26 November 2014

Elaun tahunan guru agama naik 93 peratus, kata Mohd. Salleh Man

MOHD. Salleh Man (belakang, empat dari kiri), bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad (tiga dari kiri) serta Ahli Lembaga ZPP lain bergambar kenang-kenangan dengan penerima sumbangan bantuan baju serta kelengkapan persekolahan dalam majlis di sini, pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BERTAM – Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengagihkan sejumlah RM4,204,872.60 elaun tahunan kepada guru-buru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Tadika Islam (TADIS) yang berdaftar Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).

Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohd. Salleh Man berkata, jumlah itu menyamai peningkatan hampir 93 peratus berbanding peruntukan tahun 2014 yang berjumlah RM2,172,488.

"Maknanya, Zakat Pulau Pinang tak pernah lepas pandang," ujar beliau pada Majlis Penyerahan Pakaian Seragam Sekolah Sesi 2015 Daripada Sumber Zakat Peringkat Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Dewan Millenium di sini pagi tadi.

Pengurus Besar ZPP, Dr. Azman Abdul Somat turut berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, Timbalan Yang di-Pertua MAINPP, Datuk Abdul Halim Hussein dan Ustaz Rosli Othman (Pagewai JAIPP) serta Ahli Lembaga ZPP lain.

ABDUL Halim Hussein (paling kiri) saling berinteraksi dengan pengetua-pengetua sekolah agama rakyat di sini pagi tadi.

MOHD. Salleh Man (dua dari kiri) saling berinteraksi dengan pelajar terpilih dalam Majlis Penyerahan Pakaian Seragam Sekolah Sesi 2015 Daripada Sumber Zakat Peringkat Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini pagi tadi.

Difahamkan, seramai 7,458 pelajar terpilih daripada 150 sekolah di sekitar negeri ini menerima bantuan pakaian serta kelengkapan persekolahan bagi sesi tahun 2015 secara berperingkat sekarang, disebabkan jumlah kutipan zakat ZPP kian meningkat saban tahun.

Menurut Mohd. Salleh, kali terakhir ZPP membuat semakan elaun tahunan untuk guru agama di negeri ini adalah pada tahun 2001, sebelum memutuskan kenaikan elaun tahunan ini.

Tidak cukup dengan itu, katanya lagi, ZPP turut membayar caruman tahunan sebanyak RM304,834.20 kepada 1,643 guru agama daripada SMAR, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), TADIS, Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan Maahad Tahfiz berdaftar.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Salleh turut memberi penjelasan mengenai isu keciciran guru-guru daripada Pusat Asuhan Tunas Islam (TADIS) daripada menerima bonus atau elaun tahunan TADIS berjumlah RM200 seorang, sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2015 Pulau Pinang baru-baru ini.

"(Guru-guru) PASTI ini sepatutnya didaftar di bawah qaryah macam guru-guru al-Quran untuk memudahkan kita salurkan bantuan (elaun TADIS).

"Itu (elaun untuk PASTI) bukan kita tak beri, tetapi, belum beri lagi," ujar Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir kepada wartawan.

Sementara itu, Ustaz Abdul Aziz Haji Yusoff (gambar kiri), 60, Mudir Madrasah Irsyadiah dekat Sungai Bakap yang ditemui kemudian menganggap insentif Kerajaan Negeri menaikkan gaji guru-guru agama sebegai menghagai sumbangan sekolah aliran agama di negeri ini.

"Alhamdulillah, tentulah ini berita gembira untuk kami yang berjuang dalam aliran sekolah agama kerana gaji pokok lama sebagai pengetua dalam RM700 sahaja, tetapi, naik kepada RM1,600," ujar beliau, sambil memberitahu bahawa infrakstruktur kebanyakan sekolah agama di negeri ini memerlukan penaiktarafan berwajib.

Seorang lagi penerima, Ustaz Abdullah Ishak (gambar kanan), 67, Mudir Sekolah Menengah Agama 'Ibroh Tanjong Putus, dekat Permatang Pauh.

"Sebelum ini hanya lima orang sahaja mendapat elaun daripada majlis agama, tetapi sekarang ini 13 orang mendapat elaun.

"Kenaikan ini sangat membantulah perjalanan sekolah agama rakyat kerana sebelum ini pihak pentadbiran sekolah sendiri terpaksa mencari sumber dana tambahan selain gigih mendidik anak-anak di sekolah," ujar beliau.

Haji Hazamuddin Alang Hamzah, 65, Mudir Madrasah Aminiah pula berkata, pihaknya berharap Kerajaan Negeri melalui MAINPP turut dapat membantu perkembangan Yayasan Ummah yang ditubuhkan untuk menjaga hal kebajikan guru-guru sekolah agama berwajib, seperti dana pencen dan gaji bulanan mereka.

"Alhamdulillah dengan bantuan tambahan berupa (elaun) daripada Kerajaan Negeri dan ZPP hari ini, alhamdulillah kita berjaya meningkatkan pendapatan guru-guru sekolah agama di Pulau Pinang.

"Kita nak Yayasan Ummah ini boleh berperanan seperti YIK (Yayasan Islam Kelantan) yang menjaga hal kebajikan guru-guru, pencen dan sebagainya dengan sekolah Kerajaan Negeri," ujar Hazamuddin (gambar kiri) yang juga Setiausaha Agung Yayasan Ummah.

Yayasan Ummah, katanya, kini disertai oleh guru-guru daripada lima sekolah agama, iaitu Madrasah Al-Irsyadiah, Madrasah Al-Amaniah, Sekolah Rendah Ad-Diniah, Sekolah Menengah Al-Diniah dan Madrasah Othmaniah.



BERITA BERKAITAN:

ANALISIS BAJET 2015 PP:
Jika 79 PASTI didaftar sebagai TADIS,
semua gurunya dapat bonus RM200 Disember ini



PAS PP wajar bincang punca guru PASTI
tak dapat bonus - Zolkifly Mat Lazim

Terkedu wakil PAS disoal balas oleh PasMa?


Retreat PAS menetapkan Salahudin Ayub dan Datuk Mustafa Ali yang mewakili parti berdialog dengan PasMa, bukan Idris Ahmad.

Mustafa elak untuk berdepan pemimpin PasMa mungkin kerana beliau sendiri kantoi mengerah ahli parti untuk tidak menyertai Karnival PasMa Peringkat Negeri Pahang baru-baru ini.

Presiden PasMa Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Ustaz Mohd. Taib Ahmad (Setiausaha PasMa)  sendiri dalam pertemuan di Hotel Vistana Kuala Lumpur pada Isnin lepas bertanya mengenai larangan anggota PAS menyertai aktiviti NGO tersebut.

Phahrolrazi : Bila MSU (Majlis Syura Ulamak) bermesyuarat ambil keputusan haramkan PasMa?

Idris Ahmad : Tiada... Cuma bincang dua tiga orang, pastu (selepas itu) keluar surat arahan.

Phahrolrazi & Ust Taib : Atas hukum apa MSU keluar arahan haramkan PasMa tanpa dipanggil (NGO ini) untuk (beri) penjelasan?

Idris Ahmad : (Tiada jawapan)

Phahrolrazi : Ada arahan PAS Pusat untuk haramkan?

Salehuddin : Tiada.

INFO BERKAITAN:
Pasma mahu jadi pro Pakatan walaupun PAS akui sebagai ahli - The Malaysian Insider http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasma-mahu-jadi-pro-pakatan-walaupun-pas-akui-sebagai-ahli

Jadi 'Red Indian Malaysia' atau mati merempat, Muhyiddin beri isyarat kepada Umno?

Umno pada awal 1990-an bukan seperti sekarang.

Ucapannya tuntas mengenai 'kek ekonomi' untuk umat Melayu.

Rakyat, khususnya Melayu mengikuti ucapan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa itu ada banyak sebab.

Salah satunya, inti ucapan itu akan menjadi garis panduan penting pada belanjawan negara nanti.

Ertinya, Umno berbahas mengenai kepentingan rakyat, dan bukan gelojoh mempertahan sokongan parti seperti yang yang pada hari ini.

ZAINULFAQAR YAACOB
Masjid Kebun Sireh, Bukit Mertajam

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus