Skip to main content

Posts

Showing posts from December 15, 2014

Mohd. Rashid kini 'Imam Khalifah Negeri' PSSPGM

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PENANTI - Pengasas merangkap Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM), Abdul Majid Mat Isa dalam satu istiadat persilatan baru-baru ini menganugerahkan sandang kebesaran kepada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, yang membawa gelaran "Imam Khalifah Negeri".
Mohd. Rashid dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas anugerah tersebut, serta berharap PSSPGM dapat menjadi benteng pertahanan ketiga pada Kerajaan Negeri dan tanah air ini.
"Aktiviti persilatan ini bukan sahaja menyihatkan badan, malah, memupuk kesedaran anak-anak kita untuk memartabatkan bangsa serta kembali hidup dengan cara Islam yang sebenar.
"Justeru, saya berharap PSSPGM akan terus menjadi benteng pertahanan ketiga selepas tentera dan polis, dalam memelihara keamanan di negeri ini dan Malaysia," ujar Mohd. Rashid semasa merasmikan Bengkel Adat & Majlis Penganugerahan Sandang Kebesaran PSSPGM di Madrasah An-Nahdhoh di sini.
Sebe…

PAS akan bertemu Geng Ustaz selepas 'larang' PasMa, kata sumber parti

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBBUKIT MERTAJAM - Jawatankuasa Kerja Pusat (JKP) PAS akan mengatur pertemuan dengan anggotanya yang menyertai NGO "Geng Ustaz" pula, selepas memutuskan pendirian berhubung pergerakan PasMa, semalam.Sumber dalaman parti memberitahu, JKP akhirnya menerima nasihat Majlis Syura Ulamak (MSU) supaya pemimpin parti semua peringkat tidak melibatkan diri dengan aktiviti Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), selain terus memantau pergerakan badan bukan kerajaan (NGO) politik tersebut."Dah bincang isu Pasma tadi...menerima nasihat MSU."Pas Pusat akan menemui Geng Ustaz seperti mana ia bertemu Pasma," ujar sumber parti berkenaan, awal pagi tadi.Terdahulu, beberapa pemimpin PAS yang diketuai oleh Naib Presidennya Salahudin Ayub mengadakan pertemuan rasmi secara tertutup dengan pemimpin utama PasMa Yang diketuai oleh Presiden Datuk Ir. Phahrolrazi  Mohd. Zawawi.Pertemuan pada 24 November lepas adalah susulan ketetapan Retreat PAS yang mahu pemi…