Skip to main content

Posts

Showing posts from October 1, 2014

Bila UG @ Umno Gabungan nak jerit isu harga minyak naik?

HARGA petrol RON95 dan diesel naik 20 sen/liter mulai tengah malam ini. Harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM2.30 manakala diesel RM2.20.Dimana pemuja-pemuja Umno yang selalu melaungkan Umno pembela nasib rakyat?Wujudkah pembelaan kepada bangsa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu..?Suara Geng UG di dalam Pas (Nik Abduh, Nasrudin Tantawi, Zaharudin Mohamad @ Din Ayam, Khairudin At-Takiri dan Mokhtar Senik) tidak mahu menghentam Umnokah di dalam media arus perdana sebagaimana kamu semua menghentam rakan dalam parti sendiri dan Pakatan Rakyat? Cuba keluarkan kenyataan...Ada berani ka?Nik Abduh dan Nasrudin Tantawi ada berani berhujah habis-habisan di dalam Parlimen untuk membela rakyat kerana kenaikan harga minyak?Dayus benar jika hanya berani menghentam rakan sendiri di dalam parti dan PR dan dalam masa yang sama menikus takut berhadapan dengan regim Umno.LOL?

[Youtube] Nasihat Presiden PAS punca anak muda LENSA terima ancaman gangster

ULASAN FAQAR
Tak memerintah Malaysia lagi pun, anak muda seperti Safwan Anang sudah menerima ancaman gara-gara nekadnya mahu menasihat Presiden PAS.

Bayangkan apabila puak Kerajaan Perpaduan ini memerintah Malaysia.

Saya masih ingat bagaimana layanan pemuda PAS Kedah terhadap beberapa aktivis mahasiswa yang berani menasihat kepemimpinan Kerajaan Negeri Kedah sebelum PRU13 lepas.

Atas nama tarbiah kononnya, sehingga kini macam-macam gelaran diberikan kepada rakyat Malaysia yang mempertikai cara pentadbiran Tuan Guru Abdul Hadi Awang, antaranya, barua, broker, AiDS Haraki, pengkhianat, munafik dll.

Betullah kata seorang kawan, "Kerana puak UG tak ada kuasa macam polis lagi, sebab itu dia guna Islamic Security Act (ISA) dengan menggelarkan macam-macam gelaran kepada rakyat Malaysia yang tidak sependapat dengan mereka..."

Setuju?

ADUN Paya Terubong gesa segera tangani banjir lumpur

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PAYA TERUBONG - Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Paya Terubong, Yeoh Soon Hin berkata, banjir lumpur yang melanda Taman Terubung Jaya baru-baru ini sebenarnya adalah bencana alam, bukanlah berpunca oleh tiada sistem perparitan baik di kawasan projek perumahan lereng bukit terbengkalai Majestic Height seperti digambarkan oleh pihak tertentu.di sini. 
Pun begitu, beliau semasa melawat kawasan kejadian meminta suatu jawatankuasa penyelesaian membabitkan semua pihak berwajib ditubuhkan, selain, meminta Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) segera melakukan kerja-kerja pembersihan di sini.
“Ini adalah bencana alam, bukan berpunca oleh projek terbengkalai di Majestic Height atau disebabkan cadangan Kerajaan Negeri untuk membina jalan berkembar Jalan Paya Terubung (dari Lebuhraya Thean Tek dekat Bandar Baru Ayer Itam) ke Lebuh Bukit Jambul (dekat Relau).
“Saya telah meminta MPPP menjalankan kerja-kerja pembersihan dan memikirkan cadangan supaya banjir lumpur seumpama …

Tiga blok di Sbrg. Jaya siap dicat semula, tapi...

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


SEBERANG JAYA - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, tiga blok lima tingkat rumah flat kos rendah dekat Bandar Seberang Jaya yang baru siap dicat semula lengkap menelan belanja RM177,000, manakala, kos kerja-kerja penyelenggaraan pula berjumlah RM110,133.
"Amaun 80 peratus yang ditanggung oleh PDC merupakan tanggungjawab sosio korporat (CSR), manakala, YB Dr. Afif Bahardian (Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya) telah sudi menanggung baki 20 peratus kos.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dr. Afif bagi pihak MC (Perbadanan Pengurusan) atas peruntukan beliau ini," ujar Guan Eng pada satu ujarnya pada Majlis Penyerahan Rasmi Penyiapan Kerja Pengecatan Semula 3-Point Blok (A1, A2, A3) Bandar Seberang Jaya di sini baru-baru ini. di sini baru-baru ini.
Selain Dr. Afif yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan) turut be…