03 October 2014
Minyak Singapura jauh lebih murah jika dibeli dalam mata wang mereka berbanding harga minyak Malaysia jika dibeli dalam RM
ULASAN:
Sekali lihat graf di atas, harga minyak di Malaysia dilihat jauh lebih rendah berbanding negara-negara ASEAN dan China yang lain, sungguhpun RON95 & Diesel naik 20 sen lagi.
Namun, warganegara Brunie, China, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam bukan membeli minyak di negara masing-masing dengan menggunakan mata wang mereka.
Hari ini, RM1 bersamaan DSG0.39
Jika harga minyak Singapura RM4.76 seliter, ertinya DSG1.86 seliter, sungguhpun negara itu bukan pengeluar minyak.
Singapura beli minyak bukan dalam RM di negara mereka.
Harga minyak di Singapura jauh lebih rendah untuk penggunanya, berbanding harga minyak Malaysia untuk rakyatnya.
Setuju?
200 sertai jamuan teh Hari Jadi Ke-76 TYT
TUN Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff menyempurnakan majlis memotong kek, sambil diperhati oleh Ketua Menteri (empat dari kiri) serta kenamaan lain di sini baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
DATUK KERAMAT - Hampir 200 orang kenamaan serta pemimpin Kerajaan Negeri menyertai majlis jamuan teh sempena Hari Ulangtahun Ke-76 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas di kediamannya di sini baru-baru ini.
Acara memotong kek oleh Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff turut disaksikan oleh Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng dan isteri, Chew Gek Cheng serta tetamu utama yang lain.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) serta Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri).
Keraian itu turut diserikan dengan pelbagai tarian kebudayaan serta nyanyian lagu klasik oleh anak seni tempatan.
Aloyah kini CEO PWDC - Chong Eng
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Pegawai Eksekutif bagi Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Aloyah A. Bakar kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) perbadanan tersebut berkuatkuasa 1 September lepas.
Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng semasa membuat pengumuman itu berkata, perlantikan Aloyah berdasarkan pengalamannya yang luas, termasuk dalam tadbir urus PWDC sejak tahun 2012 lagi.
"Dengan pengalaman Aloyah yang pelbagai dan meluas dalam korporat, syarikat-syarikat multinasional dan NGO (badan bukan kerjaan), saya cukup yakin bahawa beliau akan terus memimpin dan memandu PWDC ke arah mencapai wawasan dan misi yang dirancang," kata Chong Eng kepada wartawan di sini baru-baru ini.
Lagi pun, kata Chong Eng, Menurut Guan Eng, Aloyah merupakan antara perintis pada pelaksanaan projek terbaru PWDC dari bulan Mei hingga Ogos lepas, iaitu Responsif Gender dan Partisipasi Belanjawan (GRPB).
"Saya gembira untuk berkongsi bahawa GRPB telah mencapai kejayaan yang mencukupi untuk diiktiraf dengan menerima penghargaan daripada International Observatory on Participatory Democracy (IOPD) pada bulan Jun tahun ini," ujar Chong Eng lagi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang.
Aloyah merupakan graduan Pengurusan Hotel dan Katering di UiTM Shah Alam dekat Selangor, dan kerjaya awal beliau Rasa Sayang Hotel.
Kerjaya terakhir beliau dalam tempoh lima tahun di Hotel Rasa Sayang adalah sebagai Pegawai Kakitangan di Jabatan Sumber Manusia.
Selepas itu, beliua berhijrah ke sektor swasta lain dan dilantik sebagai Penganalisis Personal di IBM, sterusnya dinaikkan pangkat kepada Pengurus Program di bawah Institut Kualiti IBM, Kumpulan Asia Pasifik.
Pada tahun 1990, beliau menyertai PT Sumatera Rotanindo di Medan, Indonesia dan dilantik sebagai pengarah di sana.
Pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai Pengarah Scansia Sdn. Bhd. di Kedah untuk merombak organisasi berkenaan.
Beliau juga pernah mendapat dua pengiktirafan semasa menyertai pergerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peringkat antarabangsa.
Beliau pernah menjadi Pengarah Sumber Manusia & Pendidikan bagi Kumpulan Perniagaan Asian Global, kemudiannya menyertai PWDC.
Tingkat kerjasama PP, Thailand demi manfaat jangka panjang - Guan Eng
LIM Guan Eng (kanan) menyempaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Srirat Vathesatogkit (kiri) di pejabatnya dekat Komtar, di sini baru-baru ini.
|
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN – Pulau Pinang dan Thailand perlu meningkatkan
kerjasama erat untuk memajukan kawasan pelancongan dan sektor perindustrian
masing-masing demi memastikan kedua-dua belah pihak meraih manfaat jangka masa
panjang.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim
Guan Eng berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Konsul Besar
Thailand Ke Pulau Pinang yang baru, Srirat Vathesatogkit di pejabatnya di sini
baru-baru ini.
“Ini tanda persahabatan dan
kerjasama erat untuk manfaat bersama jangka panjang,” jelas Guan Eng yang juga Exco
Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Penerangan, Warisan,
Kesenian dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Dalam pertemuan itu, Srirat
Vathesatogkit sekali lagi mengulai hasrat negara berkenaan agar Thailand dan Malaysia dapat meningkatkan
kerjasama untuk memajukan pembangunan kawasan di sempadan secara bersama.
Menurut Srirat Vathesatogkit, sebagai
konsul besar untuk Negeri Kedah, Perak dan Pulau Pinang, beliau percaya Malaysia
dan Thailand boleh meningkatkan hubungan antara rakyat dengan rakyat dan antara kerajaan tempatan
dengan kerajaan tempatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Guan
Eng baru-baru ini mengetuai delegasi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ke
Phuket, Thailand dan telahpun menandatangani perjanjian persefahaman 'Bandar
Sahabat' dengan pihak berkuasa tempatan di sana.
Phuket kini 'Bandar Sahabat' George Town
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PHUKET, THAILAND - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengetuai delegasi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ke Phuket, Thailand demi menandatangani perjanjian persefahaman 'Bandar Sahabat' demi manfaat masa depan kedua-dua belah pihak.
Menurut Guan Eng, Kerajaan Negeri berminat untuk menimba pengalaman daripada industri pelancongan di Phuket, dan bersedia untuk berkongsi pengetahuan teknologi yang wujud di negeri ini.
Tambah beliau, kerjasama erat kedua-dua belah pihak dalam sektor perdagangan, pelaburan, pelancongan, ekonomi dan pembangunan sangat diperlukan demi mendepani iklim perdagangan bebas membabitkan negara-negara ASEAN tidak lama lagi.
"Pembukaan perdagangan bebas ASEAN menjelang 2016 menandakan satu lembaran baru perdagangan, pelaburan, pelancongan, ekonomi dan pembangunan kerjasama bagi 600 juta orang yang tinggal di ASEAN.
"Status 'Bandar Sahabat' antara Pulau Pinang (George Town) dan Phuket menandakan satu lembaran baru hubungan produktif saling menguntungkan bertukar-tukar kepakaran Phuket dalam pelancongan dengan pengetahuan teknologi Pulau Pinang.
"Walaupun ia mengambil masa lebih 10 tahun untuk memperbaharui persahabatan kita, itu adalah lebih baik daripada tidak pernah langsung," ujar Guan Eng kepada wartawan di sini baru-baru ini, sambil menjelaskan bahawa kedua-dua belah pihak mempunyai persaudaraan dari segi sejarah lebih 100 tahun dulu.
Sebelum itu, Guan Eng menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) 'Bandar Sahabat' antara Yang di-Pertua Datuk Ir. Patahiyah Ismail dengan Datuk Bandar Phuket, Somjai Suwansupana.
Dua MoU lain turut ditandatangani, iaitu antara Marrybrown dan sebuah syarikat perniagaan Thailand, serta pembelian sebuah hotel di sini yang membabitkan ahli perniagaan terkenal Pulau Pinang, Datuk Syed Mohd. Aidid Syed Murtaza.
Majlis bersejarah tersebut turut disaksikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Maitri Inthusu (Gabenor Puket), Krit Kraichitti (Duta Thailand Ke Malaysia) dan Srirat Vathesatogkit (Konsul Besar Thailand ke Pulau Pinang).
Guan Eng berkata, rekod Phuket mempunyai 70,000 bilik hotel serta menerima kira-kira 12 juta pelancong tiap-tiap tahun banyak memberi inspirasi kepada Kerajaan Negeri untuk mengembangkan potensi industri pelancongan warisan di Pulau Pinang.
"Masuk Pulau Pinang, ada kelompok kreatif dengan 3S, iaitu Bakat, Toleransi dan Teknologi untuk dikongsi kepakaran dengan Puket," ujar Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Penerangan, Warisan, Kesenian dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Setakat ini, Medan dekat Indonesia, Adelaide (Australia), Taipei (Taiwan), Xiamen (China) dan Kanagawa (Jepun) merupakan antara bandar yang telah menjadi 'Bandar Berkembar' dengan George Town dekat Pulau Pinang.
Status tanah Kg Siam ditukar pada 13 Sept. 1996, dedah Guan Eng
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GOORGE
TOWN - Ketua
Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng akhirnya diminta campur tangan mengenai kes
pengusiran penduduk asal Kampung Siam dekat Pulau Tikus, yang kini berdepan
tindakan mahkamah serta desakan pihak pembangkang Pulau Pinang agar kampung itu
diwartakan sebagai ‘Kampung Warisan’.
Menurut Guan Eng, Kerajaan
Negeri hari ini secara pentadbiran sejak tahun 2009 lagi menolak dua permohonan
untuk mengezonkan semula tanah keagamaan dan kebudayaan Kampung Siam kepada
kawasan perniagaan am.
Malah,
beliau mendedahkan bahawa Kerajaan Negeri era Barisan Nasional pada 13
September 1996 pernah mengezonkan semula tanah kampung tersebut sebagai kawasan
perniagaan am, tanpa terlebih dahulu memberitahu penduduk.
"Mengapa
dizonkan sebagai kawasan perniagaan am, itu kena tanya Kerajaan (Pulau Pinang)
dulu lah...semasa itu (1996), semua penduduk (Kampung Siam) pun tak tahu.
"Tanah
ini bukan satu orang punya, bukan dua orang punya dan bukan tiga orang punya
(sebaliknya) ini tanah adalah pertubuhan punya...kita sudah tolak dua kali
permohonan (pengezonan semula).
"Ia
(proses perundangan di Mahkamah), biasanya akan memihak kepada tuan punya tanah
kalau mengikut undang-undang, sungguhpun kita tak berikan sebarang kelulusan
(pemajuan)," jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah &
Pembangunan Tanah, Penerangan, Penerangan, Warisan, Kesenian dan Hal Ehwal
Bukan Islam di sini baru-baru ini.
Beliau memberi penjelasan
itu dalam satu majlis interaksi dengan penduduk asal di pejabatnya, yang turut
disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey.
Tambah Guan Eng, tak cukup penduduk asal
Kampung Siam sudah diwakili oleh seorang peguam di mahkamah, melainkan mereka
mengemukakan hanya suatu suara sahaja melalui penubuhan badan bertindak
penduduk di sana.
Sebelum itu, Soo Huey sekali lagi mendedahkan
kronologi ketuanpuanyaan tanah Kampung Siam, sebagai menolak dolak dalih
pembangkang Pulau Pinang yang cuba menafikan bahawa kawasan tersebut pernah
dizonkan semula sebagai ‘perniagaan am’ pada tahun 1996.
Terdahulu, Kampung Siam dilindungi sebagai
amanah selepas Syarikat India Timur bagi pihak Queen Victoria pada 1845
menyerahkan tanah berkenaan kepada komuniti Siam dan masyarakat Burma.
Geran asal tersebut menyatakan bahawa
tanah itu akan digunakan untuk faedah keturunan masyarakat asal di situ sahaja,
atas empat penama, iaitu dua mewakili masyarakat Siam dan dua lagi mewakili
masyarakat Burma.
Selepas dua Pemegang Amanah Burma
meninggal dunia pada bulan November 1928, dua nama lain telahpun dilantik
sungguhpun tidak didaftar semula dalam geran.
Nai Chuang Sararaks dan Bhikku Daeng
pada tahun 1968 memohon ex-parte memandangkan kedua-dua Pemegang Amanah
masyarakat Siam telahpun didaftar sebagai Pemegang Amanah Wat Siam.
Ekoran itu, masyarakat Siam serta dua
pemegang amanah tersebut beranggapan bahawa tanah tersebut telahpun dibahagi antara
pihak mereka dan masyarakat Burma.
Sejak itu, masyarakat Burma menguruskan
sebidang tanah berasingan yang terletaknya Kuil Burma, manakala, masyarakat
Siam pula menguruskan sepenuhnya sebidang tanah lagi yang menempatkan rumah
ibadat mereka dari Jalan Kelawai hingga ke Jalan Burma.
Maung Chan Tun & Maung Chan Tyn pada
1971 telahpun dilantik sebagai ahli majlis mesyuarat masyarakat Burma.
Pengarah Tanah Hak Milik Pulau Pinang
dan Melaka pada bulan September tahun yang sama bagaimanapun menjelaskan bahawa
langsung tiada pembahagian pada geran asal tanah kepada masyarakat Siam atau
Burma.
Justeru, Maung Chan Tun & Maung Chan
Tyn pada tahun 1972 memohon nama mereka turut dimasukkan sebagai tuan punya
tanah tersebut, sungguhpun ditolak oleh pihak responden, Nai Chuang Sararaks
& Bhikku Daeng.
Akhirnya, hakim memutuskan pendaftaran tanah
itu dilakukan atas nama Pemegang Amanah.
Pada tahun 1973, Mahkamah sekali lagi
mengarahkan Pemegang Amanah masyarakat Siam supaya berhenti mengutip sewa dan
pendapatan hartanah di atas tanah tersebut, selain mengarahkan Tetuan Wong
Hoong Keat, Wong Loh Hum & Co. menguruskan urusan kutipan sewa serta
pendapatan hartanah berwajib seperti diarahan oleh Pemegang Amanah.
Suatu perjanjian dibuat antara Bhikku
Daeng a/l Nai Chan Satchaphan dan Sook Buranakol (dipanggil 'Badan Amanah Thai')
serta Maung Boon Khan dan Hla Toon Toolseram (dikenali sebagai 'Badan Amanah
Burma') untuk memutuskan pembahagian harta itu pada tahun 1994.
Lot tanah. 104, seksyen 4, George Town
telah berjaya dibahagikan kepada dua lot, iaitu Lot. 2102 (12,397m2) dan Lot.
2103 (5,459m2), tetapi kedua-dua lot tanah masih dituanpunyakan oleh empat pemegang
amanah yang sama.
Mereka, Bhikku Daeng a/l Nai Chan Satchaphan
dan Sook Buranakol (Badan Amanah Thai) serta Maung Boon Khan dan Hla Toon
Toolseram (Badan Amanah Burma).
Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada
tahun 1996 telahpun mewartakan Pelan
Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan (Pelan Asas).
Dalam Pelan Asas, sebahagian daripada
Lot. 2103 telah dikategorikan untuk "Budaya / Agama", manakala bahagian
di Jalan Burma termasuk di mana rumah-rumah kampung yang dikategorikan sebagai
"Perdagangan".
Perintah Mahkamah pada tahun 2002
meminta rombakan pada geran tersebut, di mana Lot. 2102 didaftar atas nama Bhikku
Daeng a/l Nai Chan Satchaphan dan Sook Buranakol, manakala, Lot. 2103 didaftar
atas nama Maung Boon Khan dan Hla Toon Toolseram.
Dana RM3,778,523.73 yang selama ini
dipegang oleh Penerima Wong Hoon Keat telahpun dibahagi, di mana komuniti Siam
dan Burma masing-masing menerima tunai RM1,889,261.
Pada tahun 2009, pemaju Airmas
Development Sdn. Bhd. memohon pengezonan semula tanat Lot. 2103 sebagai “kawasan
perniagaan am” sebanyak dua kali, tetapi, ditolak oleh Jawatankuasa Perancangan
Bandar di bawah Kerajaan Negeri hari ini.
Ini kerana, pentadbiran Guan Eng
berpendapat bahawa tanah itu masih diamanahkan sebagai status keagamaan dan
kebudayaan.
Sejak April tahun ini, 25 penduduk asal diberikan
notis keluar daripada peguam pemaju, Lima Bintang Warisan Sdn. Bhd.
Pemaju juga telah menghantar permohonan
kepada MPPP pada bulan sama untuk perobohan tujuh kedai-kedai dan 10 buah rumah,
supaya memberi laluan pada pemajuan hotel lima tingkat dan tiga kedai atau
pejabat di tanah berkeluasan 2,681 meter persegi di Kampung Siam tersebut.
Penduduk hingga kini terus mempersoalkan
pengezonan semula tanah "budaya dan agama" kepada status komersial
hanya demi projek pembangunan, sungguhpun pentadbiran Guan Eng telahpun
mendedahkan latar belakang isu Kampung Siam berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...