06 December 2014

Kenapa insentif Kerajaan Negeri penting untuk PASTI?

Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md Lazim.


INSENTiF merompak bank yang lebih berbaloi daripada hukuman penjara punca mendorong seseorang itu memilih untuk merompak bank.

Seseorang buruh akan kurang insentif untuk bekerja lebih masa apabila mengetahui bahawa beliau terpaksa membayar cukai tambahan susulan kenaikan kadar cukai pendapatan oleh kerajaan umpamanya.

Ini dua contoh mudah untuk menunjukkan bahawa manusia lazimnya bertindak balas terhadap ganjaran yang bakal diterima atau dilepaskan oleh mereka.

Ini salah satu peraturan asas dalam ekonomi.

Cuba fikirkan, mengapa kita serta orang di sekeliling kita senantiasa membuat satu-satu keputusan.

Sebenarnya, mekanik membaiki kereta bukanlah disebabkan anda mahu memakai kereta yang rosak itu, tetapi, kerana dia dibayar untuk melakukan sedemikian.

Begitu jugalah pelayan yang menghidangkan makanan di restorannya, bukanlah kerana anda lapar.

Kadang-ladang pelayan tersenyum semasa nelayan pesanan makanan, bukanlah kerana dia batin hati atau mempunyai perasaan yang istimewa kepada anda.

Layanan sebegitu dibuat-buat kerana restoran tersebut sangat bergantung kepada kesetiaan pelanggan untuk menganut keuntungan.

Ini pun insentif. Insentif ini tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, sungguhpun wang memainkan peranan penting dalam ekonomi.

Sebab itu, guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) turut tertanya-tanya mengapa mereka tidak mendapat bonus tahun RM200 sebagaimana guru-guru Tadika Islam (TADIS) lain baru-baru ini, seperti diumum dalam Bajet 2015 Pulau Pinang.

Ini kerana, wang masih mainkan peranan penting dalam ekonomi guru-guru.PASTI terbabit, sungguhpun mereka masih mendamba insentif lain seperti keberkatan hidup serta kepuasan menggabungkan diri dengan jamaah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 2003, seorang ahli korporat, Tuan Haji Zolkifly Md Lazim menganjurkan Kempen Tambah 5,000 Ahli PAS Peringkat Cadangan di Pulau Pinang.

Zolkifly, semasa itu menawarkan ganjaran berupa sebuah komputer meja serta wang tunai RM1,000 kepada Cawangan yang berjaya mendaftarkan ahli terbanyak.

Kemenangan diukur berdasarkan pada daftar ahli pada buku rekod cawangan, kesempurnaan dokumentasi organisasi serta bayaran yuran yang direkodkan penyata kewangan bank.

Selepas pertandingan itu selesai, PAS Pulau Pinang dalam tempoh enam bulan mendapat lima manfaat, iaitu:

1. Hampir semua cawangan PAS mempunyai organisasi serta sistem dokumentasi yang lengkap.

2. Akaun bank dengan sistem simpanan yang lebih telus dan cekap hampir di semua cawangan hatta di peringkat kawasan dan negeri.

3. Bukan sahaja keahlian PAS bertambah, bahkan, cawangan-cawangan penaja turut ditubuhkan bak cendawan tumbuh selepas hujan.

4. Lebih 3,000 ahli berjaya didaftarkan sebagai ahli parti, serta pengundi baru di kawasan DUN yang ditandingi PAS.

5. Apabila ahli bertambah, ertinya dana daripada yuran keahlian bertambah untuk membayar parti.

Ini satu lagi sistem ganjaran atau insentif yang berjaya mengembangkan tabiat organisasi PAS dahulu berdasarkan cara berfikir politik agama serta politik ekonomi, dulu.

Seorang Ahli Ekonomi, Nikita Khrushchew pernah menyebut, "cakaplah apa saja, insentif merupakan pendorong yang mengerakkan orang bekerja lebih kuat."

Setuju?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus