27 April 2015

Bela asnaf maqasid syariah zakat – YDP MAINPP

DR. Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan pada majlis di sini baru-baru ini.
MOHD. Salleh Man (kanan) meramahi salah seorang penerima sumbangan daripada sumber zakat, sambil disaksikan oleh Rahmah Md. Isa (tengah) di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PENANTI - Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan terus membela golongan asnaf terpilih melalui agihan daripada sumber zakat, walaupun pembangkang Pulau Pinang kian menggambarkan kononnya Kerajaan Negeri sekarang cuba menindas umat Islam di negeri ini.

Yang di-Pertua MAINPP, Dato' Mohd. Salleh Man berkata demikian pada Majlis Menyerahan Bantuan Daripada Sumber Zakat ZPP Peringkat Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Maqasid syariah (objektif pensyariatan) zakat ini bukan sekadar untuk menyucikan harta tiap-tiap kita sebagai umat Islam, tetapi, untuk membersihkan jiwa, dan yang lebih penting adalah untuk membina hubungan kemanusiaan sesama ummah dengan membela golongan asnaf-asnaf yang layak.

“Dan, pada hari ini, sebanyak RM239,950 daripada sumber zakat akan diagihkan kepada 239 penerima pelbagai ketegori, sebagai pembelaan ummah atas pelbagai keperluan mereka terpilih ini,” ujar Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir kepada wartawan, selepas berucap pada majlis yang dilangsungkan di Masjid Jamek Taman Guar Perahu di sini baru-baru ini.

Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang (ZPP) Azman Abdul Somat dan Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Taman Guan Perahu, Ustaz Abu Bakar Bakilani turut berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, beberapa Ahli Lembaga Pengarah ZPP, antaranya Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman, Dato' Mustafa Kamal Yusoff dan Rahmah Md. Isa.

Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, iaitu isteri kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir memberi ucapan serta meramahi golongan penerima agihan daripada sumber zakat.

DR. Wan Azizah Wan Ismail (tengah) menyampaikan agihan daripada sumber zakat kepada salah seorang wanita terpilih, sambil disaksikan oleh Ustaz Abu Bakar Bakilani (bersongkok hitam) di sini baru-baru ini.
SAUSANA hadirin yang mengikuti tazkiyyatun nafs daripada penceramah ZPP, sebelum berlangsungnya majlis penyerahan sumbangan daripada sumber zakat di sini baru-baru ini.

Difahamkan, sebanyak RM152,800 daripada sumber zakat diagihkan sebagai bantuan sara hidup kepada 163 orang, manakala, 65 penerima lain menerima bantuan pemulaan masuk Universiti Awam yang keseluruhan berjumlah RM65,850.

ZPP turut mengagihkan RM18,000 sebagai bantuan perubatan kepada lapan penerima, dan tiga penerima lain menerima bantuan persekolahan sebanyak RM3,300.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memartabatkan agama Islam serta membela nasib golongan terpilih menggunakan sumber zakat daripada umat Islam.

Jumlah kutipan zakat fitrah dan korporat di negeri ini bagi tahun 2014 dianggarkan berjumlah RM92 juta.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus