28 September 2014

Aku beli air nyiur kerana 'jebong'-nya....


KENANGAN membeli belah Klonghae Floating Market, lewat petang di sini.


KREATIVITI mengindahkan Klonghae Floating Market, bak malam ini.


"Saya membeli air nyiur kerana cinta saya pada jebong-nya (baca: keunikan botol minuman ukiran ikan kaloi emas)...."

CAKAP-cakap orang di sini memberitahu, sampai ke hari ini, sungai di sini airnya mati.

Dua tahun lepas, keadaan di sini tidaklah semeriah pada malam ini.

Kerana sungai ini mati, airnya semasa itu sudah tentu keruh dan tak elok untuk mata memandang.

Kalau fikir secara logik, patut tak hidup Klonghae Floating Market kerana air sungai di sini mati.

Sesungguhnya Klonghae Floating Market adalah simbol kreativiti komuniti di sini.

Di sini, yang diniaga bukan sekadar minum, pakaian atau cendera mata sahaja, malah, kreativiti.

Kreativiti komuniti yang disokong oleh kerajaan tempatan di sini telah mengubah kawasan sungai yang mati menjadi Klonghae Floating Market, iaitu salah satu destinasi pelancongan pilihan di Hatyai.

Jebong
Saya beli air kelapa di sini dengan harga 25 Bath, bukan kerana nak minum air kelapa sangat.

Tetapi, kerana tertatik dengan 'jebong'Jebong?

Jebong bukan dalam olego bahasa di sini sahaja, tetapi ada dalam kamus negatif Melayu di tanah air Malaysia.

Kalau pergi di kawasan pedalaman Udara Semenanjung Malaysia, jebong ini masih meniti basah di bibir mereka, usik-usik yang dinisbahkan kepada pondan (transeksual).

Ini, bukan bahasa mengusik semata-mata.

Sebenarnya, ini cara orang Melayu lama dulu bercakap, antaranya bertujuan cuba melunakkan sesuatu yang sulit.

Makna sebenar jebong adalah botol, tetapi,  merujuk pada alat kemaluan lelaki yang menjadi hamba pada lelaki (hubungan sejenis).

Terkenang arwah Fadhil Noor
Cara cakap orang Melayu dulu kalau berkata dengan kiasan, menyindir itu tegur dan berpantun itu kelahi.

Mereka tak mudah mem'barua'kan dan mem'broker'kan kawan-kawan seperjuangan secara mewah semata-mata kerana terlalu kasihkan kemewahan duniawi lawan.

Terlalu berterus terang secara marah ini bukanlah cara fikir Melayu, tetapi lebih mendekati budaya politik keAraban.

"Arwah Datuk Fadhil Noor pun belajar di negara Arab (baca: Mesir) dan tak sunyi juga daripada diusik kritikan, tetapi tidak seperti sesetengah kelaku kasar pemimpin hari ini," celah seorang veteran PAS.

Saya pun tak tahu, kenapa begitu?

Pun begitu, saya masih ingat, Datuk Fadhil Noor kalau nak menjawab kritikan ahli pun, cukup berlapit dengan mantik serta cara berfikir Melayu.

"Kalau nak jolok nyok (kelapa), jangan duduk bawah pokok sebab takut ditimpa. Bukan apa, takut nyok tua tak luruh, yang luruh nyok muda..." jawab Fadhil Noor kaya dengan mantik Melayu.

Apabila saya fikir balik, ini bukan isu belajar di negara Arab atau terlalu fikir ikut keluhuran Melayu.

Ini isu sikap. Sombong yang ada dalam diri mungkin punca mereka mudah mem'barua'kan dan mem'broker'kan kawan-kawan seperjuangan secara mewah.

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
Hatyai

'Iszuree tidak dipecat kerana Mat Sabu berunding'

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KEPALA BATAS - Iszuree Ibrahim bukan dipecat sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), tetapi dikeluarkan dari semua jawatankuasa tetap serta dibekukan peruntukan beliau.

Memetik sumber dalam parti, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Tuan Haji Mohamad Sabu menjelaskan Iszuree masih tidak dipecat daripada jawatannya itu seperti digambarkan oleh AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan At-Tantawi dan Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Negeri).

"Iszuree sepatutnya dipecat, tetapi, saya berunding supaya ada kaedah lain agar dia tidak dipecat," jelas Mohamad dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu, petang semalam.

Sumber memberitahu, seorang lagi Ahli Majlis MPPP daripada PAS, Mhd Nasir Yahaya telahpun diberi tanggungjawab menguruskan baki peruntukan Iszuree.

Sebelum itu, Iszuree diminta memberi penjelasan lanjut mengenai laporan berita 'Pulau Pinang lebih mesra pemaju macam BN'.

Iszuree dalam reaksi spontan berdalih, "berita itu (adalah) manipulasi Malaysiakini."

Dalihnya lagi, apa yang diucapkan beliau dalam Muktamar PAS Ke-60 pada pertengahan bulan lepas adalah berdasarkan teks ucapan perwakilan, yang kononnya turut disemak oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS  Negeri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Bagaimanapun, beliau gagal mengemukakan perkara yang benar berdasarkan teks ucapannya dan yang palsu berdasarkan laporan berita Malaysiakini itu, semasa disyor oleh seorang anggota mesyuarat Badan Perhubungan Negeri. 

Mesyuarat turut disyor menubuhkan jawatankuasa menilai ucapannya Iszuree tersebut.

Sasar jimat 3 peratus lagi guna elektrik di bangunan MPSP - Maimunah

MAIMUNAH Mohd. Sharif (lapan dari kiri) menerima sumbangan pasu dan pokok bunga daripada Rohani Basiri (enam dari kiri) dalam satu majlis pelancaran Anugerah Sekolah Hijau Peringkat SPT di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Kegunaan elektrik di bangunan Kompleks Ibupejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi tahun 2014 diharap dapat berkurangan 3 peratus lagi berbanding tahun lepas, sungguhpun bangunan tersebut telahpun menerima pesijilan Energy Management System (EnMS) ISO 5001:2011.

"Kita adalah PBT (pihak berkuasa tempatan) pertama menyahut cabaran mengurangkan kegunaan tenaga untuk bangunan kita, dengan kerjasama SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia).

"Untuk kegunaan tahun 2014, kita sasar pengurangan kegunaan tenaga tiga, iaitu 1,941,531.63 kWh," jelas Maimunah kepada wartawan, selepas Majlis Mesyuarat Penuh MPSP Ke-480 (09/2014) di sini, Jumaat lepas.

Tiga Ahli Majlis MPSP, Tan Cheong Eng, Rizal Huzairi Md. Zaki dan Ahmad Kaswan Kassim, serta Setiausaha Majlisnya, Sr. Rozali Mohamud turut hadir pada sidang media tersebut.

Menurut Maimunah, bacaan kilowatt perjam (kWh) adalah lebih tepat memandangkan tarif elektrik seringkali berubah-ubah

Tambah Maimunah, jumlah penggunaan elektrik bagi tahun 2012 adalah berjumlah 2,070,990 kWh dan berkurangan sebanyak 3.35 peratus menjadi 2,001,579  kWh.   

Ujarnya lagi, penggunaan tenaga kerata (SEU) yang dikenal pasti pada bangunan utama MPSP adalah berpunca oleh operasi pendingin hawa.

"Ketara, 49.73 peratus tenaga digunakan untuk penghawa dingin. Yang tidak ketara untuk kegunaan pencahayaan iaitu sebanyak 21.87 peratus, komputer (10.18 peratus) dan 8.89 peratus untuk kegunaan peralatan pejabat seperti mesin fotostat, mesin pencetak, mesin pengimbas, plotter dan lain-lain," ujar beliau.

Inisiatif MPSP ini sekaligus menyerlahkan komitmen PBT tersebut dalam mempopularkan amalan hijau di Pulau Pinang.

Sentralisasi punca MPSP jadi 'majlis kutip sampah' – Satees

TREM Elektrik yang beroperasi sejak tahun 1890 di bawah Penang Steam Tramways Co. sudah mempunyai 11 gerabak, yang kemudiannya diuruskan oleh MPPP berdasarkan dasar desentralisasi autonomi pada waktu itu.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sepatutnya mempunyai hak untuk menguruskan pengangkutan awam di Seberang Perai seperti dulu, kata Ahli Majlisnya M. Satees.

Menurut beliau, dasar sentralisasi atau pemusatan kuasa yang diamalkan oleh Kerajaan Pusat dalam beberapa dekad ini telah mengakibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lebih sebagai badan pengurus sampah sarap di negeri ini.

Justeru, katany lagi, sentralisasi mengakibatkan Kerajaan Negeri hari ini dihalang untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam secara percuma melalui MPSP dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), demi menangani masalah kesesakan trafik yang kian teruk.

"Malaysia memang ada sejarah di mana, Kerajaan Tempatan mempunyai kata putus dalam perkara penting seperti pengangkutan awam. 

"Sebagai contoh, satu masa dulu Penang Island Municipal Council (MPPP) pernah mengoperasi perkhidmatan trem dan basnya sendiri. 

"Dalam beberapa dekad yang lalu, kuasa tersebut, satu persatu telah diambil alih daripada Kerajaan Tempatan, dan Kerajaan Tempatan ditinggalkan untuk mengurus sampah sebagai,core businessnya," ujar Satees pada sesi penggulungan Mesyuarat Penuh Majlis di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini, Jumaat lepas.

Terdahulu, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada dua tahun lepas pernah berhasrat untuk mewujudkan pengangkutan bas awam secara percuma di seluruh negeri ini, namun, tidak mendapat kebenaran daripada Kerajaan Pusat hingga kini.

Ekoran itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mengemukakan hasrat untuk membina tiga pintasan lebuh raya dan terowong bawah dasar laut bernilai secara tender terbuka bernilai RM6.3 bilion.

Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 lagi mencadangkan amalan desentralisasi atau pengasingan kuasa yang lebih sihat membabitkan peringkat federal, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan (PBT) supaya program pemajuan pro rakyat lebih mudah dimajukan di Pulau Pinang.

Ahli Majlis MPSP puji P.Pinang konsistan memartabat wanita

MAIMUNAH Md. Shariff (empat dari kiri) bersama-sama pemimpin MPSP lain mempamerkan pelbagai piala serta sijil terbaru yang diterima, termasuk anugerah Best Planner of The Year 2014 pada sidang media di sini, Jumaat lepas.

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Dua pengiktirafan yang diberikan kepada Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Maimunah Mohd. Shariff baru-baru ini turut mendapat rakaman pengharaan pada sesi penggulungan Majlis Mesyuarat Penuh di sini, Jumaat lepas.

Maimunah menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Lahir Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas, serta dipilih menerima anugerah Best Planner of The Year 2014 daripada Malaysian Institute of Planners (MIP) pada 12 September lepas.

M. Satees
Ahli Majlis, M. Satees dalam ucapannya secara tidak langsung turut menyentuh isu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang ditolak dari menjadi Menteri Besar Selangor, sungguhpun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang berkenaan telahpun mempunyai sokongan majoriti.

"Datuk YDP (Maimunah) merupakan satu contoh di mana, seorang wanita telah membuktikan kebolehannya dalam mengetuai kerajaan tempatan dan membawanya ke arah kecemerlangan.

"Saya harap, pihak-pihak yang membantah apabila seorang wanita diangkat untuk mengetuai kerajaan, dapat lihat dengan mata sendiri di mana, Majlis Perbandaran Seberang Perai, satu kerajaan tempatan telah mencapai begitu banyak transformasi positif di bawah kepimpinan seorang wanita.

"Janganlah sekalipun ada yang menafikan kebolehan seorang wanita untuk memimpin, hanya kerana pemimpin itu seorang wanita," ujar Satees di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda.

Maimunah dipilih menerima darjah kebesaran atas sumbangannya mengharumkan Pulau Pinang serta MPSP dengen menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Manakala, Maimunah  dipilih sebagai penerima utama daripada 2,000 calon Planner Of The Year 2014 pula atas kejayaannya menguruskan pentadbiran MPSP, dan penyampaian anugerahnya disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Panggillah saya Halimatus Sa'adiah, kata gadis selepas sempurna syahadahnya

ZAINULFAQAR Yaacob (paling kiri) merakamkan gambar kenangan dengan Halimatus Sa'adiah (tengah) dan Dr. Rosnah Abu Hassan (dua dari kiri) serta dua tetamu lain sejurus selesai majlis syahadah, malam tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERMATANG PAUH - S. Vikneswary, 19, malam tadi menyempurnakan syahadahnya dan memeluk Islam di rumah Penasihat NGO dakwah Infaq Kebajikan Ummah Takaful (IKUT) Zolkifly Md. Lazim di sini.

Majlis mengucap dua kalimah syahadah itu dipimpin oleh Pengurus Besar Dewan Bersalin Muslimah (D'BM Hospital) Dr. Hasnah Abu Haasan, dengan disaksikan oleh Azley Stanley (Presiden IKUT) dan Ustaz Abdul Malik Abdullah (Pegawai Dakwah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Setelah kesemua 12 saudara kandung diberi hidayah oleh Allah SWT, kini tibalah Rajeswari yang merupakan anak sulung pula terdetik memeluk Islam.

"Ustaz Abdul Malik ada beritahu bahawa ibu susuan Rasulullah SAW adalah Ahlul Fatrah, maka panggillah saya (dengan nama tokoh tersebut, iaitu) Halimatus Sa'adiah," kata saudara baru berkenaan.

Ibu susuan Rasulullah SAW, Halimatus Sa'adiah dikatakan sebagai 'Ahlul Fatrah' kerana dalan hayatnya itu Nabi Muhammad SAW masih belum diangkat menjadi Rasul.

Ini berdasarkan firman Allah SAW yang bermaksud, "...dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)." [Surah Al-Isra': 15]

Semoga Allah SAW memudahkan urusan agama dan kehidupannya dengan sokongan umat Islam lain.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus