07 October 2014

Pengusaha tuntut SPAD selesai isu tambang bas sekolah jika minyak naik 20 sen rasionalisasi subsidi

SURUHANJAYA Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak wajar 'lepas tangan' isu kenaikan tambang bas sekolah bulat-bulat kepada pengusaha kenderaan berkenaan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG), jika kenaikan 20 sen untuk RON95 dan diesel benar-benar rasionalisasi subsidi.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) Amali Munif Rahmat berkata, SPAD perlu bertanggungjawab.

"Sebelum ini, mereka (SPAD) kata akan tetapkan satu kadar sebelum harga tambang tersebut dilepaskan dan ditentukan oleh pasaran (antara pengusaha dan PIBG). Kita setuju.

"Tetapi, sekarang yang menjadi masalah mereka tidak tetapkan satu kadar tersebut, dan suruh pihak pengusaha bincang dengan PIBG," ujar Amali Munif.

Terdahulu, dilaporkan SPAD 'lepas tangan', minta ibu bapa selesai sendiri isu tambang bas sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara nak perbodoh Melayu! 

SPAD 'lepas tangan', minta ibu bapa selesai sendiri isu tambang bas sekolah

IBU bapa boleh menyelesaikan sendiri isu kenaikan tambang bas sekolah anak-anak mereka ekoran memberikan harga minyak 20 sen oleh Kerajaan Umno BN Pusat baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar, syor itu wajar memandangkan kebanyakan pengusaha bas sekolah sebelum ini pun tidak mengikut kadar tambang yang ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

"Apa yang kita perbual ini bulan benda baru, sekarang pun tambang dirundung secara bersama oleh ibu bapa dan pengusaha bas sekolah.

"Kalau kita lihat tambang yang dipersetujui, kebanyakan tak ikut kadar yang ditetapkan LPKP.

"Jadi, buat apa kita buat peraturan kalau tak dapat laksanakannya," ujar bekas Menteri Umno BN berkenaandi Shah Alam, semalam.

Dalih Syed Hamid sekaligus menyerlahkan bahawa pengerusi SPAD berkenaan seakan cuba lepas tangan ekoran kesan berantai dek kenaikan 20 sen RON95 dan diesel.

Bencana punca banjir 3 Okt, Exco PP bidas pembangkang

FENOMENA air laut pasang di Dataran Padang Kota dekat George Town yang sempat dirakamkan, dikatakan salah satu punca bencana banjir di sini pada 3 Oktober lepas. | Foto: Law Suun Ting
CHOW Kon Yeow (kiri) dan Teh Lai Heng (kanan) saling menjinjit di kawasan limpahan air laut pasang di sini baru-baru ini.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI & AHMAD ADIL MOHAMAD

GEORGE TOWN - Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow menjelaskan cuaca tidak menentu, fenomena air laut pasang serta hujan lebat yang luar biasa merupakan antara punca utama bencana banjir kilat di beberapa kawasan di negeri ini pada malam 3 Oktober lepas.

Penjelasan itu sekaligus membidas tuduhan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow kononnya banjir kilat baru-baru ini disebabkan oleh pembangunan berlebihan di negeri ini semata-mata.

“Mengikut ramalan kaji cuaca, kita hanya akan menerima hujan sebanyak 100 milimeter (mm) hingga 250 mm pada bulan Oktober, sebaliknya, pada malam berkenaan dalam tempoh dua jam (8.00 malam hingga 10 malam menunjukkan) bacaan penerimaan hujan mencapai 137 mm.

“Selain itu, kita dapati sistem perparitan yang ada di sekitar kawasan terlibat tidak mampu menampung lebihan air yang sebegitu banyak kerana ianya direka pada asalnya hanya untuk menampung aliran hujan yang biasa pada satu-satu masa.

“Jika dikatakan soal pembangunan, selama 50 tahun lebih di era BN, anda boleh nilai sendiri, saya tidak ingin mengulas lanjut berkenaan hal itu,” ujar Kon Yeow kepada wartawan di Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di sini baru-baru ini.

Tambah Kon Yeow, sistem perparitan di sekitar George Town sebenarnya boleh menampung kira-kira lima kadar purata berulang (ARI) bagi satu-satu peristiwa banjir, namun, bencana pada 3 Oktober lepas dikatakan melebihi 40 ARI.

Sebelum itu, Kon Yeow bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng turut turun meninjau fenomena air laut pasang, hingga melimpah ke dataran jalan kaki Padang Kota di sini.

Dalam perkembangan berasingan, Kon Yeow bersama-sama ADUN Berapit, Ong Kok Fooi dan Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Chong Pei Pei melawat projek perparitan Kampung Baru dekat Berapit bernilai RM6,913,896.60, yang baru siap dinaiktaraf.

Menurut beliau, kontraktor S.P. Mega Sdn. Bhd. dan perunding Amarmaju Sdn. Bhd. dipilih secara tender terbuka untuk menyiapkan projek pemajuan tersebut dalam tempoh 12 bulan, bermula 12 Mac tahun lepas.

Bagaimanapun, kata beliau, jadual projek pemajuan dilanjutkan empat bulan lagi atas permintaan pemaju, dan siap pada 18 Julai lepas.

"Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai pelan jangka panjang untuk mengatasi banjir di negeri ini, dengan anggaran kos sebanyak RM600 hingga RM800 juta.

"RM6,913,896.60 ini adalah peruntukan yang diambil oleh wang caruman perparitan.

"Namun, sumber kewangan dilihat sebagai masalah utama bagi menangani permasalahan ini di kesemua lima daerah seluruh Pulau Pinang.

“Kita mungkin boleh menggunakan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) seperti konsep tebus guna tanah dan sebagainya namun segala tindakan perlulah diperhalusi serta memohon dana dari kerajaan persekututan juga,” ujar Kon Yeow.

Sehingga kini, Kerajaan negeri melalui caruman MPPP meluluskan RM 2.7 juta.

Manakala, Bajet Kerajaan Pulau Pinang 2014 menyatakan sebanyak RM9.1 juta diperuntukkan untuk projek tebatan banjir pada tahun depan, termasuk RM3.4 juta adalah di kawasan Bukit Mertajam.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus