19 March 2015

GST ke atas MPSP dalam semakan Kerajaan Pulau Pinang, kata Maimunah

MAIMUNAH Mohd. Sharif (dua dari kiri) menyantuni salah seorang penerima anugerah, sambil disaksikan oleh Rozali Mohamud di sini baru-baru ini.
AHLI Majlis MPSP yang juga Yang di-Pertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Haji Omar Hassan menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 kepada penerima, Norazah Idris, sambil disaksikan oleh Setiausaha Majlis, Sr. Rozali Mohamud di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BERTAM - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dianggarkan terpaksa memungut RM1.7 juta daripada pelanggan Seberang Perai susulan penguatkuasaan 6 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April ini, manakala, kos perolehan yang bakal ditanggung sendiri oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan adalah kira-kira RM4.96 juta.

Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Shariff bagaimanapun berkata, dokumen anggaran kadar baru bagi perkhidmatan serta perolehan berwajib tersebut telahpun dihantar kepada Kerajaan Negeri untuk semakan lanjut, sebelum dikuatkuasakan oleh agensi Persekutuan.

“Perkhidmatan, contohnya, parkir letak kereta, (sewa tapak) pasar, kompleks penjaja, sewaan bunga dan sebagainya.

“Perolehan, contohnya, kita (MPSP) dapat kontrak membeli barang, ada 6 peratus (GST) di situ, perkhidmatan kontraktor pun akan kena 6 peratus (GST) di situ.

“RM1.7 juta anggaran (daripada sumber) perkhidmatan ini kita (MPSP) terpaksa kutip daripada pelanggan untuk (diserahkan kepada) Kastam (Diraja Malaysia), dan RM4.96 juta anggaran daripada perolehan kita (MPSP) sendiri kena bayar (kepada Kerajaan Pusat),” jelas Maimunah pada sidang media di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian, selepas merasmikan Majlis Penghargaan Pesara 2015 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan 2014 baru-baru ini.

MAIMUNAH Mohd. Sharif menyampaikan ucapan pada Majlis Penghargaan Pesara 2015 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan 2014 di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Maimunah turut respons pada laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang melaporkan mutu kerja kakitangan MPSP didakwa sambil lewa.

Katanya, seramai 28 orang dikenakan tindakan tatatertib bagi setiap tahun 2013 dan 2014.

NORAZAH Idris.
“Di samping kita (MPSP) beri anugerah khidmat cemerlang, kita juga mengambil tindakat tatatertib, seimbang sebenarnya demi meningkatkan mutu perkhidmatan kita serta menghantar masej kepada pelanggan kita bahawa kita senantiasa cuba memberikan perkhidmatan terbaik,” jelas Maimunah sambil menyeru pelanggan Seberang Perai untuk bekerjasama dengan MPSP dalam meningkatkan budaya kebersihan di ketiga-tiga daerah.

Sementara itu, Penolong Penguatkuasa Direktorat MPSP, Norazah Idris yang ditemui kemudian turut melahirkan rasa gembira kerana tersenarai sebagai salah seorang penerima Anugerah Khidmat Cemerlang Kakitangan MPSP bagi tahun 2014.

“Selepas bekerja dalam setahun lebih macam itu dan bulan November ini cukup dua tahun, inilah pertama kali saya dapat anugerah ini.

“Tentulah gembira dan berasa semakin bersemangat kerana tahu bahawa mutu kerja yang berkualiti akan dihargai oleh majikan (MPSP),” ujar beliau.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus