Skip to main content

Posts

Showing posts from October 17, 2014

"Iban, bukan Islam banyak sokong PAS di Sebuyau, Sarawak..."

(Dari kiri) ZAINULFAQAR Yaacob, Nordin Majid, Andrew Anak Jain dan Ustaz Rizal Akhir di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Sarawak dekat Matang Jaya.WALAUPUN PAS Sarawak jarang menggamit perhatian media baru yang utama di negara ini, persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diramal pada bulan Jun tahun depan kian dirasai di sini.Di Pejabat Perhubungan PAS Sarawak dekat Batang Jaya yang menjadi tempat kami bermalam hari ini, kami bertemu dengan Andrew Anak Jain, 45.Andrew adalah anak Iban, dikenali sebagai aktivis parti yang gigih.Beliau adalah contoh terbaik 'amilin' PAS yang gigih, sungguhkan beragama Kristian."Sudah banyak parti dan BEBAS bertanding bertanding di sini sebelum ini, tetapi orang Iban tidak mempedulikan parti."Masa Haji Adam bin Ahid (Pesuruhjaya PAS) tanding PRN 2011, dia tewas hanya kira-kira 1,800 undi sahaja sebab majoriti orang Iban beri harapan kepada Haji Adam," ujar Andrew.Haji Adam bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri …

Mangsa JE terima bantuan katil, Exco Kesihatan rakam harapan

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

TASEK GELUGOR – Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin merakamkan pengharapan agar Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, yang disahkan mengidapi Japanese Encephalitis (JE) Julai lalu, manakala, Hospital Pakar KPJ pula menyumbang katil sakit bernilai RM1,500 kepada kanak-kanak berkenaan.
"Saya sangat bersyukur kerana beliau sudah boleh berjalan dan terus berharap yang terbaik untuk beliau," ujar Dr. Afif kepada ibu kanak-kanak berkenaan, Haniza Ayub, 40, di rumahnya dekat Kampung Selamat di sini baru-baru ini.
Bercakap pada sidang media sama, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, Abdul Aziz Abd Rahman berkata, sumbangan katil sakit yang dilengkapi dengan pengadang dan roda diharap dapat mengelak risiko jatuh katil semasa tidur, serta memudahkan pergerakan kanak-kanak berkenaan.
Sebelum itu, Haniza memberitahu bahawa anaknya masih perlu diberikan perhatian dalam pelbagai segi, sunggu…