Skip to main content

Posts

Showing posts from December 29, 2014

Konvoi Kemanusiaan II ke Kelantan perlu banyak pacuan empat roda

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Konvoi darat membawa bantuan kemanusiaan dari Pulau Pinang ke kawasan Parlimen Kuala Krai dekat Kelantan yang dijadualkan pada 1 Januari tahun depan memerlukan sebanyak mungkin kenderaan jenis pacuan empat roda secara sukarela.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, mereka yang berminat menyertai konvoi kedua ini bolehlah Setiausaha Sekretariat Pusat Pengumpulan Bantuan Bencana Banjir Pulau Pinang Ke Kelantan, Lim Hui Ying di talian 0124053060 atau 0164260694.
"Semua barang keperluan yang dikumpulkan di sini (Wisma DAP Jalan Rangoon) akan kita bawa sebanyak mungkin ke Kuala Krai dalam konvoi yang dijadual bertolak sekitar jam 2.00 pagi.
"Selain mengatur sebuah kontena, kami juga memerlukan pengangkutan pacuan empat roda untuk membantu kami dalam konvoi yang memakan masa hampir 24 jam, melalui jalan yang sukar mungkin dari Bentong (dekat Pahang) ke Kuala Krai," ujar Kon Yeow yang jug…