23 February 2015

Ketua PasMa Jelutong parah kemalangan, isteri masih di ICU Hospital P.Pinang

MOHD. Noor Ismail

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

DATUK KERAMAT - Ketua PasMa Kawasan Parlimen Jelutong, "Mat Nor Driving School" atau nama sebenarnya Mohd Noor Ismail (gambar) bersama isteri terlibat dalam satu kemalangan di Batu Maung, semalam.

Pengerusi PasMa Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim berkata, Mohd Noor baru keluar dari bilik bedah dan kini dimasukkan ke Wad C-13, tingkat 3 Hospital Pulau Pinang.

"Kedua-dua kaki dan tangan Mohd Noor patah, isterinya masih di ICU (Unit Rawatan Rapi) lagi," kata Zolkifly yang juga AJK Pulau Pinang kepada wartawan tadi.

Info lanjut, hubungi waris Mohd. Noor di talian 0194101365.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus