14 November 2014

Veteran PAS Tengku Puji umum jual seekar tanah untuk operasi PasMa

TENGKU Puji Tengku Abd. Hamid (tengah) diiringi dengan sahabatnya (kiri) bersama-sama Pengerusi PasMa Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim (kanan) di sini malam ini.
TENGKU Puji Tengku Abd. Hamid (dari kiri, berdiri, berkopiah) menyampaikan ucapan berhubung operasi PAS dan PasMa Pahang di sini, malam tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUBANG - Veteran PAS Pahang, Y.M. Tengku Puji Tengku Abd. Hamid malam ini bukan sahaja bersedia memimpin Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) peringkat negeri, bahkan, mengumumkan untuk menjual seekar tanah peribadi untuk NGO politik berkenaan.

Melihat posisi mesyuarat NGO itu malam tadi, katanya, mengingatkan pengalaman zaman muda memugar sokongan rakyat Pahang pada parti masa depan itu, dulu.

"In sha Allah, saya akan jual seekar tanah saya kerana kita perlu gerak dengan apa yang kita ada," ujar Tengku Puji yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Pahang pada sesi mesyuarat bulanan NGO berkenaan.

Sebelum itu, Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi memberitahu, PasMa mulai dipelawa dialog dengan peringkat PAS Pusat melalui Naib Presidennya Salahudin Ayub, serta di beberapa negeri susulan retreat parti masa depan berkenaan baru-baru ini.

"Selepas retreat PAS baru-baru ini, PasMa seakan diiktiraf dan pemimpin parti mula mengaturkan dialog peringkat pusat selepas ini," ujar Phahrolrazi.

Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah turut mengarahkan semua ahli tetapnya supaya mengukuhkan organisasi di peringkat negeri dan cawangan.

Lebih 50 ahli serta perwakilan negeri masing-masing mengadakan dialog dua hala dengan pemimpin pusat PasMa.

Projek rumah mewah cecah RM3.5 juta PDC diluluskan era BN, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pemajuan 163 unit rumah mewah oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di D'Residence Bayan Mutiara dekat Bayan Baru yang berharga antara RM800,000 hingga RM3.5 juta diluluskan pada 5 Oktober 2006, iaitu semana Kerajaan Neger masih di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberi penjelasan demikian susulan kenyataan Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid yang menuduh Kerajaan Negeri hari ini melalui PDC turut membina rumah mewah melepasi harga siling RM400,000 di atas tanah yang diambil daripada rakyat untuk tujuan perumahan awam.

"Memang ada PDC bina rumah berharga RM3.1 juta, tetapi ini dibina semasa era Kerajaan BN dahulu...masa itu kita (Pakatan Rakyat) belum lagi jadi Kerajaan.

"Walaupun projek D'Residence ini siap pada tahun 2010, tetapi semua kelulusan siap diluluskan sebelum tahun 2008.

"Ini (projek D'Residence) dibuat di bawah pemerintahan anda (Barisan Nasional) dan semasa anda (Jahara) menjadi Exco (Kerajaan Negeri)," ujar Guan Eng kepada wartawan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, tengah hari tadi.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo dan Datuk Rosli Jaafar (Pengurus Besar PDC) turut menyertai sidang media tersebut.

Difahamkan, fasa satu D'Residence menawarkan 113 unit rumah mewah antara RM880,000 hingga RM3.5 juta, manakala, baki 50 unit lain di bawah fasa dua ditawarkan antara harga RM1,403,750 hingga RM3,140,900.

Direkodkan, permohonan pelan perancangan pembangunan projek tersebut dibuat pada 3 Mac 2005 dan diluluskan pada 5 Oktober 2006 lagi.

Kuatkuasa kerja pula direkodkan bermula pada 21 Mei 2007 dan siap sepenuhnya ada 14 Februari 2010.

Sementara itu, Rosli turut memberi penjelasan mengenai seunit rumah di bawah projek Intan Delima dekat Bandar Cassia Batu Kawan yang ditawarkan sehingga RM306,000, iaitu kadar yang melebihi harga siling perumahan mampu untuk kawasan Seberang Perai berjumlah RM250,000.

"Harga sebenar rumah itu sepatutnya RM149,000, tetapi satu unit itu sahaja dijual pada harga RM306,000 kerana (membabitkan) tanah tambahan yang lebih di situ," ujar Rosli kepada wartawan.

Terdahulu, Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar seakan cuba menggambarkan pentadbiran Guan Eng ghairah meluluskan projek rumah mewah, hatta tidak mampu dimiliki oleh rakyat terbanyak.

Guan Eng dalam reaksi spontan berkata, harga siling rumah mampu milik di pulau dan Seberang Perai masing-masing ditetapkan pada kadar RM400,000 dan RM250,000, sebagaimana digariskan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Malah, Guan Eng turut mempersoal Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) membina rumah mewah mencecah harga RM1.85 juta di atas tanah dekat Teluk Kumbar, yang diambil daripada rakyat untuk tujuan perumahan awam.

"JKP sepatutnya tidak untung sampai RM150 juta untuk 15 projek jika benar-benar bina rumah awam, kerana Kerajaan Negeri dianggarkan rugi antara RM500 juta hingga RM800 juta dalam rancangan pembinaan 22,575 rumah awam di negeri in," tegas Guan Eng.       

Rekod MIDA bukti tadbir urus ekonomi P.Pinang kini lebih cemerlang berbanding era BN, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


GEORGE TOWN - Pelaburan Domestik Langsung (DDI) Kerajaan Negeri era Barisan Nasional dalam tempoh tahun 2002 hingga 2007 direkodkan berjumlah RM5,669.61 juta berbanding RM12,995.47 juta yang berjaya dikutip dalam tempoh tahun 2008 hingga tahun lepas.


Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Pelaburan Asing Langsung (FDI) Kerajaan Negeri era Barisan Nasional dalam tempoh tahun 2002 hingga 2007 pula berjumlah RM15,426.13 juta berbanding RM27,054.94 juta yang diperoleh kini dalam tempoh 2008 hingga 2013.

"Peningkatan (DDI) sebanyak 129.21 peratus dalam tempoh enam tahun sekarang berbanding tempoh sama di bawah Kerajaan Barisan Nasional (Negeri) dulu.

"Selain itu, peningkatan 75.38 peratus FDI juga telah dicapa oleh Kerajaan Negeri hari ini dalam tempoh sama," ujar Guan Eng pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, tengah hari tadi.

Guan Eng berkata, semua statistik yang dikemukakannya itu berdasarkan rekod rasmi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), sekaligus menolak pertikaian pihak Pembangkang Pulau Pinang mengenai pencapaian tadbir urus ekonomi Kerajaan Negeri hari ini.

Terdahulu, Guan Eng semasa membentang Bajet 2015 Pulau Pinang memberitahu Kerajaan Negeri sehingga tarikh 31 Disember tahun lepas berjaya mencapai surplas RM1.3 juta, sungguhpun Bajet 2013 menganggarkan defesit kewangan berjumlah RM262.04 juta.

Katanya lagi, rekod Kerajaan Negeri menambah rizab tunia kira-kira RM100 juta atau peningkatan 8.4 peratus menjadi RM1.29 bilion bagi tahun 2013 turut dipuji dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Pulau Pinang.

DUN P.Pinang terima usul tergempar tolak rancangan Pusat laksana GST

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Usul tergempar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon supaya menolak rancangan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijadualkan pada 1 April tahun depan sehingga tanah air mencapai negara maju serta berpendapatan tinggi telahpun mendapat sokongan daripada majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Jangan lagi menipu rakyat dengan mengatakan cukai GST ini tak akan menaikkan harga barang, itu kenyataan menipu diri sendiri,” ujar Khai Loon di DUN Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

ADUN Pulau Betong, Sr. Muhamad Farid Saad membangkang usul itu dengan berdalih bahawa Kerajaan Pusat sendiri mengkaji tentang kesan baik buruk di sebalik rancangan pelaksanaan sistem cukai baru itu.

Manakala, ADUN Seri Delima, R.S.N. Rayer pula berkata, kos sara hidup rakyat pasti akan melambung susulan pelaksanaan GST kelak.

“Saya sendiri telahpun membayar cukai jalan dan cukai pendapatan, dan sekarang akan bertambah satu lagi cukai iaitu GST.

“Saya sendiri merasai beban yang bakal ditanggung ini, bayangkan beban yang akan ditanggung oleh rakyat,” ujar Rayer pada sesi perbahasan usul tergempar tersebut.

Semalam, Khai Loon semasa mencelah sesi penggulungan Exco Ha Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim mengenai pendirian Kerajaan Negeri serta DUN Pulau Pinang berhubung cadangan Kerajaan Pusat melaksanakan GST.

“Machang Bubuk (Khai Loon) boleh mengemukakan usul tergempar esok (13 November 2014) memandangkan pelaksanaan GST dijadualkan pada 1 April depan, manakala, sidang DUN Pulau Pinang mungkin dijadualkan lebih lewat dari itu,” ujar Abdul Malik.

Butterworth Bikers Club tuan rumah konvoi amal dari KL Sabtu

(Dari Kiri) 'ZUL Highway Corner, Zolkifly Md Lazim, Rashid Ramli dan
Romzi Nayan di Highway Corner Sungai Dua, malam tadi.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUNGAI DUA - Lebih 50 bikers berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur turut menyertai konvoi amal menziarahi rumah empat beranak orang kurang upaya (OKU) di Kampung Teluk di sini, Sabtu ini.

Presiden Butterworth Club (BBC) Rashid Ramli berkata, 17 anggota kelabnya giat membuat persiapan sebagai tuan rumah.

"Ini konvoi sehari bermula beri sumbangan amal kepada keluarga terbabit, selepas itu jamuan tengah hari di Restoran Gulai Semilang Sungai Sungai Dua.

"Kita akan pusing pulau, selepas itu, seterusnya nikmati mee udang Sungai Dua dan terus balik pulang ke KL," ujar Rashid di sini, malam tadi.

Hadir sama, pengerusi Inteam Bikers, Ustaz Izaham Hashim dan Zolkifly Md Lazim (Penasihat IKUT Mewakili 10K Suara Reverts Pulau Pinang), Zul Highway Corner dan Romzi Nayan (Saudagar Kurma Utara).

Info lanjut, hubungi Rashid di talian 0194949541.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus