Skip to main content

Posts

Showing posts from August 29, 2014

Permudahkanlah solat-mu, wahai isteri muda cantik jelitaku...

SUNGGUH bertuah umat Rasulullah SAW, dianugerahkan lima waktu solat fardu sahaja di dalam waktunya:
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." [Surah An-Nisa': 103]
Mudahnya agama Islam, sampai Allah menganugerahkan keringanan (rukhsah) sebagai rahmat untuk hamba-Nya.
"...yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan..."[Surah Al-Baqarah: 178]
Dalam solat pun ada begitu banyak rahmat.
Rahmat dalam melaksanakan ibadah khusus itu pula tidak dapat tidak sebagaimana ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, bukan sesuatu amalan yang diada-adakan.
Ini berasaskan kaedah usul dalam fiqh ibadah yang menyebut:
Al-aslu fi al-ibadaat at-tahrim
“Hukum asal ibadah adalah haram (sampai adanya dalil yang memerintahkannya)”.
Atas maksud itu, Rasulullah SAW sendiri telah menjelaskan kaedah ibadah solat yang sebenar, ketika sakit. Dari…