Skip to main content

Posts

Showing posts from November 12, 2014

Exco Kesihatan seru pembangkang pengaruhi Putrajaya bina hospital baru di Batu Kawan

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBGEORGE TOWN - Pembangkang Pulau Pinang digesa mempengaruhi Kerajaan Pusat untuk membina sebuah hospital Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) baru, yang Kerajaan Negeri cadangkan di Batu Kawan.Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin berkata, ruang Hospital Sungai Bakap yang sedia ada dijangka tidak mampu menampung lambakan pesakit yang kian bertambah selari dengan kepesatan bandar di daerah berkenaan kelak."Dari segi bilangan katil memang mencukupi, tetapi, yang menjadi masalah di hospital-hospital Pulau Pinang ini adalah ruangan dalam wad."Sebab itulah, kita dapat melihat banyak katil-katil tambahan yang terpaksa diletakkan di ruangan-ruangan yang terdapat di dalam kawasan wad."Kerajaan Negeri bercadang bina sebuah hospital baru dibina di SPS, iaitu di Batu Kawan...saya harap disembah sana (Pembangkang) turut dapat menyeru Kementerian Kesihatan agar mempercepatkan projek-projek yang masih belum dil…

Buka pantai 'swasta' untuk awam, syor ADUN Pulau Tikus

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBGEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey mensyor beberapa kawasan pantai tertentu yang masih diswastakan kepada hotel mewah tertentu wajar dipertimbang untuk dibuka kepada orang awam.Ini kerana, katanya, kebanyakan rakyat Pulau Pinang tidak mampu mendiami kondomonium mewah yang dilengkapi kolam renang atau menjadi ahli kelab eksklusif, seperti Penang Club, Penang Sports Club, Chinese Recreation Club dan Penang Swimming Club."Nama negeri kita Pulau Pinang, tetapi rakyat Pulau Pinang jarang mendapat peluang bermandi renang."Pantai adalah khazanah bumi negeri, tetapi, kebanyakan telah dijual dan diswastakan."Pantai dan Coastline (garis pantai)negeri Pulau Pinang seharusnya dijadikan kepunyaan awam," ujar Soo Huey di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini tadi.Tambah beliau, Kerajaan Negeri perlu berusaha untuk membuka garis pantai dari Persiaran Gurney ke pusat bandar George Town atau Strait Quey ke Ge…

Harga rumah seluruh negara naik, tetapi dikawal hanya di P.Pinang - Exco

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBGEORGE TOWN - Moratorium penjualan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah daripada tempoh lima tahun kepada 10 tahun daripada tarikh pembelian pertama diamalkan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun lepas lagi demi menyejukkan pasaran hartanah di negeri ini.Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, moratorium atau penggantungan atau penangguhan sesuatu kegiatan jual beli secara persetujuan bersama itu turut dilaksanakan ke atas perumahan jenis mampu milik dalam tempoh lima tahun dari tarikh pembelian pertama."Fenomena (hartanah membelon) ini bukan sahaja di Pulau Pinang, tetapi di kawasan bandar utama di Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan juga Johor."(Pun begitu,) Kerajaan Negeri melalui bajet tahun dahulu sahaja memperkenalkan beberapa kaedah mengawal harga rumah atau menyejukkan pasaran hartanah," ujar Jagdeep pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, petang tadi.Ucapan …

ADUN Machang Bubuk syor Penasihat Undang-Undang kaji peranan KN isu usir penduduk

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBGEORGE TOWN - Amalan tuan tanah mengusir penduduk melalui perintah mahkamah tanpa permohonan kebenaran merancang, sekaligus seakan menyekat campurtangan daripada Kerajaan Negeri.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon berkata demikian berdasarkan pengalamannya mempertahankan kepentingan hak penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh dekat Bukit Mertajam, yang kini sedang dirujuk ke Mahkamah Tinggi."Kerajaan negeri juga seolah-olah tidak berupaya untuk mengambil apa-apa tindakan disebabkan pihak tuan tanah tidak membuat permohonan kebenaran merancang. "Saya memohon agar Penasihat Undang-undang kerajaan negeri serta badan bukan kerajaan untuk mengkaji kes-kes seperti ini, agar hak penduduk yang sudah tinggal di sana lebih puluhan tahun dapat dijamin juga," ujar beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, semalam.Syor Khai Loon semasa membahaskan Bajet 2015 Pulau Pinang tersebut dijangka akan direspons oleh Ketu…