20 April 2015

Cabutan bertuah MPSP tingkatkan kutipan cukai RM38.54 juta – Maimunah

Seramai 50 penerima hadiah cabutan bertuah merakamkan gambar bersama-sama Maimunah Mohd. Sharif (tengah) serta para Ahli Majlis MPSP, pada Majlis Cabutan Bertuah Dan Penyampaian Hadiah Sempena Promosi Kutipan Cukai Pintu 2015 di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Cabutan Bertuah Dan Penyampaian Hadiah Sempena Promosi Kutipan Cukai Pintu 2015 yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berjaya memperoleh RM38.54 juta melalui 112,190 transaksi daripada para pelanggan berkenaan baru-baru ini.

Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif berkata, angka itu menyaksikan peningkatan sebanyak 90 peratus berbanding jumlah kutipan bagi promosi tahun sebelumnya, iaitu sebanyak RM20.28 juta.

“Memandangkan sambutan begitu menggalakkan daripada pembayar cukai, MPSP akan terus melaksanakan program promosi caburan bertuah untuk tahun akan datang sebagai penghargaan berterusan kepada pembayar-pembayar cukai taksiran yang menjelaskan cukai taksiran mereka lebih awal,” jelas Maimunah pada majlis tersebut yang dilansungkan di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud dan para Ahli Majlis lain turut menyertai majlis tahunan tersebut.

Maimunah memberitahu, bilangan akaun yang layak menyertai cabutan bertuah pada kali ini pun meningkat sebanyak 45.39 peratus menjadi 37,443 akaun premis, berbanding jumlah yang layak pada tahun 2014, iaitu sebanyak 25,755 akaun premis.

Katanya lagi, jumlah tunggakan terkumpul bagi cukai taksiran turut menyaksikan trend penurunan dalam tempoh tahun 2013 hingga 2009, sejak program promosi berwajib dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

Difahamkan, jumlah tunggakan terkumpul cukai taksiran MPSP bagi tahun 2009 adalah sebanyak RM45.92 juta, dan menurun ke RM42.62 juta (2010), RM34.32 juta (2009), RM27.43 juta dan RM21.85 juta (2013).

Tambah Maimunah, MPSP turut melakukan langkah penguatkuasaan berwajib, selain menganjurkan program promosi membayar tunggakan serta cukai taksiran pada awal tahun.

“MPSP telah mengambil tindakan perundangan dan membawa lima kes pemilik tegar ke mahkamah dengan nilai tunggakan cukai sebanyak RM13.58 juta.

“Tindakan ini dilihat perlu bagi memberi kesedaran kepada pembayar cukai taksiran (supaya) bertanggungjawab menjelas cukai taksiran pada setiap tahun dan mengikut tempoh yang telah ditetapkan,” jelas Maimunah lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Maimunah menjelaskan bahawa Cukai Taksiran dan Sumbangan Membantu Kadar kepada MPSP adalah tidak akan dikenakan 6 peratus Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST), yang dikuatkuasa oleh Kerajaan Pusat sejak 1 April lepas.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus