Skip to main content

Posts

Showing posts from September 14, 2014

Masjid di Australia lebih berdiri atas dana wakaf

MANUSiA hidup atas perkara yang mereka percaya. 
Seperti komoniti umat Islam peranakan Pakistan yang kami temui Masjid Malik Faisal yang tidak jauh dari Harbourgate, kelihatan ghairah apabila tahu kami saudara seagama.
Rata-rata Pakistanian di sini bekerja sebagai buruh kasar, seperti operator pasar raya, eksekutif keselamatan dan berniaga. 
Segelintit adalah bakat mahir, doktor, jurutera internet serta penggiat industri makanan halal.
Menurut Abang Ipaq saya, masjid dan musalla di sini hidup atas dana wakaf komuniti setempat. 
Mereka begitu independence, tak tak bergantung kepada Kerajaan, seperti di Malaysia.
Di Malaysia, kita ada Sultan, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Majls Agama di peringkat negeri.
Kerana telah lama semua ini ada, maka kita pun percaya agama tidak boleh hidup di Malaysia jika tiada semua institusi berkaitan agama tersebut.
Sebenarnya, institusi agama wujud kerana kebudayaan agama komuniti umat Islam sendiri. 
Sebab itu, di Australia, khususny…

Baik buruk gaji minimum tinggi di Australia

GAJI pekerja di Australia lebih baik berbanding di Malaysia, selain mata wang di sini yang nyata jauh lebih besar berbanding mata wang di tanah air.
Sebagai rekod, RM3.09 untuk AU$1. Semalam, Mak Mertua saya tukar RM5,000 dan dapat lebih kurang AU$1,600 sahaja.
Gaji minimum buruh di sini serendah AU$640.90 per minggu, menyamai AU$16.87 per jam untuk 38 jam seminggu, lapor National Minimum Wage Order 2014.
Kenalan saya, blogger Topeng Perak Unmasked yang sejak beberapa tahun lepas berkelana di Australia sebagai buruh (lebih tepat mekanik jentera) pernah menyebut, "gaji yang dapat di Australia terasa begitu mewah apabila balik berbelanja di Malaysia. Kalau di Australia, sama sahaja sebab kos sara hidup yang tinggi." 
Buruh di sini boleh menikmati gaji yang lebih berpatutan di sini kerana kuatnya suara dari Parti Buruh, tak kiralah dalam Dewan Parlimen, atau Kerajaan Negeri (macam DUN) dan kerajaan tempatan sendiri.
Sungguhpun begitu, ada kesan berantai sampingan yang lain di …

Sydney Paddy Market sudah menjadi produk pelancongan, Uptown Perda bila lagi?

KALAU Dr. Ilmam dan Dr Nabile serta Yousef comel sertai Rombongan Cik Kiah, tentu lebih meriah. Tapi, mereka telah bertandang ke sini lebih awal, masa awal Shawal lepas lagi.
Yang berkesempatan ke Sydney, jangan lupa menjejakkan kaki di Sydney Paddy Market kerana aksesori cenderamata dari jenis baju T sampailah ke keychain  di sini cukup menarik dan murah.
Sekali imbas melihat Paddy Market, teringat Uptown Perda yang menjadi nadi ekonomi Melayu di Pulau Pinang. 
Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menjelang bulan Ramadan lepas menjelaskan, 75 penjaja berlesen sedia ada akan dikekalkan di tapak sedia ada hingga hujung tahun ini.

"Tanya orang Makkah mengenai Makkah, tanya orang Madinah mengenai Madinah. Tanya orang menjaja mengenai Uptown Perda (bukan tanya orang politik)..."
Selepas itu, tak pasti lagi, kemungkinan besar akan berpindah di Jalan Perda Selatan. 
Asal usul Sydney Paddy Market ini tidak dapat diketahui, tetapi, dipercayai datang dari Liverpool, England.
Ini…