13 September 2014

Kecoh soalan UPSR bocor turut berbangkit di Sydney Opera House

ROMBONGAN 'Cik Kiah'... (Dari kiri) Zainulfaqar Yaacob, Siti Hajjar Hassan, #InsyirahSolehah, Wak Nor, Wak Mail, Fatin, Bibik Ilun, Nabihah, Maman Najib, (Mak Mertua) Cik Yah, Zirrah dan Amirah merakamkan gambar kenang-kenangan di Sydney Opera House, berlatarbelakangkan Sydney Harbour Bridge, petang semalam.

SUNGGUHPUN Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kedudukannya sebagai Menteri Pelajaran telahpun menggantung orang penting dalam Lembaga Peperiksaan Negeri, kesangsian khalayak terhadap integriti Kerajaan Pusat tidak dapat diperbaiki lagi.

Suatu hari nanti, mungkin kemaluan isteri pun mungkin boleh dirasuah kerana tiada benda yang tidak boleh dibeli kerana maruah pun boleh diperdagangkan dengan wang.

Di Sydney Opera House yang menjadi salah satu ikonik Australia, khususnya bandar tua Sydney, isu ini turut dibangkitkan.

ZAiNULFAQAR Yaacob. Yang belakang itu, adik ipar saya, Zirra.
Seorang mahasiswa di sini, yang mahu dikenali sebagai Michealli Teoh, ada tanya apabila saya, Fotojurnalis ZAiNULFAQAR YAACOB mengaku warganegara Malaysia, "apa sudah jadi dengan Malaysia sampai kertas peperiksaan UPSR pun boleh bocor?"

Saya senyum dan berkata, "Malaysia boleh..."

Dalam fikiran saya, saya fikir beliau akan bersetuju bahawa semua ini adalah berpunca oleh amalan rasuah yang cukup kronik, sampai ke bilik peperiksaan sekolah menengah.

Tetapi, saya silap. Budak Cina kelahiran Teronoh itu memberi sisi pandang yang lain, di luar tanggapan saya.

"Semua tahu Super M (Penulis: Tun Mahathir Mohamad) mahu Perdana Menteri kita turun. Sebab itu, sabotaj kertas peperiksaan UPSR (bocor) supaya bakal perdana menteri kita (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kekal layak menjadi Menteri Pelajaran sahaja," bisik beliau di Opera House Bar dekat sini.

Saya tak terkata apa dengan cara budak Malaysia di Australia berfikir.

Tinggal saya tak kata, "tangkapan beramai-ramai aktivis pro pembangkang di bawah Akta Hasutan belakangan ini supaya memberi amaran kepada Umno 'jangan lawan Najib Razak'...

"Ini modus operandi 'Super M' lancar Operasi Lalang dulu, untuk memadamkan revolusi Team B Pro Kuli dalam Umno sendiri." 

Perang dingin....

Sumber: Malaysiakini


Kemeriahan malam.

Keunikan seni bina
Sydney Opera House
Diiktiraf sebagai salah satu bangunan yang paling menarik dan inovatif pada era moden, Sydney Opera House yang dramatik adalah tempat untuk seni persembahan di Sydney. Tiada yang lebih mengujakan selain daripada menyaksikan persembahan di sini untuk aktiviti malam yang istimewa. Tempat bagi 1600 persembahan setiap tahun termasuk konsert simfoni, balet, opera, teater, tarian, muzik, komedi, pertunjukan kanak-kanak dan persembahan kontemporari, Sydney Opera House adalah salah satu seni pusat yang paling kreatif di dunia dan paling sibuk dalam aktiviti persembahan seni. Australian Ballet, Sydney Dance Company dan Australian Opera Company adalah antara syarikat-syarikat yang kerap membuat persembahan sini.
Sydney
Sydney Harbour merupakan nadi bandar Sydney. Dihidupkan dengan feri, kapal layar, motobot besar dan kayak, itulah taman permainan Sydney, digunakan oleh ramai orang untuk belayar, berenang, menyelam atau hanya untuk menikmati persisiran depan. Mrs. Macquarie’s Chair, terletak di Royal Botanic Gardens, adalah satu daripada tempat terbaik di Sydney untuk menikmati pemandangan menakjubkan Sydney Opera House, Sydney Harbour Bridge dan gunung ganang dari jauh, kediaman rasmi Perdana Menteri Australia di Kirribilli dan pulau kecil Sydney Harbour. 


ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
Sydney Opera House | 13 Sept.2014 | 5.30 petang tempatan

Lalui 280KM lebuh raya Australia tanpa tol seperti di Malaysia

PENULIS Zainulfaqar Yaacob dan isteri muda cantik jelita, Siti Hajjar Hassan merakamkan kenangan di R&R Lebuh raya Sydney-Canberra. Suasana di sini gelita, tandas pun ala kadar serta tidak seperti keselesaan menggunakan lebuh raya PLUS di Malaysia.


Salam Sydney!

Selepas puas berjalan di Sydney, sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan, saya sekeluarga bergegas ke Canberea, rumah abang ipar saya.

Hampir 280 kilometer perjalanan, yang mengambil masa kira-kira 3 jam.

Kami melalui lebuh raya yang panjang, sama seperti lebuh raya PLUS di Malaysia.

Sesuatu yang menarik, di Australia pun ada lebuh raya, tetapi tidak ada tol seperti di Malaysia.

Di kalangan kami, ada yang mengulang seloroh yang cukup popular di tanah air, "Sami banyak di Thailand, tetapi, tolnya langsung tiada. Di Malaysia Samy (baca: Samyvellu) seorang sahaja, tetapi tolnya banyak."

Dulu, saya pernah menulis, Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng pernah menegaskan bahawa tol bagi Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) patut dimansuhkan sejak tahun 2010 lagi.

AJK PAS Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim pun pernah kata, tak rugi jika Kerajaan Pusat menghapuskan tol bagi Jambatan Pertama Pulau Pinang.

Saya sendiri ada respons di sini dan di sini.

SUASANA sebegini sudah biasa. Kelihatan Abang Ipaq dan Kakak Ipaq sedang singgah jamak solat Maghrib-Isyak di R&R Lebuh raya Sydney-Camberra dekat sini, tadi.

Sungguhpun tiada tol untuk lebuh raya di Australia, tetapi, dari segi perkhidmatan terbaik lebih baik di Malaysia.

R&R hanya satu sahaja antara Lebuh raya Sydney-Canberra. Stesen minyak pun hanya satu sahaja.

Bayangkan kalau kereta rosak atau minyak habis....

Ini pro dan kontrak lebuh raya di tanah air dan di sini.


ZAiNULFAQAR YAACOB
Streeton Drive, Canberra | 12.27 pagi  

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus