20 August 2014

Harap Seberang Perai dikenali dunia seperti MPSP - Guan Eng

(Dari Kiri) CHOW Kon Yeow, P. Ramasamy, Ketua Menteri dan Maimunah Mohd. Sharif pada majlis pelancaran edisi kedua Seberang Perai Heritage Map & Seberang Perai Tourist Map di sini baru-baru ini. | Foto: Faiz Halim @MPSP

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru menerima anugerah pada 5 Julai lepas baru menerima Best Cities Award oleh Europe Business Assembly - Stresa dekat Itali, manakala, Yang di-Pertuanya Maimunah Mohd. Sharif pula diiktiraf sebagai Best Cities Manager Award dalam majlis yang sama.

Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng semasa berucap pada Hari Majlis MPSP berkata pihaknya berharap dua pengiktirafan ini serta beberapa pencapaian lain pada peringkat dunia sekaligus dapat mempromosi industri pelancongan negeri.

“Ini membuktikan bahawa usaha-usaha MPSP diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Anugerah-anugerah ini secara tidak langsung mempromosi Seberang Perai dalam bidang pelancongan, dan menjana ekonomi Seberang Perai secara khususnya,” jelas Guan Eng di Kompleks Ibupejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.


Kakitangan MPSP merakamkan gambar kenang-kenangan dengan Ketua Menteri serta pemimpin utama Kerajaan Negeri, pada keraian Hari Majlis MPSP 2014 di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri II Prof. P. Ramasamy, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir) serta pemimpin utama Kerajaan Negeri yang lain turut berucap pada majlis keraian tersebut.

Guan Eng yang juga katanya Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Penerangan, Warisan, Kesenian dan Hal Ehwal Bukan Islam turut memuji pasukan Maimunah kerana menghasilkan edisi kedua Seberang Perai Heritage Map & Seberang Perai Tourist Map.


SETIAUSAHA MPSP, Rozali Mohamud mengetuai majlis bacaan ikrar meningkatkan mutu pelanggan pada keraian Hari Majlis MPSP 2014 di sini baru-baru ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang, Pejabat Daerah, Jabatan Perhutanan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, George Town World Heritage Incorporated (GTWHI), Penang Global Tourism, ATAP, PTGA atas penerbitan edisi kedua peta pelancongan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng turut mengingatkan MPSP supaya terus memberi keutamaan pada meningkatkan aspek kebersihat Seberang Perai, sebagaimana hasrat 97 peratus responden dalam Kajian Soal Selidik Bajet MPSP baru-baru ini.

KETUA Menteri (kanan) menyertai majlis pameran di lobi Kompleks Ibupejabat MPSP Bandar Perda, sambil diiringi oleh Maimunah Mohd. Sharif (tengah) dan Rozali Mohamud (kiri) di sini baru-baru ini.

Jangan lepas tangan jika pemajuan babit bangunan warisan, tegas Chow Kon Yeow

ANTARA bahagian jubin lantai bangunan dilerai yang tersimpan di stor berdekatan Jalan Sultan Ahmad Shah baru-baru ini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI & ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Jangan lepas tangan sekiranya mahu memajukan tanah yang mempunyai bangunan warisan di negeri ini, tegas Exco Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Pengurusan Lalulintas Chow Kon Yeow.

Kon Yeow berkata, beliau agak tidak berpuas hati dengan kerja-kerja pemindahan bahagian bangunan warisan dari tanah lot 22, 23 dan 24 dekat Jalan Mecalister ke belakang satu sebuah bangunan lain dekat Jalan Sultan Ahmad Shah di sini.

“Pihak pemaju yang berhasrat memajukan kawasan bangunan warisan jangan bersikap lepas tangan dan meninggalkan bangunan tersebut dalam keadaan reput dan usang," ujar Kon Yeow di Soonstead Mansion, selepas melawat sendiri stor simpanan bahagian bangunan warisan tersebut di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung berhubung kes seumpama ini, sekaligus mampu meninggalkan kesan negatif terhadap Kerajaan Negeri.

Bercakap pada sidang media sama, Pengerusi Pertubuhan Arkitek Malaysia, Ar. Lim Hua Kwang berkata, proses ‘lerai dan pasang semula’ kesemua bongkah bangunan warisan tersebut sepatutnya dijalankan secara penuh teliti.

“Pengasingan dan peleraian dilakukan secara teliti dengan melabelkan setiap bahagian yang dibuka bagi menjamin keasliannya bila pemasangan dilakukan semula.

“Pelan asal juga diteliti demi memastikan pengasingan seperti ini tidak bercelaru, cuma kerangka kayu dibahagian bumbung tidak dapat diselamatkan berikutan keadaanya yang sudah daif akibat dimakan oleh anai-anai,” ujar Hua Kwang baru-baru ini.

Isu kontroversi ini mula menjadi perhatian banyak pihak apabila satu laporan Bahagian Perhubungan Awam MPPP yang dipetik menyebut, bahagian kerangka bumbung bangunan warisan berkenaan mungkin terpaksa dibina semula kelak demi menjamin keutuhan struktur bersejarah  itu.

Justeru, MPPP dalam satu kenyataannya memaklumkan pemaju Eco Macalister Development Sdn. Bhd. dan jurutera BYG Architecture Sdn. Bhd. yang terlibat dalam kerja-kerja pemindahan bahagian bangunan warisan dari Jalan Macalister telahpun dipanggil untuk memberikan penjelasan lanjut berhubung hal tersebut.

Notis MPPP demi pulihara bangunan warisan British Navy – Kon Yeow

CHOW Kon Yeow menunjukkan salah satu dari enam blok bangunan bekas kem tentera di Jalan Sultan Ahmad Shah yang ditinggalkan usang baru-baru ini.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI & ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pemilik bangunan, Tetuan Runneymede Hotels Sdn. Bhd. diberi notis berwajib demi memulihara semula enam blok bangunan warisan bersejarah dekat no.40 Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, yang pernah dijadikan markas British Navy para era Perang Dunia Kedua 1940-an dulu.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan notis tersebut berdasarkan Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Seksyen 83, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Berdasarkan peruntukan sedia ada juga, jika mana-mana bangunan berada didalam keadaan usang, kotor, terbiar dan berbahaya dari segi kestabilan dan keselamatan, maka, MPPP boleh mengeluarkan notis untuk menghapuskan kacau ganggu tersebut kepada pemilik," ujar Kon Yeow kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Tambah Kon Yeow, MPPP sebenarnya turut mempunyai hak untuk merujuk kes seumpama ini ke Mahkamah sekiranya pemilik premis masih tidak mematuhi kehendak notis-notis yang dikeluarkan oleh MPPP.

Jelasnya lagi, tanah bangunan usang di atas lot 132 dan 133 sepatutnya dimajukan bersama bangunan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) di atas lot tanah 131 sebagai sebuah hotel, namun, masih tidak dilaksanakan atas sebab-sebeb tertentu.

Difahamkan, bangunan bersejarah berkonsepkan New Classical tersebut pernah mula dibina pada tahun 1809 sebagai sebuah hotel.

Bangunan warisan itu direkodkan pernah terbakar pada tahun 1920 dan dibaik pulih semula pada tahun berikutnya.

Dalam era 1940-an yang menyaksikan Perang Dunia Kedua meletus, bangunan tersebut dijadikan markat untuk Tentera Laut Diraja British (British Navy).

Selepas itu, bangunan warisan tersebut dijadikan kubu penjajah oleh Tentera Jepun, sebelum diambil alih oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mulai era kemerdekaan tanah air pada 31 Ogos 1957.

Justeru, Kon Yeow memberitahu, kesemua enam blok itu direkodkan sebagai bangunan warisan karegori kedua, sungguhpun kedudukannya sedikir di luar George Town Tapak Warisan UNESCO.

Balu kakitangan MPSP terima ex-gratia RM25,631.62

MAIMUNAH Mohd. Sharif (tiga dari kanan), menyampaikan cek ex-gratia berjumlah RM25,631.62 kepada Hayati Ramli (empat dari kiri) dan salah seorang anak Allahyarham (paling kanan), sambil disaksikan oleh Rozali Mohamud (dua dari kiri) serta Rizal Huzairi Md. Zaki (paling kiri) di sini baru-baru ini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Waris Allahyarham Mohamad Fauzi Hassan yang meninggal dunia semasa dalam tugas rasmi pada 20 November 2011 baru-baru ini mendapat pampasan sebanyak RM25,631.62, di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif memberitahu, penjumlahan ex-gratia yang diserahkan kepada balu Allahyarham itu berdasarkan tempoh mangsa meninggal dunia sehingga 30 April lepas.

Tambah Maimunah, Norhayati layak menerima ex-gratia RM557.28 tiap-tiap bulan selagi mana berstatus balu dan tidak berkahwin, manakala, empat anak Allahyarham masing-masing turut menerima pampasan bulanan sebanyak RM98.88 sehingga umur mereka mencecah 21 tahun.

"Ini merupakan kes pertama yang kita buat," ujar Maimunah kepada wartawan dalam majlis penyampaian ex-gratia kepada keluarga Allahyarham di sini baru-baru ini.

Setiausah Majlis, Sr. Rozali Mohamud dan Rezal Huzairi Md. Zaki (Ahli Majlis) turut menyertai majlis tersebut di Kompleks Ibupejabat MPSPm Bandar Perda, di sini.

Pada 28 November 2011, Mohamad Fauzi semasa menjalankan tugas rasmi terlibat dalam satu kemalangan, lalu, meninggal di tempat kejadian.

Ekoran itu, waris Allahyarham pada bulan November 2012 membuat tuntutan pampasan berwajib daripada MPSP.

Mengulas mengenai hal itu, Maimunah menjelaskan waris layak menerima pampasan berwajib memandangkan Skim Ex-Gracia Bencana Kerja Majlis mula dikuatkuasa pada 1 Julai 2011, sungguhpun pembayaran mula dibuat pada 1 Jun 2012.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng dalam satu majlis turut dilaporkan bertemu dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada waris Allahyarham, selepas diberitahu insiden tersebut dulu.

Bancian sebelum larang buruh asing jadi tukang masak – YDP MPSP

(Dari kiri) Rizal Huzairi Md. Zaki, Rozali Mohamud, Maimunah Mohd. Sharif, Tan Cheong Eng dan dua Ahli Majlis MPSP lain saling berkongsi pendapat mengenai syor terbaru Ketua Menteri, selepas sidang media di sini baru-baru ini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Kerajaan Negeri mempertimbang syor menguatkuasa larangan mengupah buruh asing sebagai tukang masak utama premis perniagaan makanan, demi memelihara mutu serta keaslian makanan warisan di negeri ini.

Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Maimunah Mohd. Sharif memberitahu, pihaknya bersama-sama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan melaksanakan kaji selidik dan bancian berwajib, sebagaimana disyor oleh Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini.

"Isu pengendalian premis makanan membabitkan warga asing ini memberi impak negatif kepada majlis (MPSP dan MPPP), khususnya dan Kerajaan Negeri.

"Isu ini juga boleh menimbulkan persepsi negatif rakyat, terutama tanggapan rakyat kononnya penyalahgunaan kuasa di peringkat majlis, kerana kita (pihak berkuasa tempatan, PBT) hanya diberikan lesen kepada orang tempatan sahaja (warganegara)," jelas Maimunah kepada wartawan, selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPSP di sini.

Setiausah Majlis MPSP Sr. Rozali Mohamud serta tiga ketua whip Ahli Majlis lain, Tan Cheong Eng, Rizal Huzairi Md. Zaki dan Ahmad Kaswan Kassim turut menyertai sidang media di Kompleks Ibupejabat MPSP, Bandar Perda di sini. 

Tambah Maimunah, MPSP dan MPPP akan menggunakan kaedah serta borang kaji selidik secara seragam, selepas satu mesyuarat penyelarasan dilakukan pada 14 Julai lepas.

Terdahulu, Guan Eng dalam satu kenyataan media meminta MPSP dan MPPP menjalankan satu bancian dan kaji selidik berhubung perkara berbangkit tersebut.

Syor Guan Eng itu sebagai reaksi pada satu laporan penguatkuasaan MPPP yang menyebut, lebih 119 buruh asing diambil bekerja sebagai tukang masak utama di 68 pusat penjaja makanan di negeri ini.

Laporan itu turut menyebut, kebanyakan dari 68 gerai makan yang dikenalikan oleh tukang masak buruh asing terbabit adalah di sekitar Bayan Baru, Relau, Jelutong dan Tanjong Tokong.

Justeru, Guan Eng meminta MPPP dan MPSP membuat kaji selidik dan bancian berwajib sebelum mempertimbang pelaksanaan dasar melarang buruh asing diupah menjadi tukang masak utama bagi gerai-gerai jaja dan kompleks makanan di negeri ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus