17 June 2015

Akta Pengurusan Strata 2013 kuatkuasa 12 Jun di P.Pinang, kata Jagdeep Singh Deo

JAGDEEP Singh Deo pada sidang media di Komtar, baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang dikuatkuasakan di seluruh negara pada 1 Jun lalu, dikuatkuasakan di Pulau Pinang mulai 12 Jun lepas selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri ini.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo menjelaskan akta baru itu diperkenalkan bagi menggantikan Akta 663 atau Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggraan dan Pengurusan) 2007.

Akta baru itu, menurut Jagdeep, akan membolehkan kedua-dua tuan tanah serta penyewa untuk dibawa ke mahkamah, berbanding akta lama yang membenarkan tindakan ke atas tuan tanah.

"Akta ini diwartakan pada tahun 2013 lagi, tetapi masih menunggu sokongan (kelulusan) daripada semua (Pihak Berkuasa) Negeri.

"Akta ini akan memperkemas (proses) pengeluaran hak milik strata dan menjadikannya lebih cepat untuk pemilik mendapatkan ia daripada pemaju perumahan," jelas Jagdeep pada sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini baru-baru ini.

Selain itu, Jagdeep memberitahu, akta baru ini juga membolehkan pemaju perumahan dikenakan penalti yang tinggi jika tidak mematuhi undang-undang berwajib.

"Ini, akan meletakkan para pemaju perumahan (supaya) lebih tanggungjawab untuk bangunan berstrata serta memastikan pengurusan hartanah strata yang lebih bertanggungjawab," jelas Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat.

Sebelum itu, Guan Eng menjelaskan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari tersebut memutuskan untuk memberi sokongan kepada inisiatif Kerajaan Pusat supaya tiada lagi halangan berbangkit kepada permohonan hak milik starta di negeri ini.

"Pada masa yang sama, kami (Kerajaan Negeri) mengambil keputusan untuk menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dengan menyokong Akta Pengurusan Strata 2013, yang telah diluluskan oleh (Mesyuarat) Exco Kerajaan Negeri tadi.

"Ini bermakna, Pulau Pinang akan menjadi sebahagian daripada negara (yang menguatkuasa) akta yang baru," kata Guan Eng yang juga ADUN Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan.

Tambah Guan Eng, sokongan itu penting kerana kira-kira 60 peratus daripada kediaman di pulau ini merupakan unit rumah berstrata.

NG Wei Aik pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Tanjong di Jalan Anson baru-baru ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik pada 10 Jun lepas membangkitkan rancangan perwataan dan penguatkuasaan akta tersebut di Pulau Pinang.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam jawapan lisannya di Dewan Rakyat memberitahu bahawa perwartaan khusus di negeri ini dikuatkuasakan mulai 12 Jun ini.

Akta 757 ini, katanya lagi, demi memastikan keseragaman undang-undang dan dasar berkenaan kerajaan tempatan dilaksanakan di semua negeri.

"Akta 757 ini jjuga digubal bagi memenuhi keperluan pembeli, pemilik, pihak pengurusan serta pihak-pihak yang berkepentingan, di samping mengatasi kelemahan-kelemahan dalam pengurusan pemajuan berstrata," kata Abdul Rahman.

Dalam perkembangan berkaitan, Wei Aik pada sidang media berasingan baru-baru ini mengumumkan penganjuran Seminar Akta Pengurusan Strata 2013 di Auditorium C dekat Komtar di sini pada 28 Jun ini, mulai jam 3.00 petang hingga 7.00 malam.

Info lanjut, hubungi 04-2270215 atau emel mptanjong@gmail.com, manakala RM50 untuk yuran pendaftaran.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus