08 September 2014

Andailah PasMa atau PUmno kerana ini demokrasi Malaysia, seloroh Mujahid

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KUALA LUMPUR - AJK PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengaku beliau sendiri berada dalam situasi sukar apabila parti masa depan itu digambarkan nekad bersama Umno bagi menangani krisis Selangor belakangan ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu menafikan beliau menyertai NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), serta anggap kehadirannya sekadar memenuhi jemputan penganjur.

"Kerana semua boleh membuat andaian, semua boleh mengandaikan PAS campur Umno.

"Kalau andaian ini menjadi kenyataan, mungkin selepas ini PUmno (iaitu) PAS campur Umno...macam PasMa yang wujud di tengah-tengah krisis yang melanda PAS.

"Krisis akan menguatkan PAS, krisis adalah peluang untuk PAS kembali kuat," ujar Mujahid.

Presiden PasMa merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi, Prof. Aziz Bari (Pakar Perlembagaan), Sheikh Omar Bagharib (disebut-sebut Ketua Pemuda PasMa) dan Muhammad Syukri Ab. Razab (aktivis muda) turut berkongsi pentas.

Mujahid mengulangi pendirian rasmi PAS bahawa tidak akan bekerjasama dengan Umno, serta "tidak akan menerima jawatan MB jika di tawarkan."

Dianggarkan, lebih 500 hadirin melimpahi dewan tingkat 3 Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSAH) dekat Kuala Lumpur, sekarang.

"Lebih dari itu kalau nak andai terhadap PAS, silakan, ini negara demokrasi," tegas Mujahid.

Dulu dikenali Majlis Syuro, Dewan Ulamak & Intelektual Islam untuk hadapi Asri

APABILA Datuk Asri Muda mentakrifkan kuasanya sebagai Presiden PAS adalah mutlak dan wajib diikuti oleh parti, sebilangan ulamak dan intelektual pada bulan September 1982 mengambil langkah berani dengan memanggil suatu mesyuarat untuk berbincang mengenai pemimpin no. 1 berkenaan.

Hasil mesyuarat itu, suatu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk tujuan mengkaji serta mencadangkan suatu pindaan pada perlembagaan PAS, untuk menghadapi amalan sikap Asri yang semacam diktator.

Suatu dokumen penubuhan Majlis Syuro serta Dewan Ulamak dan Intelektual Islam akhirnya ditubuhkan dan diluluskan dalam Muktamar PAS, pada tahun 1983.

Fasal 23 (kini Fasal 26) yang menyentuh soal kuasa-kuasa seorang Presiden pada perlembagaan PAS dipinda dalam mesyuarat itu.

"...kerana PAS tidak mahu pengalaman lalu berulang, iaitu wujud pemusatan kuasa pada seorang individu sahaja (penulis: Presiden)..." dipetik dari Kertas Lampiran I Tubuh Majlis Syuro dan Dewan Ulamak & Intelektual Islam, 1982.

PAS tidak mahu pengalaman Asri memerintah parti secara bersendirian lagi berulang kelak.

PAS mahu organisasinya kembali bergerak atas semangat syura atau musyawarah.

Pindaan pada perlembagaan itu membawa maksud Presiden adalah ketua pada sebuah jawatankuasa PAS di peringkat Pusat, atau sebuah jawatankuasa PAS peringkat Pusat diketuai oleh seorang Presiden.

'Ketua' di sini adalah mengetuai PAS Pusat dalam bermesyuarat, bukan membuat keputusan sendiri tanpa ada musyawarah dan syura.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dekat Kuala Lumpur.

Selepas lebih 20 tahun, Majlis Syura dikenali sebagai Majlis Syura Ulama, manakala, Dewan Ulamak & Intelektual Islam dikenali sebagai Dewan Ulamak.

Abdul Hadi pula semakin dipertikai banyak pihak, apabila semakin jelas sikapnya memerintah parti secara sendirian, sama seperti Asri.

ZAINULFAQAR YAACOB
Kinokuniya KLCC | 7.01 petang

HAPPY! ada di P.Pinang saja - Exco Perumahan

JAGDEEP Singh Deo (empat dari kiri) menyerahkan RM532,600 cek replika HAPPY! Kerajaan Negeri kepada wakil persatuan penduduk Saujana Heights di sini baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Mutiara

TELUK KUMBAR - Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, hanya Kerajaan Pulau Pinang sahaja menyediakan HAPPY! atau Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang demi memudahkan rakyat menikmati Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) di bawah Kerajaan Pusat.

Justeru, katanya, Kerajaan Pusat dirayu segera meluluskan kesemua permohonan TP1M supaya Kerajaan Negeri boleh membiayai 10 peratus hingga 30 peratus baki kos penyelenggaan perumahan, yang sepatutnya ditanggung oleh rakyat di negeri ini.

“Pulau Pinang tidak seperti negeri yang lain.

“Di mana penduduk perlu mencari atau membayar sepuluh peratus atau 30 peratus daripada baki kos projek TP1M yang diberikan iaitu 90 peratus atau 70 peratus masing-masing," ujar Jagdeep semasa menyerahkan cek replika RM532,600 kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Saujana Heights, A. Joseph di sini baru-baru ini.

Menurut Jagdeep, RM126,400 adalah peruntukan tambahan pada TP1M bagi kos penyelenggeraan pangsapuri kos rendah, manakala, baki RM406,200 pula untuk Kos Sederhan Rendah di sini.

"Kerajaan Negeri mengiktiraf dan mengakui kesukaran yang dihadapi oleh penduduk kos rendah dan kos sederhana rendah untuk mencari dana ini.

"Oleh itu, kita memainkan peranan proaktif mesra rakyat dengan memberikan bantuan sedemikian kepada penduduk,” ujar Jagdeep  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat.

Difahamkan peruntukan yang disalurkan tersebut bakal digunakan untuk membaiki lif, mengecat semula Blok E, memperbaiki tangki air, sistem retikulasi dan bumbung.

Sehingga kini, direkodkan, Kerajaan Pusat baru meluluskan 14 permohonan, sungguhpun 119 permohonan dihantar oleh Kerajaan Pulau Pinang demi keselesaan rakyat di negeri ini.

Nama Wan Azizah saja ke istana, Saifuddin nafi PKR hantar tiga nama

Mesej liar PKR turut menghantar tiga nama sama seperti PAS disebarkan sejak awal pagi tadi, dipercayai datang daripada penyokong Timbalan Presidennya Azmin Ali.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution bagaimanapun berkata, parti konsisten menghantar nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja ke istana Selangor, untuk diperkenan sebagai Menteri Besar Selangor.

"PKR kekal dengan persetujuan bersama dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, iaitu setuju hantar satu nama sahaja.

"Kalau ada nama lain, itu bukan datang daripada pendirian rasmi parti," tegas Saifuddin.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa ada usaha tidak langsung pihak tertentu, sungguhpun Azmin serta beberapa pemimpin parti lain berkali-kali menyatakan sokongan untuk Dr Wan Azizah.

"Dulu memang ada surat lain dari Selangor menamakan selain Kak Wan, tapi, sekarang tidak berbangkit lagi kerana semua setuju hantar satu nama sahaja," ujar Saifuddin.

Difahamkan, satu surat atas nama Setiausaha PKR Selangor menamakan Azmin sebagai Menteri Besar pernah sampai ke istana, sebelum ini.

Selain Dr Wan Azah dan Azmin, mesej liar itu turut menyebut PKR menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad ke istana Selangor, pagi ini.

Tentukan tujuan senam kita dulu...

Kita perlu tentukan, amalan senam kita untuk tujuan apa?

Saya berjoging selama 15 minit tiga kali seminggu untuk tujuan kardiologi (jantung)

Isteri muda cantik jelita, Siti Hajjar Hassan akan mulai sesi senam beban di gym p pada hari ini untuk membina semula otot (selepas banyaknya sel mati akibat kimo bagi kanser kelenjar darah tahapan 4).

Anda bersenam untuk kardiologi atau bina sel otot?

Jawapan itu akan membantu anda memilih gaya bersenam.

ZAINULFAQAR YAACOB
SID 0194241583 #Shaklee

Abdul Hadi harap PAS ditendang keluar dari Pakatan, bukan protes daripada ahli parti

MARANG – Onar Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertindak belakangan keputusan mesyuarat PAS Pusat bertarikh 17 Ogos serta kewajipan bermusyawarah sebagaimana dituntut oleh perlembagaan parti belakangan mengakibatkan protes pemimpin serta ahli jamaah kian melebar terhadap Presiden PAS tersebut.

Selain enggan mengaku kelemahan diri sebagai sajak satu punca Terengganu hanya diperintah sepenggal sahaja, Abdul Hadi turut dilaporkan meminta ahli mengambil iktibar peristiwa kejatuhan Kerajaan Terengganu dan Kelantan sebelum ini bagi mengelak berlakunya ‘krisis dalaman’ dalam parti itu.

Malah, Ahli Parlimen Marang itu turut menyifatkan, krisis politik yang berlaku di Selangor bukan masalah Pas, sebaliknya masalah rakan dalam pakatan yang terpaksa dipikul secara bersama.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli agar berwaspada dengan gelombang politik yang sedang berlaku dalam PR di Selangor dan tidak mengambil tindakan bodoh hingga merosakkan ‘bahtera’ dibina parti itu.

“Mereka yang baharu mengikuti Pas akan merasakan gelombang yang berlaku sehari dua ini sangat teruk sehingga ada yang mabuk laut, yang pening. Namun, saya mengikuti Pas sejak 1950-an dan menyaksikan krisis menjatuhkan Kerajaan Terengganu pada 1961 serta Kerajaan Kelantan pada 1978.

“Pas sendiri menerima masalah, masalah dalaman kita sendiri sehingga menumbangkan dua kerajaan negeri. Saya juga membaca krisis dialami Pas seawal ditubuhkan sebelum merdeka,” katanya pada Program Dialog dan Penjelasan Isu Semasa di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, di sini, petang kelmarin.

'Krisis ini baru sedikit'
Abdul Hadi berkata, krisis dalam Pas berlaku sejak menjelangnya pilihan raya pada 1955 ketika Pas kehilangan presiden pertama yang keluar parti, diikuti setiausaha agung yang keluar parti pada 1960-an.

Katanya, peristiwa pada 1978 di Kelantan pula menyebabkan tujuh hingga lapan pimpinan Pusat keluar parti, namun Pas tetap utuh dan tidak jatuh.

“Apa yang berlaku sehari dua ini sikit sangat. Kepada mereka yang baharu hendak belajar politik, sudah rasa berat. Masalah yang berlaku di Selangor, bukan masalah kita, tetapi masalah dibuat rakan kita, yang kita terpaksa tolong untuk memikulnya,” katanya.

Menurut Abdul Hadi lagi, Pas sebelum ini sudah membuat keputusan untuk menyerahkan Kerajaan Selangor kepada PKR.

Namun katanya, masalah mula timbul apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan seorang yang kedekut.

“Rakan kita dalam PR berjaya memerintah satu penggal, kerajaan yang bersih, tidak ada ruang bagi kerajaan Pusat untuk menghentam kerana tiada kesilapan dan kesalahan.

“Malah, saya jumpa beliau (Khalid) dan beliau kata duit Selangor bukan duitnya, itu duit rakyat. Dia tidak boleh keluarkan duit itu dengan sewenang-wenangnya, mesti mengikut peraturan.

“Pas memilih dan menyokong Khalid jadi menteri besar kerana amanahnya. Ini sangat penting dalam memerintah kerajaan negeri, kita berpengalaman di Kelantan lebih 20 tahun. Di Kelantan, Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) jadi Menteri Besar,” katanya.

Kecewa ahli lupa peranan Pas

Bagaimanapun, kata Abdul Hadi, beliau kecewa kerana ada ahli yang lupa bahawa Pas sudah memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun.

“Kita lupa peranan Pas di Kelantan kerana kita ingat Selangor yang baharu sepenggal. Kita memerintah Kelantan dalam keadaan tiada hasil negeri, negeri yang miskin dengan pendapatan tidak banyak, boleh memerintah lebih 20 tahun.

“Pulau Pinang hasilnya banyak dan kaya, Selangor hasil banyak baharu sepenggal, nak masuk dua penggal. Ada orang kita berasa ‘ek’ (berlagak), orang Pas berasa ‘ek’. Mengapa kita tak berasa ‘ek’ (kerana) memerintah Kelantan?

“Sepatutnya kita sedar kerana kita baharu nak belajar politik termasuk melantik pemimpin yang baharu hendak belajar politik. Ini masalahnya,” katanya.

Calon perlu berkelayakan
Abdul Hadi menegaskan, dalam memilih pemimpin sebagai ketua kerajaan, calon terbabit perlulah berkelayakan dan memenuhi hukum Islam.

Menurutnya, antara syarat lain untuk menjadi pemimpin adalah calon perlulah seorang yang layak dan mampu memikul jawatan sebagai ketua kerajaan.

“Hadis Nabi Muhammad SAW ada menyebut, yang bermaksud, barang siapa mewakilkan urusan orang Islam, dia melantik seseorang Islam memegang jawatan bukan kerana kelayakan dia, tetapi kecenderungan dia kerana sebab puak dan bukan kerana kebolehan, ALLAH SWT tidak terima tebusan duit sehingga diseret ke dalam neraka jahanam," katanya.

Justeru kata beliau, kesepakatan dalam PR perlu berpegang pada asas-asas yang termaktub dalam perlembagaan negara.

“Kita perlulah berpegang bahawa PR berpijak pada asas-asas yang termaktub dalam perlembagaan. Pertama, mendukung demokrasi; kedua, memegang konsep dan prinsip Islam sebagai agama persekutuan dan ketiga, raja berperlembagaan.

“(Raja) ada peranan dia. Saya bukan fanatik dan taasub kepada raja. Tapi akhlaknya kena begitu. Tambahan pula, akhlak kita orang Melayu dan Islam. Kita kena faham.. sebab itu, ahli kena faham dalam hal macam ini,” katanya.

Bisikan Syaitan bawa pada pelan bunuh Nabi, Abdul Hadi 'lari mesyuarat' atas nasihat orang tua mana?

Mungkin dua tiga onar Abdul Hadi punca Presiden PAS itu lari mesyuarat PAS pagi semalam.

Abu Jahal pun memanggil seorang wakil daripada semua kepala puak untuk satu mesyuarat tergempar, apabila melihat peribadi Rasulullah SAW kian mempengaruhi masyarakat arab Jahiliah.

Hanya Bani Abu Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim, serta mereka yang mempunyai hubungan Rasulullah SAW sahaja dilarang panggil ke perhimpunan United National Muta'assibibin Organization di PWTC dekat Darul Nadwah.

Diriwayatkan, seorang tua yang pakaiannya macam Orang Najd.

Rasulullah SAW menjelaskan lelaki tua yang turut menyertai dan membantu mesyuarat itu adalah Syaitan.

Seorang perwakilan, Abu Buhturi mencadangkan agar Muhammad SAW dipenjarakan.

Abu Mahal dan lelaki tua itu membangkang atas alasan pengikut Muhammad SAW akan kekal berkumpul di Makkah selama mana baginda dipenjarakan di sini.

Lambat laun, pengikut Muhammad SAW akan terus bertambah dan mampu menyerang balas apabila kuat kelak.

Selepas itu, ada pandangan lain supaya Muhammad SAW diusir keluar dari Makkah.

Syor itu pun dibantah atas alasan Muhammad SAW mampu membina pengaruh yang lebih besar dari luar sebelum menyerang balas Makkah, sebagaimana kemampuannya membina pengaruh sedia ada di sini.

Akhirnya, semua menemukan jalan buntu.

Abu Jahal kemudiannya, mencadangkan seorang wakil daripada tiap-tiap puak yang hadir, untuk membunuh Rasulullah SAW.

Jika pembunuhan itu dilakukan oleh semua puak, kata Abu Jahal lagi, tentulah semakin sukar untuk Bani Abu Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim menuntut bela atas kematian Muhammad SAW nanti.

Syaitan yang menjelma sebagai lelaki tua berpakaian ala orangNajd itu mencelah,  bahawa syor Abu Jahal itu adalah terbaik untuk membendung pengaruh Muhammad SAW.

Begitulah idea Abu Jahal, yang semacam dengan bisikan Syaitan yang menyerupa lelaki tua terbabit.

Bagaimanapun, Allah SAW menggagalkan tipu daya pemimpin United National Muta'assibibin Organization, sunguhpun mereka mendapat bisikan nasihat bantuan daripada Syaitan.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan tipu daya terhadapmu( Muhammad) untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka membuat tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Allah adalah sebaik pembalas tipu daya." [Surah Al-anfal: 30]

Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana turut meloloskan Rasulullah SAW daripada kepungan sekumpulan pembunuh daripada United National Muta'assibibin Organization di kediaman Baginda SAW.

Pada malam itu, Rasulullah SAW menggenggam pasir dan ditaburkan ke atas kepala-kepala para pembunuh upahan, sebelum ke rumah Abu Bakar As-Siddiq, hingga melengkapkan ekspedisi Hijratul Rasul.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)." [Surah Ya-Seen: 9]

PENGAJARAN
Patut diambil pengajaran('ibrah daripada kisah ini, sungguhpun sejarah tidaklah boleh dijadikan sumber hukum syarak bagi polemik yang melanda organisasi PAS hari ini.

Sumber syarak itu ada empat, Al-Quran dan Hadith bersifat mutlaq. Manakala, ijmak dan qiyas bersifat dzonni.

Sebelum ini, saya telah siarkan Bukti Cikgu Pa pelingkop PAS, Mat Sabu sendiri kata Abg Mat Sabu sendiri kata Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tak tahu mengenai Cikgu Pa gila.

Terbaru, saya sendiri menasihat elok Nik Zawawi jangan menipu rakyat Malaysia atas nama Islam, PAS

'Peguam PAS' kata, Perlembagaan beri ruang Presiden dirujuk ke JK Tatatertib parti.

Semacam selepas mesyuarat 10.30 pagi hingga sekitar jam 4.00 petang semalam, Geng Bas Sekolah gagal sekali lagi dalam pertahan langkahan Abdul Hadi hantar tiga nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor, yang nyata langgar keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Saya diberitahu, Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu jadi pengerusi mesyuarat, sebab Abdul Hadi ke luar negara (khabarnya didakwa mengelak lari ke Indonesia).

Oleh kerana Abdul Hadi tiada dalam mesyuarat itu, mesyuarat lebih tegang kerana majoriti AJK Pusat pertikai langkahan Abdul Hadi serta penyokongnya.

Cikgu Pa kekal gila, manakala, Mohamad Sabu pula tegas dengan keputusan bersama 17 Ogos lalu.

Sepatutnya, Abdul Hadi hadir mesyuarat JKPP hari ini, untuk memberi penjelasan - mengapa beliau bertindak bertentangan dengan perlembagaan PAS serta keputusan mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos?

Kalau tanya saya, saya nak tulis cakap terbalik saja di sini.

"Rasulullah SAW semua benda ikut perasaan sendiri dan bukan mesyuarat pun.

"Sebab itu kot Abdul Hadi tak pernah pakai keputusan mesyuarat PAS Pusat sendiri belakangan ini.

"Kalau baca sirah Rasulullah SAW seperti di atas, orang kapiaq yang nak bunuh nabi pun mesyuarat, sungguhpun terima bisikan orang tua jelmaan Syaitan.

"Tapi, Abdul Hadi mesyuarat pun tidak.

"Bisikan Syaitan bawa pada pelan bunuh Nabi, Abdul Hadi 'lari mesyuarat' pagi semalam atas nasihat orang tua mana?" - BJ Faqar

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus