23 October 2014

Gelar 'pendatang' perlu hukuman berat, gesa Anwar Ibrahim

(Dari kiri) LEE Khai Loon (Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk), Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan P. Ramasamy pada Rumah Terbuka Deepavali Timbalan Ketua Menteri II di sini, tadi. | Foto: arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT TAMBUN - Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan menggelar-gelar mana-mana warganegara sebagai 'pendatang' jika di beberapa negara Eropah sudah pasti berdepan dengan hukuman yang berat.

Ketegasan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai respons pada tindakan seorang perwakilan Johor dalam mesyuarat agung tahun parti Gerakan baru-baru ini, Tan Lai Soon yang mendakwa Melayu pun sebenarnya adalah pendatang di negara ini.

"Kalau perkara ini berlaku di UK atau Amerika, satu tahu seorang ahli kongres yang kanan terpaksa meletakkan jawatan selepas mempertikai atau mempersoal atau menyebut mengenai kedudukan orang kulit hitam atau 'Negro' mengenai sejarah asal usul mereka.

"Mengapa perlu bangkit isu pendatang...saya fikir Kerajaan Pusat perlu tegas," ujar Anwar kepada wartawan, pada majlis rumah terbuka Deepavali di kediaman Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy di sini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam kenyataan bersama turut menyeru Putrajaya supaya menyemarak lagi semangat Malaysia dalam kalangan masyarakat tanpa mengira warna kulit, agama serta ideologi politik.

Malah, katanya, mana-mana pihak yang membangkitkan isu 'pendatang' sepatutnya didakwa di mahkamah secara adil sungguhpun mereka ini mungkin adalah ahli politik yang mesra dengan pentadbiran Kerajaan Pusat.

"Kita semua anak Malaysia tak kiralah anak Iban, anak Kadazan, anak Cina, anak India atau anak Melayu sendiri.

"Mana-mana pihak yang menggunakan istilah itu ('pendatang') seharusnya dikenakan tindakan...jangan lah satu pihak cakap 'pendatang' kena (tindakan undang-undang), satu pihak lain boleh tak kena," tegas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Hampir semua Exco Kerajaan Negeri dan pemimpin pelbagai peringkat dilihat hadir pada rumah terbuka Ramasamy, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus