Skip to main content

Posts

Showing posts from September 26, 2014

MPSP anggar bajet defisit RM30.45 juta tahun depan

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dijangka mengalami defisit RM30,447,875 pada tahun depan dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM243,836,559, berbanding anggaran hasil RM213,388,684.
Yang di-Pertuanya Maimunah Mohd. Shariff semasa membentangkan cadangan Bajet MPSP 2015 itu berkata, peningkatan perbelanjaan mengurus sebanyak 5.33 peratus pada tahun hadapan berbanding tahun 2014.
"Perbelanjaan mengurus meningkat pada tahun 2015 antara lain disebabkan kenaikan gaji tahunan kakitangan, kenaikan kos bekalan dan utiliti serta kos emolumen dan bekalan pakaian seragam bagi tambahan pekerja am.
"(Bagaimanapun,) defisit yang dicadangkan ini akan ditampung daripada Kumpulan Wang Majlis yang (keseluruhannya) berjumlah RM86.04 juta pada Disember 2013," ujar Maimunah di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini, pagi ini.
Bajet bertemakan 'Seberang Perai Kondusif dan Progresif Bersama Komuniti' itu kemudiannya diper…