Skip to main content

Posts

Showing posts from September 2, 2014

Husam Musa nasihat PAS jangan percaya Umno di Selangor

SAYA ditanya tentang desas desus pembentukan Kerajaan PAS-UMNO-Ex PKR di Selangor.Saya katakan, bukan sahaja sukar tetapi mustahil.Baik dari sudut bilangan, prinsip, pelaksanaan dan kesan jangka pendek dan panjang serta dinamisma parti-parti yang terlibat.Untuk Ex PKR diterima menjadi ahli PAS bagi mencukupkan bilangan untuk digabungkan dengan 12 ADUN UMNO menjadikan bilangannya 29 bagi membentuk kerajaan minoriti, perlu diputuskan oleh AJK PAS Pusat.Saya tidak nampak keahlian mereka akan diluluskan oleh PAS Pusat. Banyak sebab asas kenapa saya berpandangan demikian tetapi rasanya tidak perlu dihuraikan di sini.Pokoknya, keahlian mereka tidak akan diterima.Untuk permohonan mereka diangkat ke dalam mesyuarat PAS Pusat, mereka mesti terlebih dahulu secara rasmi keluar dari parti mereka.Saya tidak fikir, jika ada, mana-mana pemimpin PKR akan mengambil risiko sedemikian.Kalau ada orang bertanya kenapa mustahil bagi PAS Pusat menerima keahlian bakal Ex PKR, jawabnya sama seperti disebut o…

Pro Abdul Hadi jangan lupa ijtihad Fadhil Noor bela Anwar Ibrahim lonjak kemenangan PAS

Al Marhum Ustaz Fadhil Noor:
PILU MENGENANG MU..Tampak ada kerinduan kepada sosok penggerak perubahan Almarhum Ustaz Fadzil Noor ketika Dr Dzulkefly Ahmad menuturkan nama beliau. Setiap kali nama Fadzil Noor disebut, mata Dr Dzul nampak berkaca, dan ada senyum yang tersorok di bibirnya.Dr Dzulkifli Ahmad bertanding buat kali pertama 1999, setelah menyertai PAS setahun sebelumnya, iaitu sewaktu gerakan Reformasi sedang rancak. Beliau tidak isi borang Parti Keadilan kerana katanya memang pemikirannya Islamis.“Ketika itu sosok transformasional PAS adalah Fadzil Noor. Arwahlah sumber ketokohan, dengan pemikiran yang baik dan progresif. Saya dan kawan-kawan tertarik.”Ketika itu PAS baru mahu bertukar katanya. “Kami waktu itu golongan profesional, termasuklah si Hasan Ali dan yang lain-lain, mahu membuat perubahan besar dalam PAS.”“Kita mahu mengarusperdanakan PAS, Hasan Ali pun datang dengan pelbagai idea; tak mahu PAS jadi parti tok lebai dan parti orang kampung. Itu yang diminta oleh Us…

Facebooker dedah info MH370 bukan digodam, tapi dihantar ke IP Negara China?

Dakwaan Cyber Security Malaysia (CSM) kononnya 30 komputer penyiasat kes MH370 telah digodam adalah palsu.Seorang facebooker  yang dikenali sebagai Jai mendedahkan, kesemua info sulit itu dicuri dan dihantar ke alamat IP Negara China.Mohon tanya Menteri masa sidang parlimen nanti...

Elok PAS tidak sendirian, amanat Fadhil Noor yang dilupai pro Abdul Hadi

Sebelum Geng Bas Sekolah terus buat onar agar PAS diusir keluar daripada Pakatan Rakyat, cermati dulu ucapan bekas Presiden PAS Datuk Fadhil Mohd Noor (2000) seperti di bawah:"Senario politik Malaysia beserta dengan demografinya yang unik memerlukan PAS memunggah segala khazanah ilmu syara' utk diberi jalan yang seluas-luasnya bagi menerokai suatu model pelaksanaan Islam yg sentiasa berpegang kepada prinsip, di samping cukup peka dan sensitif terhadap perubahan dan peredaran zaman. "Berpandukan kedudukan kaum Melayu-Islam dan juga demografi Malaysia Timur, maka adalah tidak wajar untuk mengharapkan PAS dengan cara bersendirian untuk memenangi pilihanraya di peringkat persekutuan, bahkan di beberapa negeri di pantai barat. Disinilah akan teruji kematangan dan kebijaksanaan kepemimpinan jemaah."Kepemimpinan perlu memecahkan isu ini dgn sifat terbuka, telus, dan berani mengambil risiko yg diperhitungkan (calculated risk) dengan berbekalkan ulum syara' dan bacaan po…

Pamer surau taraf 5 bintang dalam risalah pelancongan negeri - Exco Agama

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim memberitahu, pihaknya menubuhkan satu jawatankuasa penilai untuk memberi penarafan kepada 150 surau awam di negeri ini.
Menurut beliau, surau awam yang diberi penarafan cemerlang dengan lima bintang akan diberi keistimewaan, antaranya dimuat cetak serta dipamerkan dalam risalah pelancongan terbitan negeri kelak.
"Surau-surau yang menepati piawaian tertinggi akan diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri sebagai tanda penghargaan atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap surau berkenaan.
"Surau-surau itu akan disenaraikan dalam risalah Kerajaan Negeri, termasuk risalah pelancongan," ujar Abdul Malik kepada wartawan di sini, pagi ini.
Abdul Malik menjelaskan, proses penilaian dalam tempoh 10 hingga 26 September lepas bagaimanapun tidak termasuk surau kariah masjid yang diwujudkan di taman pe…

Guan Eng gesa Putrajaya gandakan kempen P.Pinang selamat, bukan politikkan status PPS

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BAGAN JERMAL - Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng menggesa Putrajaya supaya segera memberi jaminan keselamatan dengan menjejaki dalang serangan bom buatan sendiri jenis molotov cocktail di kediaman peribadi beliau  pada pagi selepas ambang Hari Kemerdekaan Ke-57 baru-baru ini, bukannya asyik tunduk pada permainan ahli politik tertentu negara dengan mempertikai aktiviti kesukarelawan Pasukan Peronda Keselamatan (PPS) di negeri berkenaan.
"Dulu, ada pihak sekadar cuba memburuk-burukkan nama baik saya sekeluarga, tetapi, sudah ada unsur nak bunuh saya pula sekarang.
"(Justeru,) polis perlu gandakan rondaan supaya Pulau Pinang selamat, serta keluarga saya pun kekal selamat daripada serangan berunsur pembunuhan ini," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan pada majlis jamuan amal dekat Jalan Raja Uda di sini, malam tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal merangkap Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng turut hadir …