14 May 2015

Selesaikan isu trafik ke Pelabuhan P.Pinang jatuh – ADUN Air Itam

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri digesa berunding dengan Kerajaan Pusat supaya mencari solusi berhubung bilangan kapal dengan jumlah tan berdaftar kasar di Pelabuhan Pulau Pinang (PPP) yang kian jatuh saban tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai menjelaskan bahawa pola kejatuhan bilangan kapal antarabangsa ke pelabuhan tersebut sebanyak 14 peratus pada tahun 2014 berbanding tahun sebelumnya wajar dipandang serius.

“Apakah sebabnya kejatuhan tersebut...apakah cadangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang untuk meningkatkan meningkatkan prestasi Penang Port.

“Apakah bidangkuasa penyeliaan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dalam aspek ini,” ujar Hon Wai pada sesi mesyuarat dewan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, pagi ini.

Menurut Hon Wai, data rasmi berwajib kapal domestik dan antarabangsa ke pelabuhan antarabangsa di negeri ini.

Katanya, keseluruhan kapal ke Pulau Pinang bagi tahun 2013 berjumlah 6,309, iaitu 2,862 kapal domestik dan baki 3,447 kapal antarabangsa.

Tambahnya, sebanyak 6,137 buah kapal ke Pulau Pinang pada tahun 2014, iaitu iaitu 3,172 kapal domestik dan baki 2,965 kapal antarabangsa.

“Walaupun terdapat kenaikan dari kategori domestik sebanyak 310 lebih, tetapi jatuhnya kategori ‘asing’ (kapal antarabangsa) sebanya 482 (buah), dan jumlah bersih kejatuhan adalah sebanyak 172 (buah).

“Ini juga menunjukkan jatuhnya jumlah tan berdaftar kasar di Penang Port,” jelas Hon Wai yang juga yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Terdahulu, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng semasa mencelah sesi perbahasan di dewan mendakwa mutu perkhidmatan pengangkutan feri turut kurang memuaskan.

Justeru, katanya lagi, Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengambil penyeliaan pelabuhan tersebut, yang kini diurus oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang di bawah Kerajaan Pusat.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus