22 September 2014

Landasan keretapi 120 tahun Bukit Bendera kini dibuka semula

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT BENDERA - Landasan keretapi lama berusia hampir 120 tahun sepanjang 850 meter dari bawah ke bahagian tengah Bukit Berdera kini siap dipulihara, dan bersedia untuk menjadi satu lagi tarikan pelancong ke negeri ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dalam ucapannya berharap, pembukaan semula landasan itu sekaligus diharap memberi manfaat kepada komuniti setempat.

"Selain mengelak daripada aktiviti sibuk, landasan (keretapi) ini boleh dijadikan laluan alternatif semasa kecemasan atau sewaktu (operasi) kereta kabel tergendala," ujar Zairil, yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Penang Institude (PI) pada majlis perasmian pembukaan semula landasan keretapi tersebut di sini baru-baru ini.

Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC) Datuk Lee Kah Choon dan pengurus besarnya, Dr Lawrence Khoo turut hadir pada majlis keraian tersebut.

Zairil memberitahu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng beberapa bulan lepas mengumumkan hasrat untuk memulihara warisan sejarah tersebut.

Berbekalkan peruntukkan kira-kira RM400,000, katanya lagi, kerja-kerja memulihara tinggalan sejarah tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh tiga bulan.

Landasan keretapi itu dibina dalam era kolonialisme British, pada tahun 1897, merupakan pengangkutan utama membawa penduduk serta hasil pertanian hingga ke puncak Bukit Bendera.

Youth Exchange Program cipta sejarah MPSP, Gwangju Metropolitan City

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan program secara bersama dengan deligasi antarabangsa dari Gwangju Metropolitan City, Republik Korea di sini baru-baru ini.

Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd. Shariff berkata, beliau berharap Youth Exchange Program terus mengerat lagi hubungan persahabatan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) di kedua-dua bandar, Seberang Perai dan Gwangju pada masa depan.

"Program persahabatan ini juga sebenarnya membuka peluang kepada semua deligasi dari Gwangju Metropolitan City, Republik Korea untuk menimba pengalaman serta mengenali dengan lebih dekat MPSP sebagai PBT, kebudayaan Malaysia (serta) cara hidup komuniti tempatan.

"Kalau ada peluang dan sumber, mungkin selepas ini pelajar dan delegasi kita pula ke Gwangju," ujar Maimunah pada majlis penutupan Youth Exchange Program di Auditorium Kompleks Ibupejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Ketua Deligasi merangkap Pegawai Polisi Wanita, Belia dan Masyarakat bagi Gwangju Metropolitan City, Kang YoungSook dan Dr. Gang ByoungYeon (Pengarah Eksekutif Pusat Hak Asasi Belia Korea) turut berucap pada majlis terbit.

Pengarah Urusan Pusat Hak Asasi Belia Korea, HwangSuju dan PaekAekYoung (penterjemah), serta hadir 30 mahasiswa Korea turut hadir pada majlis itu.

Hadir sama, Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamod, Pengetua Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMS TSSS) Jamaluddin Yaakob dan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) True Light, serta pelajar masing-masing.

Difahamkan, semua dilegasi program tersebut dirai bermalam di asrama SMS TSSS dalam tempoh tiga hari.

Sepanjang waktu itu, delegasi didedahkan mengenai amalan hijau hingga melayakkan SMS TSSS selama dua tahun berturut-turut menjuarai Program Sekolah Hijau, anjuran MPSP sendiri.

Deligasi turut diraikan dalam satu aktiviti pertandingan Fesyen Hijau, anjuran Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) True Light.

"MPSP sendiri turut mempromosi konsep 4R, iaitu amalan Rethink, Reduce, Reuse dan Recycle di sekolah-sekolah sekitar Seberang Perai serta aktiviti-aktiviti kehijauan yang giat kita anjurkan bersama-sama badan korporat, komuniti dan pelanggan kita," ujar Maimunah.

Tidak cukup dengan itu, katanya, delegasi turut dibawa melawat kawasan-kawasan menarik sekitar Seberang Perai serta George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Justeru, tambah Maimunah, majlis Youth Exchange Program bolehlah dianggap sebagai 'majlis balas' kunjungan beliau ke beberapa program rasmi di Gwangju, sejak tahun 2011.

Dua bulan tender terbuka bina 600 rumah di Ujung Batu

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAYAN LEPAS - Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menyatakan hasrat untuk membina 600 unit rumah mampu milik di atas sebidang tanah berkeluasan 5.2 hektar di Ujung Batu dekat kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bagan Dalam.

Justeru, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri mengumumkan tender terbuka selama dua bulan supaya syarikat pemaju yang berminat boleh bersama dalam merealisasikan projek misi rumah mampu milik rakyat tersebut.

"Jadi, kepada pemaju yang berminat bolehlah mengambil bahagian dalam tender terbuka selama dua bulan ini, (iaitu) bermula pada 2 September hingga 3 November (depan)," kata Guan Eng kepada wartawan di Kompleks PDC di sini baru-baru ini.

Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar turut menyertai sidang media tersebut.

Guan Eng, yang juga Ahli Parlimen Bagan berharap projek tersebut dapat menyediakan kemudahan perumahan yang lebih baik serta selesa untuk rakyat, memandangkan kira-kira 314 rumah setinggan dikenalpasti di sana, kini.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam membaiki hidup rakyat, sungguhpun isu perumahan di negeri ini sejak tahun 2008 seakan menerima reaksi dingin daripada Kerajaan Pusat.

Peluang lebih cerah jika sertai Misi Rumah Mampu Milik sekarang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN JERMAL- Kerajaan Negeri berharap lebih ramai warga Pulau Pinang berpeluang memohon rumah idaman masing-masing melalui program jelajah Misi Rumah Mampu Milik di peringkat parlimen dan daerah, sekarang.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, rancangan membina 22,575 unit rumah mampu milik secara berperingkat di 12 lokasi meliputi bahagian pulau dan Seberang Perai adalah keutamaan Kerajaan Negeri hari ini.

"Fasa I projek Bandar Cassia (dekat Batu Kawan) merangkumi 149 unit rumah kos sederhana rendah dan 371 unit rumah mampu milik (keseluruhannya 520 unit) telahpun mula sejak tahun lepas lagi kerana ini antara 'Mission Home-Possible' kita.

"Peluang untuk membeli rumah idaman lebih cerah sekiranya pemohon segera daftar (melalui program) 'Mission Home-Possible' sekarang ini, kerana anda akan mengisi senarai teratas untuk dipertimbang oleh sebuah jawatankuasa bebas, iaitu SPEC (Jawatakuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan)," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan di sini baru-baru ini.

ADUN Bagan Jermal merangkap Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, A. Tanasekharan turut berucap pada majlis jelajah itu.

Sebelum, Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo menjelaskan, projek pemajuan di Teluk Kumbar, SP Chelliah, Fasa 4 Bandar Cassia dan Kampung Jawa merangkumi 1,633 rumah kos sederhana rendah (KSR) serta 2,381 rumah mampu milik (RMM), yang dijangka siap tahun depan.

Katanya, projek pemajuan lain di Jelutong, Pintasan Cecil, Sandiland, Fasa 7 Bandar Cassia, Ampang Jajar, Mak Mandin dan Bukit Mertajam merangkumi 250 rumah kos rendah (KR), 2,382 KSR dan 1,861 RMM, yang dijangka siap pada tahun 2015.

Tambah beliau lagi, projek pemajuan di Juru, Ujung Batu dan fasa- lain dekat Bandar Cassia merangkumi 600 KR, 3,725 KSR dan 9,223 RMM pula dijangka bermula pada tahun 2016.

"Setakat ini, terdapat 24,399 pemohon melalui sistem di bahagian perumahan untuk jenis KR, 23,582 pemohon untuk jenis KSR dan 3,257 pemohon untuk perumahan jenis mampu milik," jelas Jagdeep yang juga ADUN Datuk Keramat.

Sejak tahun 2008 hingga Mei lepas, difahamkan, sebanyak 12,471 KR telahpun dibina di kelima-lima daerah melalui 64 projek pemajuan.

Itu, tidak termasuk 7,608 KSR melalui 28 projek di semua daerah, dalam tempoh sama.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan keutamaan Kerajaan Negeri hari ini dalam menyediakan rumah mampu milik untuk keperluan rakyat, sungguhpun mendapat layanan dingin daripada Kerajaan Pusat sejak tahun 2008 lagi.

Diskaun sewa dulu punca kiraan salah melebihi 100 peratus - YDP MPSP

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membuat penyelarasan semula gara-gara kadar baru di sembilan sewa gerai dan lima kompleks makanan diadu mengalami kenaikan  melebihi 100 peratus.

Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd. Shariff menjelaskan kesemua sembilan pasar awam terbabit sejak era Kerajaan Negeri lalu pada tahun 2008 telahpun diberi diskaun, serta kadar sewa di bawah garis bayaran standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

"RM65 sepatutnya kadar lama standard untuk gerai jenis sayur, tetap, gerai jenis sama di Pasar Awam Tasek Gelugor umpamanya sejak dulu lagi menikmati diskaun RM52 sebulan.

"Kita telah menetapkan kenaikan berdasarkan kadar sewa lama, iaitu, RM104 sebulan jika dahulu mereka menyewa RM52 (sebulan) supaya kenaikan tiga lagi baik melebihi 100 peratus seperti dipertikai sebelum ini," ujar Maimunah kepada wartawan di Kompleks Ibupejabat MPSP, Bandar Perda di baru-baru ini.

Menurut beliau, gerai terbabit adalah Kompleks Penjaja Pasar Awam Chai Leng Park, Pasar Awam Seberang Jaya, Gerai Khinzir Pekan Kepala Batas, Pasar Awam Taman Berjaya, Pasar Awam Sungai Dua, Pasar Awam Tasik Gelugor, Pasar Awam Sri Penanti, Pasar Awam Sungai Bakap, Pasar Awam Berapit, Kompleks Makanan Lebih Kurau 5, Kompleks Makanan Sungai Puyu, Kompleks Makanan Teluk Air Tawar Indah, Kompleks Makanan PPS Jalan Perusahaan 8A dan Kompleks Makanan PPS Jalan Perusahaan 8B.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamod dan tiga Ahli Majlis, Tan Cheong Eng, Rizal Huzairi Md. Zaki dan Ahmad Kaswan Kassim.

Tambah beliau, penyewa gerai dialu-alukan membuat aduan di Jabatan Pelesenan MPSP sekiranya masih terdapat kenaikan melebihi peratusan yang diluluskan, iaitu 100 peratus bagi kelas 1, 60 peratus bagi kelas 2, 40 peratus bagi kelas tiga dan 20 peratus bagi kelas 4.

"Empat kategori atau kelas ini berdasarkan perniagaan yang diamalkan, serta lokasi dinilai secara munasabah," jelas Maimunah lagi.

Sebelum itu, Pengarah Jabatan Pelesenan, Mohd. Ibrahim Md. Nor menjelaskan, jumlah kutipan sewa untuk kesemua 65 kompleks makanan dan 29 pasar awam di Seberang Perai pada tahun 2013 berjumlah RM3,498,684, manakala, RM4,418,502 pula adalah kos perbelanjaan.

"Kenaikan ini tidak dapat dielakkan lagi apabila MPSP dikenal pasti menanggung kurangan kewangan kira-kira RM919,818 pada tahun lepas, apabila kos penyelenggaraan jelas melebihi jumlah kutipan kita (di Jabatan Pelesenan)," jelas Mohd. Ibrahim.

MPSP direkodkan melakukan semakan kadar sewaan serta dinaikkan dua kali sebelum ini, iaitu pada 10 Januari 1967 dan  1 Januari 1992.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus