22 March 2015

Pembangunan di P.Pinang kerana ada lebihan wang, kata Guan Eng

KETUA Menteri (empat dari kiri) bersama-sama kepemimpinan Kerajaan Negeri bergambar selepas majlis perasmian pembukaan projek penarafan Jalan Song Ban Kheng bernilai RM20.4 juta di sini, pagi tadi. 


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PADANG LALANG - Kerajaan Negeri hari ini berjaya memperoleh lebihan belanjawan sebanyak RM453 juta sejak tahun 2008, berbanding pentadbiran sebelumnya yang direkodkan memperoleh RM373 juta sahaja dalam tempoh tahun 2007 hingga 1957.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian pada Majlis Perasmian Projek Peleberan Jalan dan Menaiktaraf Jambatan Jalan Song Ban Kheng sepanjang 3.2 kilometer, yang menelan belanja RM20.4 juta.

"Betul kita tak dapat wang daripada Kerajaan Pusat, tetapi kita mampu membiayainya (pembangunan modal insan dan infrastruktur negeri) kerana kita mempunyai wang sendiri.

"Kepada semua kontraktor yang terlibat di Pulau Pinang, kita (Kerajaan Negeri) memang ada wang untuk bayar, cuma mahu tengok anda boleh buat kerja cepat atau tidak," ujar Guan Eng pada majlis rasmi tersebut di sini, pagi tadi.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam memberitahu kos rancangan penarafan serta pembinaan enam projek jalan di negeri ini dianggarkan sebanyak RM86.3 juta, dan RM32.7 juta merupakan peruntukan berwajib untuk tahun ini sahaja.

Selain Jalan Song Ban Kheng, lima projek lain adalah Jalan Perusahaan ke persimpangan lampu isyarat Jalan Tok Kangar, Jalan Bukit Minyak ke Alma, sambungan Jalan Bunga Hinai ke Jalan Bunga Piring, Jalan Sungai Machang Bubuk ke Jalan Gajah Mati, pengggantian pembentong konkrit di Jambatan Konkrit Jalan Padang Lalang dan pembinaan jambatan merentasi sungai ke Kampung Tanjong Berembang.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih berkata, Kerajaan Negeri akan mengotakan janji melaksanakan kesemua projek tersebut secara berperingkat, walaupun terpaksa menanggung pertambahan kos projek, akibat enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan oleh Kerajaan Pusat sendiri mulai 1 April.

"Jalan Bukit Minyak dan Jambatan (ke Kampung Tanjong) Berembang tetap akan dilaksanakan walaupun kos projek tambah 6 peratus GST (kira-kira), ini janji Kerajaan Negeri," tegasnya.

Berkata Ahli Parlimen Bagan itu lagi, kos dua projek awam tersebut dianggarkan bertambah RM1.2 juta akibat GST nanti.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat merangkap ADUN Padang Lalang, Chong Eng turut berucap pada majlis perasmian pembukaan jalan tersebut.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan merangkap ADUN Bagan Jermal, Lim Hock Seng, Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam), Dato' Abu Jamal Nordin (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Bahagian Pembangunan merangkap Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, UPEN), Ir. Salleh Awang (Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri)), Dato' Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Ahli-Ahli Majlis pihak berkuasa kerajaan (PBT) berkenaan. 

Selepas proses tender secara terbuka, penarafan serta kerja-kerja pelebaran Jalan Song Ban Kheng tersebut dimulakan pada 15 Februari 2012 dan siap sepenuhnya pada 21 Januari lepas.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus