Skip to main content

Posts

Showing posts from December 16, 2014

Penarafan Mahkamah Syariah perlu pinda enakmen, kata Ketua Hakim Syarie P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Enakmen Pentadbir Mahkamah Syariah sedia ada perlu dipinda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang demi penarafan institusi berkenaan pada lima peringkat mahkamah di negeri ini.
Ketua Hakim Mahkamah Syarie Pulau Pinang Y.A.A. Datuk Abdul Halim Abu Hassan berkata demikian semasa mengadakan kunjungan hormat dekat pejabat Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Wong Hong Wai (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri) dan Penasihat Undang-Undang Negeri (LA) Azliza Sulaiman serta anggota Jabatan Kehakiman Syarie Pulau Pinang turut menyertai pertemuan tertutup tersebut.
Menurut Abdul Walid, Putrajaya mensyorkan Mahkamah Tengah Syariah diwujudkan di  antara peringkat Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah.
Tambah beliau, Majlis Rayuan Persekutuan di bawah Majlis Raja-Raja Malaysia turut diwujudkan di Putrajaya sahaja, di atas peringkat Mahkamah Rayuan Syariah Pulau…