10 September 2014

Hasutan: Wan Ji bebas dengan bon jaminan RM5,000

WAN Ji Wan Hussin (berbaju putih) tersenyum tenang semasa diiringi masuk oleh polis ke Mahkamah Shah Alam, pagi tadi.
#Solidariti4WanJi

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SHAH ALAM - Pendakwah Bebas, Ustaz Wan Ji Wan Hussin At-Ta'addudi yang didakwa di bawah Akta Hasutan dekat Mahkamah Shah Alam awal pagi tadi telahpun dibebaskan dengan bon jaminan RM5,000, 5.00 petang tadi di sini.

Isteri, Salmizatulakma Mohd. Salleh bagaimanapun mengesahkan beliau sendiri tidak dapat menghubungi Wan Ji, dipercayai telefon mangsa telahpun dirampas untuk membantu siasatan polis.

"Emak kata Ustaz (Wan Ji) dibebaskan jam 5.00 petang tadi, tapi, saya sendiri tak dapat hubungi," ujar Salmizatulakma semasa dihubungi tadi.

Sekitar jam 1.00 pagi tadi, Wan Ji ditangkap oleh polis atas dakwaan tidak jelas semasa sedang minum dengan kawan, dikatakan berhubung kritikan beliau ke atas institusi beraja menerusi laman sosial Facebook.

Solidariti4WanJi!, Mansuh Akta Hasutan

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus