30 October 2014

Lahar Yooi mampu gamit pelancongan desa - Exco

ROMBONGAN Law Heng Kiang berpeluang melihat keindahan fauna termasuk bunga betina pokok nipah di Hutan Pendidikan Air Hitam Dalam di sini samalam, yang turut kaya habitat reptilia serta persinggahan burung asing.
Pegawai Kejuruteraan di Jabatan Kemasyarakat MPSP, Mohd. Amir Abdullah yang menyertai rombongan kerja ke Lahar Yooi turut merakamkan gambar kenang-kenangan di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, yang berlatarbelakangkan jambatan gantung menarik di sini semalam.
ADUN PAS bagi kawasan Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man (berkopiah putih) dan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Saodah Nawawi (berdiri, dua dari kiri) turut menyertai lawatan kerja Law Heng Kiang (paling kanan) di sini, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

TASEK GELUGOR - Lawatan kerja Exco Pembangunan Pelancongan, Law Heng Kiang ke tapak cadangan Projek Inap Desa ke-11 di bawah Kerajaan Negeri serta beberapa kawasan menarik lain sekitar Kampung Lahar Yooi di sini disambut meriah oleh komuniti setempat baru-baru ini.

Heng Kiang serta Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Saodah Nawawi dan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) merangkap ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man, Pegawai Penyelaras KADUN Permatang Berangan, Arshad Md. Salleh serta tetamu lain disambut dengan adat kebudayaan Melayu seperti iringan bunga manggar, okestra kesenian Melayu, persembahan pencak silat dan sebagainya.

Mereka turut dibawa menyaksikan demontrasi memasak beberapa kuih tradisional Melayu seperti kuih kapit, halowa maskat, cucur peneram atau 'telinga keling', kuih karas dan sebagainya.

Permainan kebudayaan oleh kanak-kanak dan muda-mudi seperti congkak, batu seremban atau selambut, jengkek dan lain-lain turut menyerikan lagi program komuniti tersebut.

Persembahan pencak silat diiringi okestra kebudayaan Melayu menyerikan majlis perasmian pembukaan Pusat Kecemerlangan As-Syafie di sini.
LAW Heng Kiang (berdiri, berbaju biru) meramahi anak-anak tempatan yang sedang bermain permainan tradisional Melayu, yang dikenali sebagai 'batu selambut', sambil disaksikan oleh tetamu lain di sini baru-baru ini.
SAODAH Nawawi (kiri) sedang mencuba demontrasi memasak kuih 'karas' dengan bimbinan peserta memasak (tengah), sambil diperhati oleh Mohd. Salleh Man (kiri) di sini, semalam.
SEORANG wanita kelihatan sedang melakukan demontrasi memasak kuih tradisional Melayu, yang dikenali sebagai 'kuih kapit' di sini, semalam.
Heng Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lancang dalam ucapannya memberitahu bahawa Projek Inap Desa Lahar Yooi merupakan satu lagi persiapan Kerajaan Negeri demi menjayakan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014, kini.

"(Menjelang tahun 2020,)36 juta pelancong dijangka akan melawat negeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan anggaran pulangan (keuntungan) sebanyak RM168 bilion dan 500 ribu peluang pekerjaan baru.

"Sudah pasti Kerajaan Negeri berharap kunjungan pelancong sama ada tempatan atau luar negeri ke Malaysia paling banyak melimpah ke negeri ini.

"Kita menjangkakan bilik hotel khususnya di sebelah pulau akan penuh mulai musim cuti sekolah hujung tahun ini kerana kita mendapati lambakan pelancong sudah menyebabkan beberapa hotel di sebelah Seberang Perai seperti Hotel Exora (dekat Seberang Jaya) pun 100 peratus penuh pada bulan Jun lalu.

"Cadangan homestay (inap desa) di Lahar Yooi adalah projek ke-11 Kerajaan Negeri supaya pelancong mempunyai lebih banyak pilihan, selain mengenali identiti budaya komuniti Melayu di negeri ini," ujar Heng Kiang pada Majlis Melawat Tapak Cadangan Homestay Lahar Yooi, yang diadakan serentak dengan majlis perasmian pembukaan Pusat Kecemerlangan As-Syafie (PAKSY) di sini baru-baru ini.

LAW Heng Kiang (empat dari kiri), Mohd. Salleh Man (tiga dari kiri), Saodah Nawawi (dua dari kiri) dan Cikgu Azhar Ahmad (paling kanan) melawat kamar di kediaman Normah Yusoff (paling kiri) dekat Lebok Meriam, yang dicadangkan sebagai salah sebuah inap desa di bawah projek Homestay Lahar Yooi Kerajaan Negeri di sini, semalam.
Sebelum itu, Setiausaha bagi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Lahar Yooi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangungan Homestay Lahar Yooi, Cikgu Azhar Ahmad memberi penerangan mengenai projek kebudayaan, kesenian, ekonomi, gender, pendidikan belia dan pelancongan yang giat diadakan di sekitar Lahar Yooi, sebagai persiapan menjayakan projek inap desa ke-11 Kerajaan Negeri.

Rombongan Heng Kiang turut dibawa melawat ke salah satu tapak cadangan inap desa, iaitu kediaman Normah Yusoff, 59, dekat Kampung Lubok Meriam di sini.

FATIMAH Zakaria, 62, merupakan pemilik pusat pelancongan industri desa kuih bauhulu jenama SPZ Mutiara di sini. Beliau boleh dihubungi di talian 0195928347.
MUHAMAD Sobberi Harun, 56, merupakan pemilik pusat pelancongan industri desa lemang Lahar Yooi di sini. Beliau boleh dihubungi di talian 0125913842.
Mereka turut dibawa melawat ke beberapa pusat pelancongan industri desa setempat, seperti kilang kuih bauhulu SPZ Mutiara milik Fatimah Zakaria, 62, dan kilang kuih lemang Lahar Yooi milik Muhamad Sobberi Harun, 56.

Mereka turut diraikan dalam majlis kenduri-kendara ala Melayu lama di kediaman Arshad di sini, pada tengah hari hari tersebut.

LAW Heng Kiang (tengah) bersama-sama Datuk Salleh Man (empat dari kiri) menyertai jamuan tengah hari ala kenduri kendara Melayu di kediaman Arshad Md. Salleh (dua dari kiri) di sini, semalam.
Tidak cukup dengan itu, rombongan Heng Kiang turut di bawah menikmati keindahaan flora dan fauna di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam di bawah bimbingan Penolong Pengarah Hutan Taman Negeri, Wendy Ngu, 32.

Arshad dalam kenyataannya kepada wartawan memberitahu bahawa pihak berwajib wajar menangani masalah malar segar dekat beberapa kawasan yang telahpun dikenal pasti, iaitu bencana banjir demi menjayakan projek pelancongan desa di sini

ARSHAD Md. Salleh
"Saya berharap bypass channel (alur pintas air bah) segera dimajukan di sini demi mengurangkan risiko bencana banjir di Lahar Yooi, yang semya kita ketahui ia dalam cadangan untuk dijadikan kawasan inap desa ke-11.

"Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam pun mungkin boleh diangkat sebagai 'taman botani kedua Pulau Pinang' kerana di sini bukan sahaja kaya dengan tanaman air tawar dan hidupan reptilia yang pelbagai, malah, menjadi tempat persinggahan burung-burung daripada negara asing," jelas Arshad kepada fotojurnalis Pulau Pinang.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus