sepanjang bulan Ogos kini.

“Yakinlah bahawa anda semua akan merasai keunikan hakiki Pulau Pinang, sehinggakan ia akan menjadi destinasi pelancongan pilihan dari seluruh dunia,” ucap Guan Eng di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, Mohamed Nazri menyatakan komitmen untuk membantu Kerajaan Negeri mengembangkan potensi industri pelancongan supaya setaraf dengan destinasi pelancongan lain di peringkat dunia.

Komitmen itu dinyatakan semasa makalah New York Times telahpun mengiktiraf Pulau Pinang sebagai antara destinasi pelancongan pilihan terbaik di rantau Asia.

"Saya sangat gembira dengan kejayaan Pulau Pinang dan mungkin mempunyai rancangan yang lebih besar untuk dimaklumkan.

"Saya sendiri berharap Pulau Pinang akan menjadi permata bagi pelancongan Malaysia, bak Bali untuk Indonesia," jelas Mohamed Nazri, sambil melahirkan rasa gembira dengan reaksi positif daripada pentadbiran Guan Eng.

Pengerusi Galeri Seni Kebangsaan, Datuk Mahadzir Lokman, Pengarah GTF, Jeo Sidek, dan Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Datuk Ar. Patahiyah Ismail turut menyertai lawatan kerja Mohamed Nazri.

Kibar Jalur Gemilang atas semangat majmuk P.Pinang – Guan Eng

PERTANDINGAN mewarna kanak-kanak di ruang utama Pasar raya Sunshine Bertam di sini baru-baru ini.
TUNGGU giliran persembahan pentas.
KIOR lagu-lagu patriotik.
ASYIK dan penuh semangat mendeklamasikan sajak kemerdekaan.
LIM Guan Eng (paling kanan) serta pemimpin Kerajaan Negeri lain pada majlis perasmian gimik Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.
LIM Guan Eng (depan, empat dari kiri) dan Law Choo Kiang (depan, tiga dari kiri) serta pemimpin Kerajaan Negeri lain pada majlis istiadat menaikan Jalur Gemilang di Pasar raya Sunshine Bertam  di sini baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB  

BERTAM - Kibarkan Jalur Gemilang dengan semangat kepelbagaian kaum sempena ulangtahun ke-57 Hari Kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos ini serentak dengan keraian Hari Malaysia pada 16 September depan.

Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata, kemajmukan kaum dan agama di Pulau Pinang mesti terus dijadikan kekuatan bersama bukan hanya pada sambulan Bulan Merdeka ini sahaja.

“Biarlah perbezaan kaum dan agama menjadi tonggak kekuatan dan bukan merupakan kelemahan dan kekurangan kepada masyarakat berbilang bangsa  di Pulau Pinang.

“Saya berharap semangat patriotism tidak berhenti setakat ini sahaja, kibarlah Jalur Gemilang di mana-mana sahaja,” ujar Guan Eng pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri dekat Pasar raya Sunshine di sini.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang turut berucap pada malis keraian tersebut.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri), Exco-Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Jait (Pegawai Kewangan Negeri) dan kepemimpinan negeri lain.

Istiadat kibarkan Jalur Gemilang, koir lagu-lagu patriotik dan deklamasi sajak merupakan antara acara pentas menarik pada keraian kali ini.

Tidak cukup dengan itu, Pertandingan Mewarna Kemerdekaan, melukis, Kuiz Kemerdekaan, permainan dam gergasi turut dianjurkan demi menyemarak semangat patriotisme dalam kalangan warga di negeri ini.

Jamil lahir di Perak, tetapi pernah jadi Menteri Besar Selangor

Beliau Orang Perak 

Bolehkah DUN Selangor dibubar?

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

RAMAI yang bertanya saya tentang soalan di atas ?

Saya menjawab DUN Selangor boleh dibubarkan dan juga tidak boleh dibubarkan bergantung bila Dun itu ingin dibubarkan.

Ulasan saya dalam kolum ini hanya semata mata dari persepektif undang undang dan amalan demokrasi berparlimen ala wesminster.

Mengapa saya kata boleh dibubar Dun Selangor dan mengapa saya kaitkan dengan masa ?

Pada hemat saya Dun Selangor boleh dibubarkan selepas Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) dipecat dari bekas partinya, PKR sehingga tempoh sebelum dua orang Adun dari Pas iaitu Adun Hulu Kelang dan Adun Morib menyatakan secara terbuka bahawa mereka menyokong Datin Sri Wan Azizah Wan Arifin (WAWI) sebagai Menteri Besar Selangor bersama sama 28 orang Adun lain dari DAP dan PKR.

Dalam tempoh masa yang saya nyatakan tersebut keadaan Kerajaan Selangor amat tidak menentu di mana wujudnya seorang MB iaitu TSKI yang tidak berparti dan juga tidak mendapat sokongan majoriti di dalam DUN Selangor.

Dalam masa yang sama juga tidak juga wujud mana mana calon dari mana mana parti politik di DUN Selangor yang mendapat sokongan majoriti adun-adun untuk ditabalkan menjadi MB Selangor yang baru menggantikan TSKI.

Di atas senario yang saya nyatakan itu bagi saya jika Y.M Sultan Selangor diandaikan memperkenankan permintaan dari TSKI, jika ada permintaan tersebut dibuat, untuk DUN Selangor dibubar ia bukanlah suatu yang salah di sisi undang undang dan Perlembagaan Negeri Selangor kerana jelas wujudnya keadaan yang tidak menentu tentang status Kerajaan Selangor yang memang mewajarkan pembubaran DUN Selangor.

Dan, jika itu berlaku bagi saya ia bukan salah Y.M Sultan sebaliknya salah Pakatan Rakyat kerana mereka gagal mencapai satu persetujuan atau konsensus dengan kadar segera bagi mencalonkan calon yang mendapat sokongan majoriti untuk menjadi MB Selangor menggantikan TSKI.

Sebenarnya ramai penganalisa politik dan undang undang merasa hairan mengapakah dalam keadaan TSKI telah dipecat dari partinya Pakatan Rakyat gagal mencapai kata sepakat untuk melantik calon pengganti TSKI sekaligus meletakkan sebuah Kerajaan yang asalnya diperintah oleh Pakatan dengan kekuatan dua pertiga majoriti tiba tiba berisiko tinggi untuk dibubarkan begitu sahaja.

Dan, jika itu berlaku Pakatan hanya berhak menyalahkan dirinya sendiri .

Dalam hal ini nampaknya tindakan dua orang Adun Pas yang menyokong WAWI sebagai calon MB meskipun tidak digemari oleh orang orang Pas sendiri dan malahan ada yang melabelkan mereka sebagai pengkhianat, sedikit sebanyak membantu Pakatan keluar dari keadaan tidak menentu yang mewajarkan Y.M Sultan untuk membubarkan DUN Selangor.

Mungkin dua Adun Pas itu yang mungkin dihakimi sebagai pengkhianat parti pada masa ini tidak mustahil akan pula dinobatkan sebagai hero atau wira oleh generasi akan datang ?

Apabila dua Adun itu dilaporkan menggunakan keputusan muktamar Pas yang telah bersetuju mempertahankan Pakatan Rakyat sebagai justifikasi tindakan mereka, agak sukar juga untuk menyalahkan mereka begitu sahaja kerana ramai juga yang boleh menerima hujah mereka bahawa apa yang mereka lakukan adalah dalam kerangka ingin mempertahankan Pakatan sebagai mana yang dikehendaki oleh Muktamar Pas.

Itu senario sebelum 2 Adun Pas itu menyokong WAWI. Bagi saya selepas dua Adun Pas itu menyokong WAWI sebagai calon MB Selangor ditambah pula dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang bersetuju WAWI sebagai calon tunggal yang akan dibawa kepada Sultan untuk diperkenankan sebagai MB baru Selangor isu pembubaran DUN Selangor tidak timbul lagi.

Dari perpesktif undang undang dan Perlembagaan Negeri Selangor, Sultan tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan WAWI sebagai MB Selangor kerana secara jelas beliau kini mendapat sokongan dua pertiga ahli dewan untuk ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru.

Memandangkan negara kita mengamalkan doktrin Raja Berperlembagaan adalah jelas Y.M Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menolak cadangan WAWI sebagai MB Selangor kerana Raja Berperlembagaan hanya dibenarkan melaksanakan kuasanya di dalam kerangka perlembagaan.

Dalam kerangka Perlembagaan satu satunya faktor yang mengekang Y.M Sultan dari memperkenankan permintaan atan cadangan Pakatan untuk melantik WAWI menjadi MB adalah sekiranya beliau tidak mendapat sokongan majoriti.

Apabila WAWI jelas telah mendapat sokongan majoriti ahli dewan maka kekangan itu tidak wujud lagi sekaligus Y.M Sultan, dengan penuh hormat, tidak mempunyai pilihan selain merestui dan memperkenan WAWI sebagai MB Selangor yang baru.

Atas dasar itu jika benar laporan yang menyatakan TSKI berhasrat ingin berjumpa Sultan hatta berjumpa Sultan di luar negara bagi meminta dibubarkan Dun bagi saya tindakan itu bukan sahaja tidak sah dan tidak bertanggungjawab malahan ia suatu yang "purely nonsense"  di sisi undang-undang dan sistem demokrasi berparlimen wesminster yang diamalkan di negara ini.

Mujahid kata 'Perang Mulut' serlahkan PAS kuat, dinamik

Cakap-Cakap
MAJLiS jamuan selepas Mesyuarat PAS Kawasan Bukit Gelugor malam tadi turut berbincang mengenai krisis Menteri Besar Selangor yang didakwa mengoncang kuat struktur parti, khusus autoritatif Majlis Syura Ulamak (MSU).

Anggota MSU akhirnya seakan dilihat jahil perihal organisasi PAS apabila mendahului mesyuarat PAS Pusat, bak Mahkamah Rayuan termaklum membuat keputusan sebelum mahkamah sesyen memulakan perbicaraan.

Dinamik & Kekuatan
Yang di-Pertua PAS Kawasan, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam ulasannya berkata PAS ada dinamik tersendiri serta kuat, sungguhpun banyak pihak percaya bahawa perbezaan pendapat kali ini pasti akan memecahkan parti.

"Banyak pihak percaya PAS akan pecah kali ini, tetapi keputusan akhir dalam mesyuarat semalam jelas tidak begitu.

"Di sini PAS dilihat dinamik, kerana perbezaan pendapat secara tajam yang secara logik tentu akan memecahkan PAS, tetapi akhirnya menguatkan iltizam semua pihak untuk PAS kukuhkan Pakatan (Rakyat)," jelas Mujahid, yang juga AJK PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar.

Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim antara AJK PAS negeri yang hadir.

Baik Buruk
Polemik isu Menteri Besar Selangor yang masih membara sehingga kini, kalau tanya kepada sesiapa pun, anggota PAS tidak selesa dengan polemik yang berlaku ini.

Tak kiralah yang menyokong pendirian peribadi Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor atau yang membangkang Presiden PAS berkenaan, perbezaan pendapat ini sudah barang tentu semua kita tidak suka.

Al-Quran pun berkata, peperangan pun manusia tidak suka, antaranya kerana menghilangkan jiwa.

Tetapi, peperangan itu boleh membawa sesuatu yang lebih baik daripada hilang jiwa, antaranya kondisi kezaliman hatta mungkin perhambaan sesama manusia boleh dihentikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [Surah Al-Baqarah: 216]

'Ibrah (Pengajaran)
Ayat Al-Quran di atas menceritakan buruk baik peperangan secara membunuh.

Sesungguhnya, baik buruk daripada 'perang mulut' dalam organisasi PAS tidaklah salah mengambil pengajaran daripada baik buruk kewajipan perang secara membunuh sebagaimana pada ayat 216 daripada Surah Al-Baqarah.

Lagi pun, kaedah usul tafsir turut menyebut:

Al-'Ibrah bi umumi al-lafzi la khususan bi ada-sababi

Maksud: Pelajaran itu diambil daripada lafaz umum ayat Al-Quran, bukanlah dari sebab khusus turun ayat Al-Quran itu.

Sekiranya kita faham pripenting mencari 'ibrah daripada peperangan serta membunuh pada maksud nas, kita juga boleh mencari baik buruk 'perang mulut' dalam PAS kini.

Di bawah, adalah pendapat peribadi BJ Faqar mengenai baik buruh di sebalik 'perang mulut' dalam PAS kini:

Keburukan 'Perang Mulut'
1. Mencalar imej PAS dalam kalangan rakyat, khususnya pengundi Selangor.

2. Mencetuskan perasan saling curiga semasa ahli, serta PAS bersama pemimpin Pakatan Rakyat.

3. Mendedahkan kelemahan PAS untuk dimanipulasi oleh Umno, melalui akhbar Utusan, Berita Harian, TV3 dll.

4. Menghakis wibawa MSU, yang selama ini dilihat 'serba tahu' dalam mendepani cabaran serta memacu hala tuju parti.

5. Mengkaburkan fokus PAS untuk membuat persiapan asasi pilihan raya dalam merampaskan mandat pemerintahan daripada Umno BN, melalui PRU14 nanti.

Kebaikan 'Perang Mulut'
1. Menyerlahkan sikap ahli PAS yang pro Pakatan Rakyat, serta yang pro Umno dll.

2. Membuka mata ahli dan pemimpin (khususnya MSU) bahawa pri penting mengetahui ilmu keperlembagaan parti, serta amalan pentadbiran PAS.

3. Membuka mata semua pihak bahawa musyawarah serta kolektif lebih autoritatif dan kuat, berbanding pendirian peribadi seorang presiden PAS.

4. Menguji amanah sesama ahli PAS, serta setiakawan PAS dengan DAP dan PKR dalam saling mengukuh Pakatan Rakyat.

5. Menambahkan lagi amarah ahli kepada Umno serta pemimpin pro Kerajaan Perpaduan (UG) yang daripada ghairah untuk bersama Umno.

Setuju?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus