26 August 2014

Jangan terkejut jika nama Dr Wan Azizah saja ke istana sebab DAP parti amanah pegang janji

Kalau menganggap titah Sultan Selangor bersifat mandatori, enam nama akan sampai ke istana.

Di belakang ini, ada sesetengah pihak anggap ini semua selepas Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa Raja Idris, lalu Raja Idris bertemu Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

PAS, saya malas nak ulas dalam entri ini selagi diperintah oleh Cikgu Pa gila.

PKR mungkin akan bawa nama Azmin Ali sebab ada kawtem dengan Geng Bas Sekolah, selain, nama rasmi, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

DAP, jangan terkejut jika kekal membawa nama Dr Wan Azizah sahaja seperti sebelum ini, sebab parti sekular itu jenis pegang pada janji.

Mesyuarat Masjid Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) dah setuju nama Dr Wan Azizah, maka, DAP akan bawa nama itu juga nanti.

Masa Cikgu Pa dan Abdul Hadi memujuk Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang supaya khianat keputusan MPPR dalam dua pertemuan sikit di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sebelum ini pun, dua pemimpin berpengaruh DAP itu telahpun menegaskan bahawa DAP kekal pegang kepada keputusan mesyuarat untuk kecewa nama Dr Wan Azizah sahaja.

DAP dipimpin oleh individu integriti dan cerita khianat ini sudah tentu dirujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum pertemuan 10 mata di Terengganu berlangsung.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, Mukmin berpegang pada janji...DAP yang diperintah oleh bukan Islam nampak lebih pegang pada janji berbanding pemimpin Islam dalam PAS.

Tunggu...

'Satu jamaah dua parti' perlu dipertimbang jika PAS terkeluar dari 'Rumah Pakatan'?

Tony Pua tanya, apa perlunya Pakatan terus kekal? 

Bagi saya, Pakatan perlu dikekalkan untuk menumbangkan Umno di PRU14 nanti.

Gila-gila Cikgu Pa sendiri, memang dia sendiri seakan tak sanggup mengumumkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, dengan kemelut yang berlaku kini.

Bukan mudah. Selepas dua kali Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) mesyuarat pada 17 Ogos dan 25 Ogos, majoriti AJK menolak pendirian Cikgu Pa.

Tinggal majoriti tak mendesak secara terbuka Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk kembali ke landasan berjemaah dan kembali berpegang pada keputusan musyawarah Muktamar PAS 2009, yang mahu parti masa depan itu mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Semua onar yang diledakkan oleh Cikgu Pa sekarang ini sebenarnya membawa maksud Yang kasih, iaitu mahu PKR dan DAP sendiri menendang PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Dengan PAS ditendang keluar dari Pakatan, mudahlah Cikgu PA dan Abdul Hadi menutup kelemahan Mereka masing-masing kelak.

Pimpinan dan ahli lebih mudah untuk diperbodoh, kononnya PAS dizalimi oleh rakan Pakatan sebagaimana PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional apabila Umno kembali kuat.

Hakikatnya, Cikgu Pa dan Abdul Hadi sudah menjadi mainan Umno atas nama UG.

Selangor
Dengan 30 SD ADUN Pakatan Selangor sudah melayakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasyorkan sebagai Menteri Besar dalam DUN tidak lama lagi.

Jika onar Cikgu Pa ini berpanjangan dan Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar, PAS dengan tersendirinya akan terkeluar daripada 'Rumah Pakatan'.

Representasi PAS dalam Kerajaan Negeri, GLC, PBT, JKK dll dengan tersendirinya perlu dikosongkan.

Begitu jugalah di semua negeri yang lain dan peringkat federal, 'Rumah Pakatan' terpaksa dikosongkan.

Di sini lah jawapan untuk soalan Tony Pua. DAP dan PKR tidak perlu meninggalkan rumahnya, tetapi perlu membantu PAS untuk mengisi 'Rumah Pakatan' ini.

PAS perlu nekad untuk mengetepikan rancangan gila Cikgu Pa, sama ada dalam kerangka organisasi yang sedia ada, atau bersedia untuk ijtihad politik yang baru.

Oleh kerana 'Rumah Pakatan' akan dikosongkan, keperluan jemaah Islam untuk mesti mengisi kekosongan daulah ini adakah wajib.

'Satu jamaah dua parti'?

Dah gila...takkan nak perintah parti macam Orang Gila?

Cikgu Pa didedah membaca kenyataan media palsu berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP), semalam.

Zulhazmi At-Takanan di dinding Facebook beliau mendedahkan, keputusan terharu mesyuarat PAS semalam adalah mengekalkan keputusan mesyuarat JKPP pada 17 Ogos lepas dan seterusnya menyerahkan kepada Tuanku Sultan Selangor memilih di antara dua (2) nama yang dicadangkan oleh PAS sebelum ini.

"Kenapa dalam kenyataan media Setiausaha Agung tidak menyebut bahawa keputusan 17 Ogos 2014 kekal?

"Kenapa Setiausaha Agung hanya menyatakan mesyuarat bersetuju menyerahkan kepada Sultan tanpa menyebut bahawa Sultan perlu memilih antara dua (2) nama yang dicadangkan?" tanya peguam muda PAS tersebut.

Terdahulu, BJ Faqar dah tulis  "Cikgu Pa gila sebab isu dia dah sihat tak berbangkit dalam mesyuarat tadi..." 

Dulu lawan Datuk Asri, sekarang gila pimpin parti

Sumber: Facebook Zulhazmi At-Takanan

Kenapa dulu Dewan Pemuda Pas Pusat yang dipimpin oleh Mustafa Ali menentang Yang DiPertuan Pas Dato' Mohd Asri Muda?? Kenapa?? Antaranya ialah kerana :

a) Dato' Asri bertindak sebagai kepimpinan peribadi tanpa membincangkan satu perkara yang besar dalam parti.

b) Dato' Asri seolah-olah mengiktiraf apa yang dibuat oleh Dr Mahathir Muhammad. (UMNO)

Antara kenyataanya “isu bank Islam dan Universti Islam Antarabangsa adalah antara isu-isu besar yang dicadangkan dengan gegak gempita di seluruh Negara, tetapi ia tidaklah seharusnya menyebabkan kita merasa terperanjat dan terpesona, tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh bersikap negatif terhadapnya dan memandang sepi dan buruk belaka kepada apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain dan tidak betul belaka dan semuanya dari orang lain buruk dan tidak betul belaka. Sudah seharusnyalah segala anggapan dan tanggapan kita kepada semua masalah hendaklah dilakukan secara objektif dan jujur sejajar dengan tugas kita yang berjuang dan mencapai kebenaran dan berjuang menghayati ajaran Islam. Kita mengalu-ngalukan hasrat mana-mana pihak pun juga sekiranya mereka benar-benar hendak menjadikan parti mereka sebuah parti Islam yang mahu memperjuangkan cita-cita untuk melihat tertegaknya kedaulatan Islam di dalam Negara ini

Kenyataan Dato’ Asri ini dilihat oleh Pemuda PAS sebagai seorang ahli politik yang tidak mahu mengambil pendekatan konfrantasi dengan pihak pemerintah. Pada beliau siapa yang buat Islam maka harus disokong. Tetapi langkah memuji apa yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan dianggap berlawan dengan suasana kebangkitan dan semangat di kalangan anak-anak muda yang bersemangat untuk menghayati Islam yang syumul. Di tambah dengan kemarahan kepada UMNO yang berjaya menawan Kelantan daripada tangan PAS yang telah berkuasa 18 tahun.

SEKARANG......

Berjumpa dengan Azmin mengajak beliau menyertai kita dan membawa 2-3 orang ADUN PKR menyertai kita & menyokong Tan Sri Khalid sebagai MB, Kemudian berkata kalau PKR boleh curi Adun kita, kenapa kita tak boleh curi Adun dia? Dalam masa yang sama mengharapkan 12 Adun BN menyokong kita membentuk kerajaan. Tidakkah itu sama seperti yang dilakukan oleh Dato' Asri dulu? Bukan sekadar sama malah lebih teruk kerana kita bukan saja seolah2 mirip kpd Umno spt Dato' Asri, tetapi kita bersama Umno membentuk Kerajaan dan khianat kpd kawan yang bersama menang dgn kita.

Adakah berjumpa dengan Azmin mengajak Azmin khianat parti dia itu diketahui dan dipersetujui oleh parti? Jika tidak diketahui & dipersetujui oleh parti, kita pergi buat deal tu atas mandat siapa? PAS ni hak kita sorg ka?? Ijtihad kita ni terpakai utk semua org ka??

Kalau Dato' Asri dulu ditentang kerana beliau bukan ulamak dan melakukan perkara2 terkutuk itu, kita sekarang dlm kepimpinan ulamak lebih teruk drpd apa yg Dato' Asri buat. Mempergunakan kepimpinan ulamak menghalalkan tindakan.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus