19 November 2014

Guan Eng cabar Jahara dedah isu rumah mewah pada sidang DUN depan

LIM Guan Eng menunjukkan sebuah akhbar arus perdana yang melaporkan kenyataan tidak bertanggungjawab Jahara Hamid di sini pada pagi tadi.
GAMBAR dokumen rasmi PDC yang membuktikan bahawa projek rumah mewah tersebut diluluskan era Umno BN memerintah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dulu turut didedah kepada wartawan.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid dicabar membawa sekali isu pembinaan rumah bernilai jutaan ringgit di negeri ini tanah didakwanya diluluskan oleh Kerajaan Negeri hari ini ke sidang mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan datang.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian, sebagai membidas kenyataan Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, dalam beberapa akhbar hari ini.

"Projek perumahan mencecah jutaan ringgit berkenaan dirancang dan diluluskan permohonannya pada era pemerintahan Kerajaan Negeri Barisan Nasional dan bukan sebaliknya sebagaimana didakwa Jahara dalam laporan berkaitan.

"Sehubungan itu, Guan Eng mencabar Jahara untuk membawa perkara tersebut di dalam perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang," ujar Guan Eng kepada wartawan pagi tadi.

Terdahulu, Guan Eng menjelaskan projek rumah mewah cecah RM3.5 juta PDC diluluskan era BN.

Lafaz syahadah dengan NGO, selepas tiga kali panjat pejabat agama P.Pinang gagal

ZOLKIFLY Md Lazim (kiri) dan Sheikh Husein Yee saling berinteraksi mengenai prospek dakwah ke atas bukan Melayu di Pulau Pinang, di sini pada malam tadi.

(Berdiri, dari kiri) USTAZ Abdul Malik Abdullah, Azley Stanley dan Zolkifly Md Lazim bersama-sama aktivis NGO dakwah IPSI serta MyIKUT lain kelihatan sedang menanti majlis syahadah Sunny yang dibimbing oleh Sheikh Husein Yee di sini, malam tadi.


SUNNY, akhirnya mengambil keputusan umum melafazkan syahadah serta memeluk Islam dengan bimbingan Sheikh Husein Yee pada malam tadi, dengan disaksikan oleh lebih 50 aktivis NGO dakwah daripada Islamic Propagation Society International (Pulau Pinang) (IPSI) dan Pertubuhan I.K.U.T Mewakili 10,000. Suara Reverts Pulau Pinang (MyIKUT).

Hadir sama, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Abdul Halim Hussein, Zolkifly Md Lazim (Penaung MyIKUT), Azley Stanley (Pengerusi MyIKUT) serta Ustaz Abdul Balik Abdullah (Setiausaha MyIKUT).

Sunny,32, merupakan penganut Kristian, sedang giat mencari kebenaran dalam beragama, termasuk mengenai kesucian Islam.

Saudara baru kita ini berasal dari Bintulu, sudah dua tahun bekerja di Pulau Pinang.

Sunny mengaku tiga lalu memanjat pejabat agama Islam Pulau Pinang, tetapi diberikan beberapa syarat yang sukar untuk memeluk Islam.

Pengalaman pertama, seorang pegawai agama berkata kepadanya, "Kamu rela masuk Islam, kamu perlu benar-benar faham Islam dulu..."

Sunny mengambil keputusan untuk menangguhkan proses syahadahnya, lalu pulang.

Pengalaman kedua, seorang pegawai agama berkata kepadanya, "Kamu nak masuk Islam? Mana saksi, saksi bawa?"

Sunny mengambil keputusan untuk menangguhkan proses syahadahnya, lalu pulang.

Pengalaman ketiga, seorang pegawai agama berkata kepadanya, "mai (datang semula) lain kali boleh? Pegawai tak ada hari ini."

"Sebulan juga saya menangguh syahadah saya kerana ulang alik ke pejabat agama," ujar Sunny kepada Zolkifly, yang juga Presiden D'BM Hospital di George Town.

Setelah gagal usaha memeluk Islam melalui Pejabat Agama Penang, beliau telah hubungi NGO.

Malam tadi, semperna majlis kesyukuran atas kejayaan Azley dinobat tokoh Maal hijrah di Pejabat IPSI dekat Jalan Argyl, Georgetown, Sunny berjaya akhirnya berjaya menyempurnakan lafaz syahadahnya.

Sunny mengakui proses melafazkan syahadahnya dengan NGO lebih mudah, semudah dituntut dalam ajaran Islam yang sebenar.

Islam agama mudah, mengapa pegawai-pegawai terbabit daripada Pejabat Islam Negeri Pulau Pinang acuh tidak acuh dengan ketekunan saudara baru seperti Sunny untuk memeluk Islam?

"Barang siapa yang dikehendaki hidayah (daripada) Allah kepadanya, maka, dibaiki pengalaman dalam agamanya." - Hukama'

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus