24 October 2014

7 tips mudah solat awal waktu

"Hanya orang sibuk sahaja ada masa!" - Zainulfaqar
MENUNAIKAN solat pada awal waktu adalah keutamaan bagi tiap-tiap mukallaf.

Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya...” [Surah An-Nisa':103]

Seharian dihambat pelbagai tanggungjawab kadangkala mengakibatkan kita lazim solat pada lewat waktu. Lebih malang jika 'tercicir' solat.

Sesungguhnya solat pada awal waktu adalah salah satu cara untuk kita mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa sibuk kita seharian.

Inilah 7 tip mudah tunai solat awal waktu:

1. Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji
Rancang pertemuan dengan rakan-rakan di Masjid atau Surau berdasarkan waktu solat fardhu yang lima kerana lazimnya solat di tempat pertemuan itu adalah pada awal waktu.

Isteri muda cantik jelita saya selalu menentapkan janjitemu dengan pelanggan-pelanggannya bersempena waktu solat, tidak terbatas di masjid sahaja.

2. Berkawan dengan mereka yang awal solatnya
Bersahabatlah dengan mereka yang cukup cakna dengan solat dan seringkali ghairah untuk solat pada awal waktu.

Kalau nak berpolitik pun, berkawanlan dengan ahli politik yang ghairah solat pada awal waktu. In sha Allah kita akan solat awal waktu sepertinya.

3. 'Save' kerja tanpa alasan
Pastikan kita terus save kerja dan tutup skrin desktop komputer anda apabila terdengar azan.

Itu membuatkan kita tiada lagi alasan untuk melengah-lengahkan kerja kita sehinggalah kita selesai solat di awal waktu.

Ditanya Rasulullah s.a.w, apakah amalan yang terbaik, maka baginda menjawab: Solat di awal waktu. [Hadis Riwayat At-Trimidzi]

4. Guna aplikasi reminder waktu solat.
SOFTnet merupakan antara aplikasi mesra pengguna untuk pengguna telefon pintar jenis adroid. Percuma.

Sebagai ingatan, jika deringan dalam mood azan, cukuplah sekadar reminder diri, dan jangan sampai mengganggu teman sekeliling.

5. Rebut solat jamaah di masjid
Iltizam ibadah kita untuk merebut solat berjamaah di masjid, sekaligus membuatkan kita solat pada awal waktu.

6. Tampal Nota di merata-rata
"Solatlah di awal waktu kerana Allah..." Ini mungkin contoh nota yang boleh ditampal pada skrin desktop komputer atau dinding bilik tidur atau meja study kita.

Kita akan lazim melakukan sesuatu amalan yang terlalu lazim kita lihat dan terpasak kukuh dalam fikiran kita.

7. Jadilah solat sebagai polisi utama
Seseorang yang berjaya menguruskan masa yang sibuk secara disiplin adalah seorang yang berjaya.

Justeru, jadikan solat pada awal waktu sebagai salah satu polisi kita dalam menguruskan masa secara berjaya.

Ingat, hanya orang sibuk sahaja ada masa!

Sesungguhnya berjayalah orang mukmin, iaitu mereka pada solat yang khusyu’ pada solat mereka.” [Surah Al-Mukminun: 1 &2]


Layari blog isteri di sini.

KM Sarawak anggap dua menteri bodoh sebab nak hapus SJKC, kata Guan Eng

LIM Guan Eng (kiri) dan Jagdeep Singh Deo (kanan) dalam sidang media di Bilik Gerakan Pejabat Ketua Menteri, Komtar, semalam. | Foto: Arkib Buletin Mutiara.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mempertikai kenyataan prejudis Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Razali Ibrahim yang mendakwa pepecahan kaum di negara ini disebabkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

Menurut beliau, kenyataan prejudis Ahmad Zahid dan Razali itu sebenarnya turut dipertikai oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, sebagaimana dilaporkan dalam suatu akhbar arus perdana berbahasa Cina baru-baru ini.

"Ada pemimpin Umno bukan sahaja menyatakan (hasrat) untuk tidak membina sekolah jenis kebangsaan cina yang baru, malah, mahu menutup sekolah-sekolah aliran yang sedia ada.

"Saya rasa itu memang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia yang memberikan jaminan untuk (semua etnik) menggunakan dan mempelajari bahasa ibunda.

"Cadangan (Ahmad Zahid dan Razali) ini turut mendapat reaksi daripada Tan Sri Adenan Satem, yang menyatakan hasrat menutup sekolah Cina (SJKC) adalah suatu cadangan bodoh," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan di sini baru-baru ini.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perubahan, Jagdeep Singh Deo turut hadir pada sidang media tersebut.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng turut melahirkan rasa kesal inisiatif Kerajaan Negeri menawarkan sebidang tanah di kawasan Parlimen Bagan untuk membina sekolah menengah jenis kebangsaan tamil yang pertama di Malaysia gagal direalisasikan kerana tiada peruntukan Kerajaan Pusat diluluskan dalam Bajet 2015 baru-baru ini.

Pun begitu, katanya, Kerajaan Negeri melalui Bajet 2014 lepas telahpun memberi peruntukan sebanyak RM12 juta kepada semua sekolah bantuan modal di negeri ini.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memelihara semua jenis sekolah aliran di negara ini, sebagaimana dijamin oleh perlembagaan.

8 tip jadi suami hebat!

ZAINULFAQAR Yaacob bersama isteri, Siti Hajjar Hassan di Pameran Bunga-Bungaan @ Floriade dekat Commonwealth Park, Canberra Australia pada 14 September 2014. | Foto: Siti Mahirah M Tahir
SEBAGAI suami, kita sendiri boleh nilai diri, sama ada kita adalah pemimpin yang hebat di sisi isteri atau sebaliknya.

Keluarga yang hebat mestilah dipimpin oleh ketua yang hebat.

Maka, tidak dapat tidak kita sebagai suami pun mesti tahu beberapa tip untuk menjadi suami dan ketua keluarga yang hebat.

Berikut adalah rahsia kehebatan seorang suami yang sangat-sangat diimpikan oleh kaum isteri solehah di Malaysia:

1. Imam solat
Jadilah imam solat kerana solat yang dianggap tiang agama akan mengukuhkan tiang seri rumah tangga secara hebat.

Curilah masa sekurang-kurangnya waktu Subuh, Maghrib atau Isyak untuk solat berjemaah bersama supaya isteri dan anak-anak bertambah yakin bahawa Si Suami hebat boleh memimpin mereka ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajar ilmu agama
Bukan mudah. Peringkat awal, mungkin boleh mula kongsi info agama menerusi WhatsApp, facebook, emel dan sebagainya.

Kalau ada masa, cipta masa istirahat bersama isteri dengan pergi mengikuti kuliah Maghrib atau Dhuha.

Lazimkan bercakap agama dengan anak-anak kerana ia sekaligus akan mencuri rasa kagum isteri.

3. Matang
Ramai suami berusaha untuk dilihat matang sebelum berumahtangga, tetapi tidak selepas berkahwin.

Jangan baran kerana karenah isteri kadang-kadang kerana terlalu mengimpikan layanan matang serta kasih sayang daripada suami sebagaimana masa sebelum berkahwin.

4. Pandai memasak
Jangan menjadi suami yang hanya tahu memakan daripada air tangan isteri sahaja, kerana sebenarnya suami lebih dikagumi jika pandai memasak.

Sebenarnya, air tangan suami jauh lebih ajaib dalam mengeratkan hubungan antara suami dan isteri serta anak-anak.

5. Suami yang indipendent
Ringan-ringankan tulang untuk mengurus keperluan diri serta anak-anak seperti menggosok baju, membasuh baju, tolong mandi serta cebok anak kerana semua itu menjadikan anda bukan sahaja suami hebat, bahkan lebih romantik di mata isteri.

6. Berprinsip sederhana
Jangan memperlihatkan diri lemah dengan terlalu mendengar serta mengikut pandangan ahli keluarga, terutama jika isteri tinggal bersama mertua.

Pendirian keluarga hanya pembimbing, tetapi keputusan untuk membahagiakan keluarga atau menjernihkan salah faham dengan iaitu mesti diputuskan oleh suami secara rasional, empeti, sopan dan sederhana.

7. Bersama-sama mendidik anak
Banyak yang berlaku, isteri ditatang bak minyak yang penuh ketika menanggung, tetapi suami acapkali menyerahkan urusan menjaga anak-anak kepada isteri selepas bersalin.

8. Jadilah suami serba tahu
Serba tahu ertinya suami mempunyai bakat serta pengetahuan yang serba-serbi. Isteri cukup kagum sekiranya suami mempunyai pengetahuan pelbagai, termasuk mengenai hobi Si Isteri dan anak-anak.

Suami sebegini, bukan sahaja dikagumi oleh Si Isteri, bahkan disegani kenalan-kenalan serta disayangi mertua.

"Suami yang hebat boleh mengubah diri dan mengetuk pintu hati isteri dan anak-anak untuk berubah..." -Hukama'


Layari blog isteri di sini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus