Skip to main content

Posts

Showing posts from September 5, 2014

Heret Gen Y salah guna media sosial guna Akta Hasutan - PM

PUTRAJAYA mungkin akan memperuaskan kegunaan Akta Hasutan selepas beberapa Ahli Politik Pakatan Rakyat, serta Ahli Akademik Universiti Malaya Prof Madya Azmi Sharom yang dilihat ekstrem mempertikai Kerajaan Pusat pun diheret menggunakan undang-undang kontroversi tersebut.Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada rakyat, khususnya generasi muda atau Gen Y supaya tidak menyalahgunakan kebebasan media sosial untuk menghasut rakyat mempertikai Putrajaya pula."Saya nak beri amaran, sesiapa cuba menggugat keamanan, undang-undang sedia ada akan digunakan. Perkara ini memang dikuatkuasakan," tegasnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, Jumaat.Dalihnya Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian tetapi perkara berkaitan agama dan bangsa tidak akan diabaikan.Najib berdalih kerajaan tidak akan membenarkan kebebasan yang tidak diikuti prinsip k…

Kronologi Kerajaan Negeri tubuh PPS didedah

ANGGOTA PPS tekun mengendali bot penyelamat dalam satu bengkel simulasi menghadapi bencana banjir di peringkat kawasan Parlimen Bagan.Tubuh PPS demi bantu polis tangani jenayah – Boon PohGEORGE TOWN - Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh menjelaskan penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri pada tahun 2011 bukan untuk mengambil peranan polis, sebaliknya bertujuan membantu pihak polis menangani jenayah di negeri ini.Beliau yang juga Pengerusi PPS berkata demikian semasa mengulas mengenai insiden tangkapan beramai-ramai 156 anggota sukarelawan berkenaan sejurus selesai acara perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-57, 31 Ogos lepas.“Atas dasar kesedaran mencegah jenayah, kita (Kerajaan Negeri) menubuhkan PPS dan ini bukan bertujuan mengambil alih tugas polis, sebaliknya, membantu pihak polis.,” ujar beliau semasa ditemui di tempat kejadian dekat perkarang Padang Kota di sini.Menurut beliau, Kerajaan Negeri pada Mesyuarat MM…

10 MP anggap tangkapan 156 PPS ‘Ops Merdeka Hitam’

GEORGE TOWN - 10 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyifatkan tangkapan polis ke atas 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sejurus selesai majlis perarakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lepas sebagai kegelitaan demokrasi negara.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak wajar mengarahkan tangkapan tidak munasabah tersebut, memandangkan PPS ditubuhkan berdasarkan bidang kuasa yang ada pada sebuah Kerajaan Negeri.
“Beliau agak tidak konsisten dalam mengamalkan tindakan undang-undang.
"Saya lihat dia begitu gemar menggunakan Akta Hasutan dengan sesuka hati," ujar Zairil di sini baru-baru ini.
Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Abdul Khalid akan melakukan operasi tangkapan bermotif politik secara besar-besaran demi menindas pemimpin Pakatan Rakyat.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun turut membacakan 10 deklarasi bersama, sambil menyifatkan insiden tersebut sebagai …

Satu mangsa MH17 disemadi di perairan P.Pinang, dua di Kek Lok See

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Abu mayat Sanjid Singh Sadhu, 41, anak kapal MH17 yang terkorban dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), tiba di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang Bubok sekitar jam 2.10 petang, 2 September lepas.
Manakala, abu mayat Loh Yuan Hwa, 55, dan isteri, Fan Suun Po, 60, pula tiba di lapangan terbang lama Bayan Lepas lebih awal, sekitar jam 10.15 pagi, pada hari sama.
Ketiga-tiga bekas abu mayat diarak keluar daripada dua helikopter berasingan dengan penuh adat ketenteraan, dan disambut sebagai acara berkabung rasmi peringkat negeri.
Dari dekat, rata-rata yang hadir berpakaian serba hitam, saling berkongsi rasa sedih dengan tragedi bersejarah tersebut.
Kelihatan, waris mangsa yang kian sebak menyaksikan majlis memberi penghormatan terakhir di kedua-dua lokasi, cuba ditenangkan oleh beberapa Exco Kerajaan Negeri.
Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng, Datuk Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I), Prof. P. Ramasamy (Timbalan K…

Kenyataan media Cikgu Pa gila PAS Pusat pun tak tahu - Mat Sabu

Kenyataan Rasmi Timbalan Presiden PAS bersabitan Hal Calon Menteri Besar Selangor.Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap Parti Islam SeMalaysia, PAS khasnya dan terhadap Pakatan Rakyat amnya.Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam (4hb Ogos), seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Dato Seri Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiusaha Agong mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang EXCO PAS sebagai calon MB. Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti.Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada …

Bukti Cikgu Pa pelingkop PAS

Mustafa Ali:
PELINGKUP PAS DAN PAKATAN RAKYAT●17 Ogos 2014 (10.30 pagi)
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan:
1. Wan Azizah
2. Azmin Ali●17 Ogos 2014 (4 petang)
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memutuskan:
1. Wan Azizah●25 Ogos 2014
Kenyataan Media Mustafa Ali (Setiausaha Agung Pas):
Menyerahkan perlantikan MB Selangor kepada Sultan.●02 Sept 2014
Tanpa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.
Pejabat Presiden PAS Hantar 3 nama Adun PAS:
1. Iskandar
2. Sallehin
3. Yunus.●04 Sept 2014
Tanpa mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.
U-turn
Hantar 3 nama, 2 PKR, 1 PAS:
1. Yakub Sapari
2. Dr Idris
3. Iskandar (Pas)Apa lagi yang boleh di perkatakan tentang Mustafa Ali selain dari menyebut beliau ialah agen Umno di dalam Pas yang cuba merosakkan Pas dari dalam dan Pakatan Rakyat keseluruhannya. Tujuan beliau amat jelas telah menguntungkan Umno. Pakatan beliau dengan Umno di dalam kelam makin nampak jelas.~ Rakyat Bangkit