24 April 2015

Boikot Pmtg. Pauh bukan fatwa tapi pandangan peribadi, kata ulamak


Oleh: MOHD. SABRI SAID

PERMATANG PAUH, 23 April: Seorang tokoh agamawan , Ustaz Sobri Arshad menganggap istilah fatwa mengharamkan pengundi mengundi calon menolak Hudud hanya pandangan peribadi.

Tambahnya, sesuatu fatwa tidak boleh dikeluarkan oleh mana-mana pihak kecuali Ahli Majlis Fatwa diperingkat negeri manakala di peringkat pusat ianya dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Saya yakin Al Fadhil Ustaz Badrul Abdul Rahman tidak berkata ianya fatwa. Ianya hanyalah kenyataan akhbar tetapi ditafsirkan oleh akhbar sinar sebagai 'Fatwa' yang mengharamkan masyarakat Islam mengundi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS II) yang ingin dibawa PAS ke parlimen oleh Presidenya sendiri sebagai haram untuk diundi pada Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei depan, " tegasnya ketika berdialog santai di sebuah kedai kopi di Kampung Petani,Bukit Mertajam petang tadi.

Menurut beliau , kesilapan besar sekiranya ada yang beranggapan ianya fatwa ekoran tindakan memboikot PKR oleh jentera PAS terutamanya Dewan Pemuda Negeri  bersama PAS Kawasan Permatang Pauh sepertimana yang diputusksn dalam mesyuarat agung PAS Kawasan berkenaan baru-baru ini.

Ustaz Sobri berkata, menjadi kewajipan pengundi Permatang Pauh mengundi siapa jua calon yang diputuskakn oleh PKR sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat.

Mengundi mereka yang meminta penangguhan Hudud tidak sama dengan parti yang bertindak zalim menentang Islam.

"Kaedahnya mudah sahaja PAS Pusat telah keluarkan kenyataan rasmi untuk kita membantu PKR maka ahli kena hormati dan bekerjasama demi perkukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat, " tegasnya.

Sepatutnya, sebagai ahli yang telah menjalani konsep pentarbiyahan lebih dari parti lain harus berhati-hati dengan media yang sentiasa menanti apa kesalahan percakapan.

Media terangnya yang juga bekas calon Parlimen Kepala Batas pada PRU ke 13 menambah, menjadi tanggungjawab semua Ahli PAS, PKR dan DAP bersatu tenaga melawan kezaliman Umno dan Barisan Nasional (BN).

Hadir sama dalam majlis santai di kedai kopi tersebut ialah Pengasas Yayasan  An Nadhoh,  Penanti, Bukit Mertajam, Ustaz Mutalib Maarof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti, Dr Norlela Ariffin.


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus