17 June 2015

David Marshel lancar operasi bersepadu MPSP, selepas Ahli Majlis DAP itu tubuh Gerakan Anti Arak Murah Malaysia

P. David Marshel (tengah) meneliti kompaun yang dikeluarkan oleh pegawai penguatkuasa MPSP dalam operasi bersepadi di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - 31 kompau dikeluarkan dalam satu operasi bersepadu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini ke atas 19 premis menjual arak di sekitar daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.

Ahli Majlis MPSP, P. David Marshel memberitahu, operasi bersepadu seumpama itu akan terus dilakukan secara berkala, sehinggalah kesemua pemegang lesen arak dan lesen premis menjual arak mematuhi syarat yang digariskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.

"Kami (MPSP) telah memberi amaran kepada semua peruncit yang ada lesen arak uncit supaya mematuhi semua syarat lesen arak dan lesen premis.

"Mungkin MPSP merupakan satu-satu PBT di Malaysia yang mengambil tindakan terhadap semua kesalahan di bawah syarat Akta Eksais, 1976 ini," jelas beliau kepada wartawan, pada sidang media bersama-sama seorang lagi Ahli Majlis, M. Satees di sini baru-baru ini.

Menurut David Marshel, seramai 12 pegawai pelesenan MPSP dan 20 anggota polis bantuan menyertai operasi pengutkuasaan yang dilakukan secara serentak di kedua-dua daerah tersebut.

"Sebanyak 14 dikeluarkan atas sebab mereka melanggar syarat semasa operasi dijalankan, dan tiap-tiap kompoun maksimum RM250 berdasarkan undang-undnag kecil MPSP," jelas beliau.

Dalam perkembangan lain, David Marshel turut menubuhkan Gerakan Anti Arak Murah, serta melancarkan petisyen.

Difahamkan, pergerakan itu menjelang 1 Mei lalu berjaya mengumpulkan 6,330 tandatangan sungguhpun mereka mensasarkan 100,000 sokongan.

Pada suatu sidang media, David mendesak Kerajaan Pusat supaya menaikkan harga arak murah atau mengharamkan terus minuman tersebut dalam pasaran tanah air, khususnya di Pulau Pinang.

"Arak murah ini berharga lebih murah darpada (harga) sebotol air minirel.

"Akibatnya, orang ramai khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah atau warga asing sendiripun boleh membeli arak ini dengan harga semurah RM1.70 (untuk kandungan) 125 mililiter, dengan peratusan alkohol (setinggi) 38 peratus," jelas beliau.

Pada bulan April tahun lepas, David Marshel dan Satees menggesa pihak berkuasa berwajib supaya mempertimbangkan cadangan mengharamkan penjualan arak murah, atas sebab berisiko untuk mereka daripada keluarga berpendapatan rendah menghidapi penyakit barah.

Mereka mencadangkan sedemikian berdasarkan maklumat mesyuarat MPSP semasa itu yang mendedahkan, dari 369 premis yang menjual arak (likuor) yang diberikan lesen, sebanyak 250 premis adalah di pasaraya dan kedai runcit.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus