17 June 2015

Kesedaran bayar zakat melalui peranan media dihargai – YDP MAINPPP

MOHD. Salleh Man (kiri sekali) diiringi Mohammad Noor Che Man @ Harun (dua dari kiri) menyerahkan cenderamata kepada wartawan muda akhbar Buletin Mutiara terbitan Kerajaan Negeri, Darwina Mohd. Daud pada majlis di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: DARWINA MOHD. DAUD

SEBERANG JAYA - Liputan media masa sama ada positif atau kontroversi mengenai pengurusan zakat di negeri ini sebenarnya memupuk kesedaran umat Islam serta badan-badan korporat untuk melaksanakan kewajipan ibadah tersebut melalui Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato' Mohd. Salleh Man berkata, pihaknya berharap tautan harmoni antara institusi-insitusi Islam dengan semua kaum media dapat diteruskan demi kepentingan bersama.

"Tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan ZPP sehingga dikenali sebagai agensi yang menyalurkan bantuan yang penting di Pulau Pinang turut didorong dan disokong oleh rakan-rakan media

"Saban tahun kutipan zakat berjaya ditingkatkan... (maka) peranan media mengetengahkan kisah-kisah golongan asnaf ini sekaligus membuktikan kesatuan antara kita (MANIPP-ZPP) dengan para media dalam memberi kesedaran kepada umat," jelas Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang pada Majlis Hi-Tea Bersama Media di Hotel Exora di sini baru-baru ini.

Pengurus Besar ZPP, Dr. Azman Abdul Samad turut berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, Timbalan Yang di-Pertua MAINPP, Dato' Abdul Halim Hussain serta beberapa Ahli Lembaga Pengarah ZPP, Dato' Mustafa Kamal Yusoff, Mohd. Fadzil Kimi, Mohammad Noor Che Man @ Harun, Rahmah Md. Isa dan Dato' Salim @ Saleem Manshoor.

Pada majlis sama, Mohd. Salleh mewakili ZPP turut menerima sumbangan sejumlah zakat korporat daripada wakil Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB).


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus