05 June 2015

Chong Eng tubuh pusat jagaan kanak-kanak untuk ibu bekerja terpilih

CHONG Eng (duduk, tengah) pasukannya merakamkan gambar bersama-sama kanak-kanak di Pusat Jagaan Kanak-Kanak PWDC di Taman Serumpun di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PADANG LALANG - Dua Pusat Jagaan Kanak-Kanak di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Tengah yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri supaya tiada lagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah ditinggalkan bersendirian di rumah pada waktu bekerja.

Exco Beliau & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng memberitahu, pusat tersebut menerima perkhidmatan jagaan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun, dengan kos upah serendah RM50 sebulan.

"Ibu yang bekerja tidak boleh lagi membiarkan anak-anak ditinggalkan sendirian di rumah," jelas Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang di Pusat Jagaan Kanak-Kanak dekat Taman Serumpun dalam Kawasan Parlimen Bukit Mertajam di sini.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Stevan Sim Chee Keong, Dr. Norlela Ariffin (ADUN Penanti), Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang), Teo Nie Ching (ADUN Kulai), P. Kasthuriraani (Ahli Parlimen Batu Kawan), Aida Yusof Rawah (Ahli Lembaga Pengarah PWDC) turut hadir pada majlis itu yang diadakan sempena sambutan Hari Ibu di sini, anjuran Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC).

Menurut Chong Eng, inisiatif itu demi merealisasi kesaksamaan gender di negeri ini, khususnya kepada wanita bekerja daripada keluarga berpendapatan rendah.

"Tujuan kerajaan negeri Pulau Pinang adalah untuk mencapai 30 peratus wanita di peringkat membuat keputusan menjelang 2016. 

"Tetapi, realitinya adalah bahawa tidak ramai majikan menyediakan kemudahan asas untuk ibu yang bekerja dan terdapat hampir tiada pusat jagaan harian di tempat kerja," jelas Chong Eng lagi sambil menggalakkan semua majikan awam dan swasta supaya menyediakan infrastrutur yang lebih fleksibel untuk keperluan wanita.

Terdahulu, Chong Eng turut menubuhkan beberapa Pusat Jagaan Bayi, antaranya di perkarangan Lebuhraya Babingthon berhampiran Hospital Pulau Pinang, demi mencegah aktiviti membuang anak tidak saf taraf di negari ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus