Skip to main content

Posts

Showing posts from November 5, 2014

Pertahan Islam dengan dialog atau 'haramkan' SIS?

13 Ahli Kitab dari Najran yang diketuai Al-'Akib atau lebih terkenal dengan panggilan Abd Al-Masih datang ke Madinah Al-Munawwarah untuk berdialog mengenai kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. dulu.
Mereka mengaku Nabi Isa A.S sebagai "Anak Tuhan" atas dalih bahawa Isa dilahirkan tanpa bapa, demi merendah-rendahkan martabat Nabi Muhammad S.A.W di depan masyarakat Madinah.
Rasulullah S.A.W memberitahu bahawa Nabi Adam A.S. bukan sahaja tidak mempunyai bapa bahkan ibu, sekaligus menolak hujah 13 Ahli Kitab berkenaan.
Ahli Kitab berkenaan tidak berpuas hati dan mahu meneruskan dialog itu dengan menyebut bahawa Isa bin Maryam adalah 'Anak Tuhan' dengan alasan Isa boleh menghidupkan orang mati.
Rasulullah S.A.W. memberitahu bahawa menghidupkan orang mati adalah salah satu mukjizat anugerah Allah kepada Nabi Isa A.S.
Rasulullah S.A.W berhujah lagi bahawa Nabi Musa pun mempunyai mukjizat yang hebat seperti Nabi Isa A.S, iaitu tongkatnya bertukar menjadi ular yang besar lalu …

Menteri haram PPS akan hadapi semakan kehakiman - Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri akan membuat semakan kehakiman di mahkamah berhubung pengumuman terbaru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang sebagai pertubuhan haram.
Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata langkah itu wajar memandangkan pengumuman Ahmad Zahid itu adalah  berniat jahat atau 'mala-fide'.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri merancang untuk membuat semakan kehakiman di mahkamah demi menentang pengumuman Ahmad Zahid itu.
"Tindakan Ahmad Zahid berniat jahat serta tiada perundangan menahan 157 anggota PPS.
"Sehingga kini, tiada pendakwaan ke atas mereka yang ditangkap di mahkamah, yang secara jelas ini semua serangan bermotif politik untuk mengenakan PPS serta Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri.
"Kita akan tubuh pasukan perundangan untuk  prosiding mahkamah bagi melakukan semakan kehakiman demi menentang peng…

Guan Eng pertikai lagi wibawa MIDA rekod FDI negeri

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mempertikai lagi kewibawaan Lembaga Pelaburan Perindusterian Malaysia (MIDA) yang didakwa merekodkan angka pelaburan Pulau Pinang secara tidak tepat mengenai pelaburan asing langsung (FDI) untuk semua sektor, tanpa terlebih dahulu merujuk pada info sahih daripada Kerajaan Negeri.
Beliau berkata demikian sebagai respons pada dalih lanjut Timbalan Ketua Pegawai EksekutifI MIDA, Datuk Phang Ah Tong di portal berita TheMalaysian Insider baru-baru ini.
Ah Tong antara lain dilaporkan menyebut, lembaga Kerajan Pusat itu dalam tempoh Januari hingga Julai lepas direkodkan meluluskan sebanyak 95 projek pelaburan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) bernilai RM4.6 bilion di negeri ini.
"Tanah untuk pemajuan industri hanya boleh disediakan oleh Kerajaan Negeri, tanpa tanah, bagaimana pelabur boleh melabur di Pulau Pinang."
"Maka, tanah adalah disediakan oleh Kerajaan Negeri sahaja, dan Keraj…