15 April 2015

Guan Eng gesa polis tangani isu bom tangan

KETUA Menteri (depan, empat dari kiri) diiringi Lim Hock Seng (depan, dua dari kiri) dan A. Thanasekharan (paling kanan) menyerahkan cek replika RM50,000 kepada wakil Gereja St. Mark Butterworth di sini baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN DALAM – Polis digesa meningkatkan lagi kawalan keselamatan awam di negeri, susulan jumpaan bom tangan di sebuah stesen minyak Jalan Kulim dekat Bukit Mertajam pada hari kejadian 13 April lepas.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian berdasarkan maklum balas berwajib daripada Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi baru-baru ini.

“Pihak polis tidak mempunyai apa-apa petanda atau motif dan mereka akan menyiasat.

“Kita (Kerajaan Negeri) pun tak tahu bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku di sebuah stesen minyak, tetapi, kemungkinan besar ia ada kaitan dengan kegiatan jenayah tertentu.

“Kita (Kerajaan Negeri) serahkan kepada pihak polis, tetapi, keadaan terkawal,” ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih turut melahirkan rasa syukur kerana tiada jiwa terkorban susulan kejadian tersebut.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan cek replika sumbangan RM50,000 kepada wakil pengurus Gereja St. Mark Butterworth, demi memulihara bangunan yang dianggap mempunyai nilai warisan tersebut.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti merangkap ADUN Bagan Jermal, Lim Hock Seng dan ADUN Bagan Dalam, A. Thanasekharan.

Terdahulu, sekitar jam 3.10 petang hari kejadian, seorang lelaki dilaporkan menemukan sebuah bungkus yang berisi bom tangan di dalam tandas lelaki dekat stesen minyak tersebut.`

Anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba tidak lama kemudian dan hasil pemeriksaan mendapati ada beberapa butir bom jenis bom tangan di dalam bungkusan terbabit.

Bom pertama diletupkan pada jam 5.30 petang dan bom kedua diletupkan pada jam 5.42 petang.

Difahamkan, baki bom tangan yang ada akan diletupkan dalam masa terdekat.

Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Suid dilaporkan berkata, seramai sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan orang awam kira-kira jam jam 4.39 petang.

"Dua daripadanya sudah diletupkan oleh UPB selepas didapati bungkusan berkenaan positif bom tangan.

“Perbincangan kini sedang berlangsung bagi proses perpindahan bungkusan terbabit," katanya.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus